View: 2570|Reply: 9
|
Usah Jadi Ejen Sebar Fitnah
[Copy link]
|
|
ISLAM menegah perbuatan fitnah bagi menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama Islam.
Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir
Jangan jadi ejen penyebar fitnah akhir zaman memperlihatkan manusia akan diselubungi dengan pelbagai fitnah. Jika diperhalusi, perkataan fitnah dalam bahasa Arab merujuk kepada ujian, kufur, pembunuhan, kebakaran dan lain-lain. Ini berdasarkan penggunaan bangsa Arab terhadap perkataan ini mengikut pandangan yang dikemukakan oleh Ibn Athir.
Masyarakat Melayu merumuskan fitnah merujuk kepada tuduhan yang diadakan bertujuan untuk memburuk-burukkan seseorang atau memporak-perandakan masyarakat. Situasi ini sering kali berlaku apabila adanya pihak yang tidak sependapat dengannya dalam sesuatu perkara.
Islam menegah perbuatan fitnah ini bagi menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama Islam. Nabi SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras-kerasnya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." (Hadis Riwayat al-Bukhari No. hadis 6056)
Fitnah berdasarkan pandangan Imam Nawawi dalam mensyarah hadis ini adalah pemindahan maklumat daripada percakapan manusia atau orang ramai kepada seseorang yang lain dengan tujuan untuk merosakkan hubungan di antara mereka.
Al-Imam al-Ghazali pula menjelaskan dalam Ihya'nya bahawa sifat fitnah merujuk kepada pemindahan kenyataan seseorang kepada orang lain seperti mana dia berkata 'si fulan berkata dan mengata kepada kamu itu dan ini.'
Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding pada masa lampau. Hal ini kerana perkembangan teknologi yang rancak menjadikan amalan fitnah ini semakin mudah tersebar hanya dengan jari jemari yang rancak menulis di laman sosial Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain.
Pada hari ini mereka yang menyebarkan fitnah ini mempunyai niat dan berkehendak kepada sesuatu yang bernilai seperti meraih sesuatu jawatan penting, dominasi perniagaan, politik, kedengkian terhadap kejayaan seseorang dan lain-lain.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 4482)
Situasi ini apabila diteliti mempunyai kaitan yang rapat dengan soal hati yang tidak dipagari dengan iman yang teguh. Dalam perkara ini, syaitan akan memainkan peranan besar bagi memastikan manusia khususnya orang-orang beriman saling bertelagah antara satu sama lain.
Dalam al-Quran, Allah SWT menempelak mereka yang menyebarkan berita tanpa usul periksa. Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang Mukminin dan Mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata: 'Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.'" (Surah al-Nur ayat 11-12)
Balasan bagi orang yang membuat fitnah
Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur ayat 19)
Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut.
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Berkata Malaikat yang mengiringi Rasulullah SAW: 'Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia.'" (Hadis Riwayat Ibn Hibban hadis no. 655)
Nabi SAW juga bersabda maksudnya: "Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Muslim hadis no 2670)
Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyebut golongan pelampau yang disebut di dalam hadis itu ialah golongan melampaui batas dalam pengucapan mereka.
Doa mengelakkan diri daripada fitnah
Terdapat beberapa doa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas RA yang bermaksud: "Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, hadis no 12107)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas RA maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah." (Hadis Riwayat al-Tirmizi, Hadis no 3233)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng pada leher-leher mereka dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud, hadis no 1537)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas RA maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia. (Hadis Riwayat al-Bukhari, hadis no 6345)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Anas RA maksudnya: "Ya Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah penolongku dan dengan-Mu aku berperang." (Hadis Riwayat al-Tirmizi, hadis no 3584)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Sa'ad bin Abi Waqqas RA maksudnya: "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada kalangan orang-orang yang zalim. (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak, hadis no 1864)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah RA maksudnya: "Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau." (Hadis Riwayat Abu Daud, hadis no 5090)
Justeru itu, untuk mengelakkan diri daripada fitnah, maka jangan kita mulakan dengan memfitnah walaupun dengan sekecil-kecil perkara. Fitnah akan tersebar tanpa disedari, akhirnya merebak mencetuskan api membakar diri.
* Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amalan baik ye untuk penghormatan kepada penulis asal ( ini sebahagian integriti ya ) leoklah diertakan rujukan dan pautan asal . Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga bukan milik penabur fitnah
NURULFATIHA MUAH | | 06 September 2019
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/46626/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Syurga-bukan-milik-penabur-fitnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
APABILA bercakap tentang fitnah, ingatan penulis terarah kepada isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah RA. Bayangkan betapa hebat jiwa Aisyah menanggung perit apabila orang menjaja cerita tidak benar tentang dirinya. Sedangkan beliau merupakan isteri kepada utusan ALLAH dan wanita perawi hadis.
Peristiwa itu dirakam ketika dalam satu perjalanan pulang daripada peperangan. Rombongan Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti di suatu tempat. Lalu Aisyah keluar dari peterana (tempat duduk yang dipasang di atas unta) untuk menyempurnakan hajatnya.
Setelah itu, Aisyah menyedari kalungnya telah hilang. Beliau pun mencarinya. Sekembalinya ke tempat tadi, Aisyah mendapati, rombongannya sudah tiada tanpa menyedari ketiadaan beliau.
Ummul Mukminin itu tunggu di tempat berkenaan hinggalah seorang sahabat Rasulullah SAW, Safwan Mu'attal yang ditugaskan untuk menjaga pasukan yang belakang melihat Aisyah sendirian.
Maka bertebaranlah fitnah apabila ia disebarkan oleh tentera munafik dalam peperangan Rasulullah SAW.
Cerita itu sampai kepada Rasulullah, lalu baginda telah 'mengendurkan' hubungannya dengan Aisyah hinggalah ALLAH SWT menurunkan wahyu menjawab segala fitnah berkenaan. Kisah tersebut ada disebut dalam al-Quran menerusi Surah al-Nur, ayat 11 hingga 21.
Ya, cerita tentang fitnah sebenarnya sudah ada sejak dahulu lagi. Namun ia seolah-olah tiada noktahnya, malah seperti 'diwarisi' hingga ke hari ini.
Bahkan tidak keterluan jika dikatakan ia semakin 'membarah' dalam dunia serba moden yang dipacu pelbagai kemudahan seperti media sosial dan teknologi terkini.
Benarkah dosa fitnah lebih besar daripada membunuh? Apakah bahayanya fitnah kepada masyarakat?
Pelbagai maksud
Bagi mengulas pengertian fitnah, Sinar Islam mewawancara Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood.
Ujar ahli akademik itu, dalam al-Quran, fitnah membawa pelbagai maksud antaranya seperti syirik, ujian atau bala, maksiat, kerosakan, kesempitan atau kezaliman.
Beliau turut memetik pandangan Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari bahawa sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.
"Dalam masyarakat kita hari ini, perkataan fitnah lebih terarah kepada perbuatan menyebarkan berita palsu bagi tujuan mengaibkan atau memburukkan seseorang oleh mereka yang berhasad dengki atau yang berdendam.
"Makin parah apabila perbuatan itu dilakukan dengan sengaja sebagai satu bentuk penindasan atau kezaliman, padahal si pembuat fitnah itu sendiri tahu kebenaran di sebalik fitnah tersebut. Bertambah 'nazak' lagi apabila orang Islam sendiri yang menfitnah saudara seagama tatkala mereka tahu betapa besarnya dosa pembawa fitnah," katanya.
Firman ALLAH SWT: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (Surah al-Israa’, ayat 36).
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ustazah Siti Fatahiyah turut menegur sikap segelintir masyarakat yang seolah-olah menjadikan fitnah sebagai budaya dan 'kanser' yang menular pada zaman ini ditambah pula dengan kewujudan media sosial.
Ujar beliau, perbuatan itu sebenarnya didorong oleh hasad dengki dan dendam. Maka tanpa rasa bersalah, berita palsu dibuat bagi tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang yang tidak bersalah.
