View: 1737|Reply: 9
|
2 Beradik Sengau, Sumbing Cekal ‘Hantar Makanan’ Bersama - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Abang yang sengau menunggang motosikal, adiknya yang sumbing pula membonceng mencari arah ke lokasi penghantaran makanan berpandukan aplikasi navigasi.
Begitulah kesungguhan dua beradik yang saling membantu ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan di kota raya Kuala Lumpur ini sejak diberhentikan kerja Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.
Ujian itu tidak mematahkan semangat Amirul Hafizan Rosli, 27, dan adiknya Mohamad Syafiq Haikal, 23, yang masing-masing pernah bekerja sebagai juruteknik di hotel dan penyelia tapak projek, sebaliknya ia titik permulaan untuk mereka mencari rezeki bersama.
Kini, Amirul Hafizan yang dilahirkan sengau sejak lahir akan menunggang motosikal, manakala Mohamad Syafiq membonceng di belakang dan membantu mencari arah ke lokasi penghantaran berpandukan navigasi di telefon pintar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I ada soft spot sikit dgn rider rider ni. Bulan ni ada 2 kali experience dgn rider.
Satu, air tertumpah tapi masih dalam plastik. Tumpah sebab penutup tak tutup betul. Bukan salah rider ni pun. Orang kedai yg tak tutup betul. Rider tu minta maaf berkali-kali, muka risau sgt. I cakap takpe, dik. Air tu masih dalam plastik. Boleh tuang kat cawan je. Dia minta maaf lagi.
Kedua, jadi Selasa lepas. I order dinner, dlm pukul 6.30pm camtu. Sebelum tu takde tanda nak hujan. Tetiba hujan turun lebat gila. Pastu I check app, tetiba dah notified 'order has been delivered'. I decide tunggu je la sejam lagi. Kalau takde, baru report. Then rider tu whatsapp cakap lambat sikit, hujan. I kata takpe, hujan lebat. 8.30pm dia baru sampai, minta maaf banyak kali sebab hujan. I cakap takpe. Then dia tanya I cancel order ke. I cakap tak, app tu tetiba kata dah delivered. Dia ckp phone dia rosak. Aduh...nasib baik I tak report lagi.
Tak dinafikan ada segelintir rider yg biadap, ada yg salah hantar ke rumah lain, especially kat apartment. Sbb dia gantung je kat grill. Tapi, ramai je yg baik, sanggup redah hujan hantar makanan kita. So, kita cuba bersangka baik dulu. Kalau takde rezeki, boleh je report dan dapat voucher. Entahlah. I mmg sejenis takleh tengok orang susah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
news macam ni patut dapat limelight
bukan siang malam meratib kapten pramugari pramugara jatuh tersungkur meniaga tepi jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
berkongsi rezeki.. kita order, dia org pun dpt duit.. bagi laa tips skit..
buat dia org happy..
kat malaysia ni jrg org nak bg tips.. apa tah lg nak belanja org asing mkn.
teringat sorang kakak ni tgh beratur kat kaunter kfc.. ada sorang ibu cina dgn 2 anak remaja bersandar kat dinding kaca kfc tu tgk org mkn di dalam. kak ni panggil ibu tu masuk kaunter.. suh pilih makanan yg depa ndak.. dan byrkan.
sedih tp rasanya semua org happy tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah.. dlm keadaan sekarang
kita yg masih bekerja ni apa salahnya bagi tips
atau belanja je air ikat mati/tepi... dorang mana ada masa nk lek lek minum lainla kalau order tak siap lg, boleh la duduk mkn minum
|
|
|
|
|
|
|
|
ari tu kontraktor TM psg kabel fibre kat lorong blkg rumah.. aku bg air sejuk dlm botol.
mula2 depa segan tp bila seharian korek.. haus la kot.. berbotol2 tp apa susah nya, tadah kat coway je..
|
|
|
|
|
|
|
|
haa yg cenggini pn bagus
murah rezeki kamuuuuuuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dimurahkn rezeki dan dimudahkn dlm segala hal yg mendatang.. |
|
|
|
|
|
|
|
terharu baca news ni. semoga dipermudahkan urusan dua beradik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mahu juga mereka usaha nak cari rezeki bukan hanya mengharap simpati |
|
|
|
|
|
|
| |
|