CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1173|Reply: 2

Bukan Pelik, Ia Ikan Spesis 'Alligator Gar'

[Copy link]
Post time 16-12-2020 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Gambar ikan spesis Alligator Gar yang ditangkap nelayan (gambar kecil). FOTO Ihsan Pembaca


Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

Sabak Bernam: Ikan memiliki kepala seakan buaya yang tersangkut pada pukat hanyut seorang nelayan di perairan daerah ini berhampiran Sungai Lang, di sini, kelmarin, dikenal pasti sebagai spesis Alligator Gar.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 60-an itu mendapati ikan terbabit sudah mati sebelum mengeluarkannya daripada pukat.

Beliau berkata, nelayan terbabit tidak dapat mengenal pasti spesis ikan itu dan ia sudah dijual kepada individu warga Bangladesh.

"Siasatan lanjut mendapati ikan itu spesis Alligator Gar dan ia dilarang dilepaskan di mana-mana perairan.

"Kemungkinan ikan ini dilepaskan di kawasan sungai dan mengikut air hujan turun ke kawasan muara Sungai Lang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar ikan terbabit turut tular di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 12:13 PM | Show all posts
ramai orang suka bela wild species pastu lepaskan macam tu je bila dah tanak bela...  takde rasa nak fikir perbuatan tu akan kacau ekosistem tempatan n akan effect globally...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 12:17 PM | Show all posts
Mesti ada yang membuangnya bila dah malas nak bela atau kemampuan kewangan dah kurang untuk terus membelanya.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.385090 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list