Justeru, beliau mengingatkan kita kembali bahawa fitnah itu umpama api dalam sekam iaitu kejahatan yang dilakukan dalam diam.
"Ia sangat bahaya kerana pada zahirnya, kita lihat seolah-olah tiada apa-apa ancaman atau kezaliman yang dilakukannya, tetapi di sebaliknya telah banyak kejahatan yang telah dilakukan.
"Perbuatan itu jika tidak dikawal akan menyebabkan masyarakat tidak stabil dan akan menggugat keamanan negara," katanya.
Bagi mereka yang terkena fitnah, Ustazah Siti Fatahiyah menitipkan pesanan agar bersabar dan tanamlah dalam diri bahawa ALLAH tidak akan menguji sekiranya kita tidak mampu.
Ujar beliau, waima sekecil mana pun perancangan mereka yang zalim melemparkan fitnah, yakinlah ALLAH SWT lagi Maha Bijaksana dalam menguruskan takdir kita. Percayalah apabila sampai masanya nanti, ALLAH akan tunjukkan segala kebenaran dan memberi kemenangan kepada pihak yang benar.
"Oleh itu, kumpulkan seluruh kekuatan kita untuk reda di atas ujian itu sambil terus berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan tenang dan profesional. Jangan terus melatah atau membalas segala kezaliman tersebut kerana dikhuatiri kita akan melampaui batasan dalam perbuatan atau perkataan ketika kita terlalu marah atau bersedih," katanya.
Zaman ujian
Sementara itu, pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan mengulas tentang fenomena fitnah menerusi media sosial.
Ujar agamawan itu, manusia mudah terjebak dalam kancah fitnah yang merupakan zaman ujian buat kita dalam dunia tanpa sempadan, apatah lagi dengan kemudahan media sosial.
"Menerusi aplikasi WhatsApp contohnya, kita dapat satu berita yang tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak, namun ia diceritakan dan disebarkan pula kepada kumpulan WhatsApp yang lain.
"Memang kita tidak berniat untuk memfitnah, tetapi perbuatan sebegitu secara tidak langsung menjebakkan kita menjadi ejen kepada fitnah. Jika berita itu benar-benar sahih, tiada masalah untuk disebarkan. Itu pun jika ada keperluan untuk disebarkan. Jika tiada, maka lebih baik ia tidak disebarkan. Sebab itulah Islam begitu mementingkan tabayyun (selidik)," katanya kepada Sinar Islam.
Imam Muda Hassan turut berkongsi kisah fitnah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Ada seorang sahabat baginda berhijrah ke Madinah semata-mata untuk berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Rentetan itu, Nabi Muhammad SAW meriwayatkan satu hadis masyhur tentang setiap amalan berdasarkan kepada niat.
Namun, katanya, baginda tidak pernah menyebut nama sahabat berkenaan. Rasulullah SAW hanya menggelarkannya sebagai Muhajir Ummu Qais.
"Sampai ke hari ini, kita tak tahu siapa nama sahabat berkenaan. Malah, ulama hadis yang mengkaji setiap perincian tentang hadis itu tidak menjumpai siapakah nama sahabat yang dimaksudkan. Nabi Muhammad tidak sebut nama sahabat berkenaan kerana tiada keperluan berbuat demikian. Mungkin ada sahabat-sahabat lain tahu, tetapi disebabkan baginda SAW 'menyimpannya', tiada seorang pun yang bocorkan rahsia berkenaan sebab tiada keperluan hendak cerita," kata beliau.
Imam Muda Hassan berkata, kisah itu boleh dijadikan suri teladan yang mana begitu integritinya sikap para sahabat RA dalam menjaga aib saudaranya.
"Namun, kita pada hari ini, bukan sekadar cerita aib orang, tetapi mengambil perkara itu secara mudah. Itu yang bahayanya. Memfitnah perkara yang tidak betul, dosanya memang besar," jelas beliau.
