CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2689|Reply: 14

Peluang rentas negeri. Di Pantai Batu Buruk ada menu viral kerang saiz AAA, AA d

[Copy link]
Post time 17-12-2020 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-12-2020 03:22 PM

Kerang 'gasi' juadah istimewa di Pantai Batu Buruk
NORHASPIDA YATIM | | 17 Disember 2020


KUALA TERENGGANU - Saiznya yang luar biasa besar serta jarang ditemui menjadikan menu kerang gasi (gergasi) bakar di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk di sini istimewa sekali gus menarik perhatian pengunjung.

Uniknya, saiz kerang di gerai makan itu ada yang mencecah saiz 20 sentimeter menjadikan ia antara kerang terbesar pernah dijual di sini.

Pemilik gerai makanan Penyu Corner, Rohana Omar, 48 berkata, terdapat tiga saiz kerang yang dijual di gerainya iaitu besar (AAA), sederhana besar (AA) dan sederhana (A).

"Permintaan terhadap kerang bergantung kepada citarasa pelanggan, ada yang gemar kerang saiz kecil, ada juga yang sukakan kerang bersaiz besar kerana rasa dagingnya lebih kenyal dan isinya yang tebal.

"Saiz hidangan sama sahaja kerana di sini kita memang jual kerang gasi. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan kerang terdapat menu lain yang turut disediakan di sini," katanya.

Rohana berkata, kerang yang dijual pada harga RM15 semangkuk itu biasanya habis dijual sebaik gerai beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

"Jualan bergantung pada keadaan, biasanya hari biasa dalam 50 hingga 60 kilogram (kg), tetapi bila hari minggu kuantiti lebih banyak dan pernah cecah 90 hingga 100 kg," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerang gasi bersaiz besar agak sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada bekalan yang dihantar pembekal.

Menurutnya, bekalan kerang biasanya diperoleh daripada tiga pembekal secara bergilir-gilir iaitu dari Sabah, Perak dan Klang.

"Untuk dapatkan stok kerang saiz besar agak sukar kerana kebanyakan pembekal yang ditemui tidak sanggup hantar kerana ia sukar diperoleh. Tambahan pula, kerang ini kita dapatkan yang betul-betul segar dan berkualiti sebab itulah harganya juga agak mahal.

"Ada hari-hari tertentu bekalan kerang terputus, kita terpaksa tutup operasi kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Biasanya kalau yang datang dari jauh, kita galakkan mereka untuk telefon terlebih dahulu," katanya.

Rohana yang berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu turut dibantu suaminya, Ahmad Zikri Che Ali, 39 selain tujuh lagi pekerjanya.

Dia berkata, minat untuk berniaga kerang gasi kerana gemarkan sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama pelanggan.

"Sebenarnya saya sekeluarga memang suka makan kerang. Daripada situ kami berusaha cari bekalan ini di merata-rata tempat sehinggalah bertemu dengan tiga pembekal yang sanggup terima tempahan.

"Kini sudah masuk tahun kedua gerai ini beroperasi sejak 2019 dan sambutan diterima amat memberangsangkan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 03:21 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:22 PM | Show all posts


Terdapat tiga saiz kerang gasi iaitu saiz AAA, AA dan A dijual di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
huhhhh syoknyer
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:04 PM | Show all posts
uih bsrnye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya yg oversized ni kurang sedap.. ikan oversize dari yg sepatutnya pun, tak berapa sedap . Kerang ni, kenapa tak ada pic yg dah dikoyak cengkerang?nak tgk juga labia majora/minora dia kala apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2020 04:12 PM | Show all posts
betul ker 20cm besar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajinnya sental bagi putih. Aku suka makan kerang tapi nak beli dengan kulit pastu nak kene basuh bagi putih tu renyahnye...ada petua tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2020 02:20 AM | Show all posts
najib888 replied at 17-12-2020 04:11 PM
Selalunya yg oversized ni kurang sedap.. ikan oversize dari yg sepatutnya pun, tak berapa sedap . Ke ...

agree...  yang oversized memang tak sedap...  kerang ni aku suka yang sedang2 je...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 19-12-2020 02:20 AM
agree...  yang oversized memang tak sedap...  kerang ni aku suka yang sedang2 je...

Kann..sotong oversize pun tk sedap daging dia. Selalu kat KK sotong kat pasar besar2 betis...tp bila masak kurang sikit kesedapan dia. Better yg size2 moderate jer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 04:28 PM | Show all posts
MakareyumSuciey replied at 19-12-2020 02:42 PM
Kann..sotong oversize pun tk sedap daging dia. Selalu kat KK sotong kat pasar besar2 betis...tp bi ...

dulu masa awal2 duduk sabah, kami macam seronok gila tengok seafood nesae gabak...  bila dah beli beberapa kali memang rasa saiz sedang2 lagi sedap...  jadinya lepas tu kalau order dengan nelayan, memang mintak yang saiz sederhana besar je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 19-12-2020 04:28 PM
dulu masa awal2 duduk sabah, kami macam seronok gila tengok seafood nesae gabak...  bila dah beli  ...

Kann..mula2 nampak ala2 teruja....semua beli yg besar2...bila makan...tak berapa sedap compared yg size2 biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiii putih bersih
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 01:03 PM | Show all posts
ninnamina replied at 19-12-2020 12:58 AM
Rajinnya sental bagi putih. Aku suka makan kerang tapi nak beli dengan kulit pastu nak kene basuh ba ...

gosok dengan sabut kelapa tp laa ni sabut pun org jual ke kilang perabot


kerang kot besar sgt liat laaa. yg org panggil kerang bulu tu.
kalau musim nya dpt yg besar tu buat masak rendang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 01:33 PM | Show all posts
Nampak bersih ia dicuci yang minat pasti tak akan lepaskan peluang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.170672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list