CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Kurex

Betul Ke?

[Copy link]
Post time 14-12-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
betul rumah nenek aku ada frame ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuols iols nk tanya la mcm mana nk lupuskan fram2 yg ada ayat al quran.. nama allah.. sbb dia dh lama n dh teruk sangat. Nak buang ada nama Allah plak. Kalau bakar boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu mcm kalau selalu tengok nanti jadi kenyataan dapat pergi sana. I takde frame yg tu, cuma screenshot kat google maps je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-12-2020 11:51 AM
Cuols iols nk tanya la mcm mana nk lupuskan fram2 yg ada ayat al quran.. nama allah.. sbb dia dh lam ...

Bakar je uols..... Sebab tu yg terbaek
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-12-2020 11:51 AM
Cuols iols nk tanya la mcm mana nk lupuskan fram2 yg ada ayat al quran.. nama allah.. sbb dia dh lam ...

Tnya AJK masjid/surau. InsyaAllah diorg blh setel.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok pasang kat opis gomen. Kalau ambik rasuah pergi Mekah tak menghapuskan dosa  dengan berjuta2 rakyat malaysia.

lepas tu ada la yg cakap eleh bukan korang yg bayar gaji aku, tax pun tak tah bayar ke tidak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dulu2 pasang dgn harapan semoga dipermudahkan urusan ke Mekah kot. Macam pasang niatlah gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah mak i kt kg ado lg...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 02:53 PM | Show all posts
masih ada lg gantung dah berpuluh tahun pun  

1 lg dulu2 org suka gantung gambar kuda terbang tp sekarang ni mmg xda dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 03:27 PM | Show all posts
Edited by Jitu at 14-12-2020 03:29 PM
RatuDunia94 replied at 14-12-2020 11:51 AM
Cuols iols nk tanya la mcm mana nk lupuskan fram2 yg ada ayat al quran.. nama allah.. sbb dia dh lam ...

Cara terhormat lupus al-Quran  


NURULFATIHA MUAH FOTO: ROSLI TALIB

Kumpulan Media Karangkraf menggunakan teknologi insinerator untuk membakar al-Quran dan helaian al-Quran yang tidak memenuhi piawaian.


Kakitangan Kumpulan Media Karangkraf ketika proses pemunggahan abu al-Quran ke atas kapal di jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang,Klang, Selangor baru-baru ini.

KETIKA sedang membaca al-Quran, Safiah Mohamad, diganggu anaknya berusia dua tahun yang bermain berhampiran tempat beliau mengaji.

Si kecil itu, Humairah Ayub, tanpa sengaja telah menyebabkan helaian muka surat al-Quran yang dibaca wanita itu terkoyak.

Safiah, 30, tidak tahu hendak buat apa dengan helaian yang terkoyak itu. Bukan sahaja terkoyak dua, malah cetakannya sudah tidak berapa jelas untuk dibaca.

Hendak dibuang, Safiah rasa serba salah. Ia adalah kitab suci umat Islam. Kalam ALLAH pula. Bolehkah dibuang begitu sehaja?

Fikirannya menerawang seketika. Mana mungkin beliau boleh berbuat demikian sedangkan mahu memegang al-Quran pun perlu ada wuduk.

Jika tidak dilupuskan, ia mungkin boleh jadi bahan 'mainan' anaknya yang masih tidak mengerti apa-apa. Apa yang harus dilakukannya?

Dalam hal ini, penulis percaya, bukan sahaja Safiah tetapi ramai lagi yang pernah menghadapi situasi sama, bukan? Mungkin juga ada di antara anda yang masih lagi menyimpan al-Quran lama gara-gara tidak tahu buat apa-apa.

Tiga kaedah


MOHAMAD SHUKRI

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Sinar Islam mendapatkan pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Jelas beliau, ada beberapa cara pelupusan yang boleh dilakukan mengikut syariat Islam. Mohamad Shukri berkata, pada zaman lampau, situasinya berbeza.

"Dakwat al-Quran yang digunakan tidak kekal. Jadi, apabila direndam di dalam air, tulisan ayat al-Quran itu boleh tanggal," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Teknik kedua adalah melalui cara pembakaran, ujar beliau.