Ini kerana, katanya, selagi tidak mendapat kemaafan orang berkenaan, dosa-dosa pemfitnah akan tergantung meskipun mereka telah bertaubat.
"Dalam syarat-syarat taubat, jika dosa kita dengan ALLAH, kita mestilah menyesal, bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi. Kalau kita berdosa dengan Tuhan, mudah untuk kita hendak bertaubat kerana melibatkan antara kita dengan ALLAH SWT.
"Namun, jika dosa dengan manusia, perlu minta maaf dan selesaikan urusan dengan manusia tersebut. Contohnya, apabila seseorang memfitnah orang lain, walaupun dia segera bertaubat dan tidak buat lagi, namun dia perlu meminta maaf kepada orang berkenaan. Jika tidak, selagi itulah dosanya akan tergantung. Sebab itulah kita perlu ambil berat perkara ini. Itu baru seorang mangsa fitnah kita, kalau ramai yang kena fitnah lagi bagaimana?" soalnya.
Untuk memohon kemaafan, ujar agamawan itu, pelbagai medium boleh digunakan selain bersemuka. Ia boleh dilakukan menerusi e-mel, surat dan sebagainya, asalkan ia sampai kepada individu berkenaan.
"Tidak perlu ceritakan secara terperinci tentang butiran fitnah yang dilakukan terhadap individu berkenaan. Cukup sekadar berkata 'saya minta maaf sebab saya ada fitnah awak sebelum ini'.
"Namun, jika ditanya perincian tentang fitnah itu, maka kita kena jawab sebab itu hak dia. Yang penting, kita harus mendapatkan kemaafannya," katanya.
Benarkah dosa fitnah lebih besar daripada membunuh? Jawab Imam Muda Hassan, petikan ayat berkenaan ada disebutkan dalam al-Quran iaitu Surah al-Baqarah ayat 191 dan 217.
Namun katanya, ramai yang mentafsirkan ayat itu secara zahir iaitu menganggap fitnah sebagai menyebarkan perkara tidak benar, sedangkan perkataan fitnah dalam konteks ayat berkenaan merujuk kepada syirik. Dalam erti kata lain, dosa syirik itu lebih besar daripada membunuh.
"Fitnah itu ada banyak maksud. Fitnah bermaksud ujian, mensyirikkan ALLAH, buat cerita orang dan lain-lain. Apapun, fitnah menceritakan perkara yang tidak betul juga merupakan salah satu dosa besar," jelas beliau.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/46626/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Syurga-bukan-milik-penabur-fitnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan KarangkrafDosa tergantung
Kepada penabur fitnah, Imam Muda Hassan mengingatkan agar segera bertaubat dan memohon maaf kepada individu yang difitnahnya.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/46626/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Syurga-bukan-milik-penabur-fitnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumusannya, fitnah, atau perbuatan menjatuhkan character seseorang secara tidak nyata dan sengaja tanpa mempunyai keberanian untuk menyiasat sumber fitnah itu amat amatlah besar dosanya di sisi Islam.
apabila di media sosial dan platform terbuka sebelum ini , adalah penting untuk kita semua berfikir secara bijak dan sabar apabila berhadapan dengan elemen fitnah dan jatuhkan karakter seseorang.
semuanya bergantung pada niat perlaksanaan niat tersebut, dan pada hemat saya perkara yg terbaik ketika berada di media sosial senantiasa ingat pada niat asal - untuk melayari sosial media - sebar ilmu, sebar manfaat dan kerana ALLAH. Tegakkan yg haq.
dan bersabar apabila mendepani fitnah selagi boleh dan jauhilah sumber dan kegiatan mereka yang menyebabkan anda kena bersoal jawab dengan ALLAH esok ketika di yaumul qiyyamah. Yes anda yg kena jawab , si pemfitnah dan pembawa berita palsu dan pencetus kena jawab juga tapi mereka tidak jawab pada pihak anda.
so , rugi ke tak ? mahu berkawan dengan si pemfitnah ?
pilihan di tangan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 26-12-2020 08:06 AM
Rumusannya, fitnah, atau perbuatan menjatuhkan character seseorang secara tidak nyata dan sengaja t ...
