|
Kerajaan tidak terbabit dengan mana-mana pengumuman atau kerjasama pihak swasta berhubung pembekalan vaksin COVID-19 ke negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, berkata pengumuman atau rundingan berkenaan juga tidak ada kaitan dengan cadangan perolehan kerajaan untuk mendapatkan vaksin wabak itu.
Katanya, mana-mana pihak swasta di negara ini boleh berunding dengan pengeluar vaksin sama ada untuk menjadi ejen atau pengedar syarikat berkenaan kerana kerajaan tidak boleh menghalangnya. |
|