"Namun, pembakaran yang menjamin kehormatan al-Quran agar ia tidak dicemari. Antaranya ialah tempat pembakaran itu tertutup dan abunya tidak diterbangkan oleh angin.

"Kemudian, cara sesetengah pihak membentuk abu al-Quran menjadi kiub-kiub kecil dan dibawa ke laut untuk ditenggelamkan juga boleh dilaksanakannya," katanya.

Agamawan itu menambah, pendekatan lain ialah dengan menanam abu di tempat yang tinggi agar bebas daripada dipijak atau laluan manusia.

"Ini agak sukar kerana mungkin perlu naik ke puncak bukit dan sebagainya," katanya.

Namun, kata Mohamad Shukri, kaedah yang banyak diamalkan masyarakat pada hari ini adalah membakar helaian kalam ALLAH tersebut.

"Sebelum dibakar, helaian al-Quran dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu. Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut. Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut. Maka, tiadalah (isu) orang hendak terlangkah dan sebagainya," ujarnya.

Apabila sudah menjadi abu, bagaimana dengan kehormatan al-Quran itu?

Menjawab soalan ini, Mohamad Shukri berkata: "Kalau al-Quran dalam bentuk biasa, hendak menyentuhnya, kita kena berwuduk. Namun, kalau sudah dibakar dan ayat-ayat al-Quran itu sudah hilang, maka, tidak lagi perlu disentuh abu itu dalam keadaan kita berwuduk.

"Bagaimanapun, abu itu masih ada penghormatannya sebagai al-Quran. Apa-apa tindakan yang hendak kita ambil adalah terus mengekalkan penghormatan al-Quran itu walaupun, ia sudah menjadi abu. Hanya sifat sahaja yang berubah tetapi tidak pada penghormatannya. Ia masih lagi perlu dipelihara," jelasnya.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan." (Surah al-Waqi'ah, ayat 79)

Ujar Mohamad Shukri, ayat itu jelas menunjukkan al-Quran itu perlu dihormati walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kalamullah
​​

USTAZ HADI TALHAH  

Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hadi Talhah turut memberikan pandangannya tentang pelupusan al-Quran yang wajib berpandukan syarak. Ujar beliau, al-Quran bukan sahaja kalamullah tetapi juga perkataan suci daripada ALLAH SWT yang sudah tentu mempunyai nilai tinggi.

"Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Maka, sebab itu kalau ada mushaf al-Quran yang sudah rosak atau koyak atau reput kertasnya, ia perlu dilupuskan dengan cara yang dianjurkan syarak. Ia agar kalam ALLAH itu tidak dibiar begitu sahaja atau dilangkah atau diletak di tempat yang tidak sepatutnya.

"Sebab itulah al-Quran dilupuskan dengan cara antaranya dibakar dan abunya dibuang ke laut. Ia lebih mulia, tidak seperti kitab-kitab atau buku-buku yang lain," katanya kepada Sinar Islam.

Sebenarnya, tiada masalah jika seseorang ingin menyimpan al-Quran lama atau helaian yang terkoyak di tempat khas yang terpelihara.

"Cuma lebih elok jika ia dibakar dan dilupuskan dengan cara sepatutnya kerana ia dibimbangi mungkin dilangkah atau diletakkan di tempat yang bercampur-campur dengan barang lain yang menyebabkan proses pemeliharaan al-Quran sukar dicapai," jelas beliau.

Hari kiamat

Menurutnya, betapa pentingnya al-Quran untuk dipelihara umat Islam kerana kalam ALLAH itu akan diangkat sebelum berlakunya hari kiamat nanti.

Jelas beliau, maksud diangkat adalah ayat-ayat al-Quran akan dihilangkan daripada mushaf itu sendiri. Mungkin sekarang masih ada tulisan ayat-ayat al-Quran pada mushaf berkenaan, namun, sebelum berlakunya hari kiamat nanti, tulisan itu akan hilang. Al-Quran akan menjadi kosong! Semuanya atas kuasa-Nya.

"Itu merupakan antara tanda-tanda kiamat. Sebab apa al-Quran diangkat? Sebab Kalamullah ini tak binasa, tidak seperti makhluk-makhluk lain. Inilah kesucian al-Quran.