Ni bukan memfitnah ke ??? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Beraninya dia ......konpiden dia ...... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 29-12-2020 11:35 AM
Assalammualaikum w.b.t.
Dalam kita menjelaskan isu yang berkaitan fitnah, mari kita renung pengertian sebenar fitnah.
Fitnah itu jika kita benar-benar cuba memahaminya bermaksud ujian (tanda sebelum datangnya bala), mensyirikkan Allah s.w.t, merosakkan agama, menyempitkan urusan beragama atau menzalimi ketika beragama.
Dalam mengeluarkan sebarang artikel, berkenaan apa yang dimaksudkan fitnah, perlulah dibaca pada nama ciptaan-Nya yang meliputi segala sesuatu. Yakni, membataskan antara kebenaran yang didalamnya terdapatnya kebenaran dan kebatilan.
Mengapa fitnah berlaku? Ianya berlaku bila nafsu memberontak, berkehendakkan makhluk menerima dan mempercayai sebagai suatu Khabar yang terbaik samaada bertujuan untuk memperbaiki keadaan yang pada pandangannya atau suatu yang merugikan, tanpa mengembalikan urusan ilmu yang mana dirinya belum fakih kepada ahli-ahli yang berhak lagi layak untuk menerangkannya.
Sesuatu hujjah yang mempersoalkan kewibawaan suatu Khabar yang berbentuk fitnah dikenal juga sebagai fitnah, sekiranya ianya bermaksud seperti apa yang dimaksudkan fitnah.
Dalam membedakan akan fitnah-fitnah ini, di dalam Alquran, surah Al-Furqaan sebagai petunjuk, pembeda berkenaan urusan fitnah.
Manusia diciptakan-Nya berpasang-pasangan. Ada lelaki dan adanya perempuan. Sekalipun makanya manusia, tetap ada pembeda untuk urusan jantina. Ini kerana, menerusi pembeda, adanya kebaikkan mutlak dari sisi-Nya.
Seperti mana dalam posting dari saya di post yang lain, saya ada nyatakan hal ehwal fitnah dari ulama-ulama dan sedikit nasihat yang lebih mengimarahkan diri ulama-ulama. Itu dinamakan pembeda. Jika diabaikan pembeda, maka itulah yang dimaksudkan "dari ulama fitnah itu datang, kepada ulama fitnah itu dikembalikan-Nya". Sedangkan menjelaskan apa yang difitnah untuk direnungkan dikeranakan ilmu yang disempitkan, juga termasuk urusan fitnah sekalipun ianya Khabar yang meliputi apa yang lebih luas sedangkan ianya tidak diilhamkan oleh-Nya kepada yang dimaksudkan.
Agama itu nasihat. Nasihat itulah pembeda. Yang membedakan manusia yang berakal dan juga manusia yang tidak berakal. Akan tetapi, kerana kesombongan, kerana nak jaga maruah, lupa untuk menjaga agama kerana Allah s.w.t. Apa yang akan berlaku diakhirat kelak, bila Allah s.w.t berkata dihadapan kita semua "kamu berdusta" atas perkara fitnah yang disangkakan menurut petunjuk-Nya sedangkan hakikatnya mensyirikkan Allah s.w.t berserta menyembah-Nya?
Ingatlah! Yang dicari selama ini keredhaan Allah s.w.t bukan? Mengapa masih ramai yang mencari kemurkaan Allah s.w.t disebalik fitnah ketika diri merasakan benar-benar menyebarkan agama sedangkan lupa untuk mengingati berkali-kali jugalah, Allah s.w.t menegur semula apa yang difitnahkannya itu atas Ar-Rahman-Nya cuma.
Covid masih diluar sana, kita? Beragama sambil meluaskan fitnah dalam beragama?
Masya'allah, moga-moga bermanfaat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya akan tutup thread ini sebab ada unsur PA. |
|
|
|
|
|
|
| |
|