"Jadi, ALLAH SWT hilangkan al-Quran sebelum berlakunya kiamat supaya dapat dipelihara al-Quran itu. Ia bukan satu benda yang binasa di sisi ALLAH. Sebab itu ia dijaga sebelum berlakunya kiamat," ujar beliau.

Firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya, Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya." (Surah al-Hijr, ayat 9)

Ayat itu kata Ustaz Hadi, memberi jaminan tentang kesucian dan kemurnian al-Quran selama-lamanya.

Jelasnya, ini bermakna, ALLAH SWT yang menjaga dan memelihara sifat al-Quran menyebabkan ia tidak akan hilang sampai bila-bila.

"Ia tidak akan hilang seperti mana kitab Taurat, Injil dan Zabur, sebaliknya, ALLAH akan pelihara al-Quran.

"Satu lagi, al-Quran tidak boleh diubahsuai. Ia tidak seperti kitab Taurat, Injil dan lain-lain di mana orang Yahudi dan Nasara mengubahsuai kitab berkenaan sehinggakan orang tidak tahu mana satu yang asli. Namun, al-Quran memang tidak boleh diubahsuai kerana yang menjaganya bukan manusia tetapi ALLAH SWT," jelas beliau.

Ustaz Hadi menambah, pada zaman sahabat Rasulullah SAW, tiada pelupusan al-Quran berlaku sebaliknya, ketika itulah al-Quran dikumpulkan dan kemudian mukjizat ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW itu dibukukan.

"Namun, pada zaman kita ini, cetakan al-Quran terlalu meluas dan banyak serta kadangkala ada kesilapan atau rosak. Melihat perkara ini, ilmuan-ilmuan Islam berijtihad tentang bagaimana hendak menjaga kehormatan al-Quran.

"Maka, ulama kita berpandangan agar dibakar al-Quran lama atau helaian yang rosak dan kemudian, abunya dibuang di laut. Inilah cara yang sebaiknya supaya ia tidaklah diletak di tempat-tempat tidak sepatutnya," katanya.

Kepada satu soalan, Ustaz Hadi menjelaskan: "Jika ada buku-buku yang mengandungi ayat al-Quran, cara pelupusannya adalah sama seperti al-Quran.

"Sebenarnya, buku-buku agama ini adalah mulia, sama seperti al-Quran yang memang sangat mulia 100 peratus. Buku-buku ini tidak boleh kita hina sebab ada sebahagian kandungan dalam buku ini mengandungi ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.

"Perkara ini mesti dijaga dan jangan dilangkah seperti mana kalam ALLAH. Sama juga seperti buku Surah Yasin. Sekiranya ia sudah buruk, reput dan sebagainya, bakarlah dan kemudian abunya dibuang di laut atau sungai," jelas beliau.

Sumber:Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 14-12-2020 03:27 PM
Cara terhormat lupus al-Quran  



Bukan al quran pun cuols.. alaa frame yg ada ayat kursi.. ayat seribu dinar gitu.. iols bakar je la kan.. celah mana nk cari insinerator tu.. bukan banyak mana pun frame tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-12-2020 09:31 PM
Bukan al quran pun cuols.. alaa frame yg ada ayat kursi.. ayat seribu dinar gitu.. iols bakar je l ...

boleh je bakar mcm biasa cuma abu jgn buang merata takut terpijak atau terlangkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 05:16 PM | Show all posts
ha ah lah. pasni nak beli lah satu. rumah mak pun ada frame kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 07:03 PM | Show all posts
Pergi mana-mana rumah zaman dulu mesti jumpa frame kaabah ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye mmg zmn2 dulu ada tergantung kat dinding umh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aa dulu ada gantung. Tapi sekarang dah lama tanggalkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2021 11:10 AM | Show all posts
betul.. 90an glamer gantung  mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 07:57 PM | Show all posts
Ada jugak dulu kt umah kampung nenek. La ni da xde tak tau mana pegi. Mungkin makcik2 dah turunkan kot sejak nenek n atok dah takde.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajib ada dulu.gantung kat ruang tamu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:43 AM | Show all posts
          
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073754 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list