CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 1

Inisiatif Foodpanda - Harian Metro

[Copy link]
Post time 22-12-2020 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Foodpanda merangka inisiatif buat rakan penghantarnya bagi membina karier masa depan lebih kukuh.


[email protected]

PELUANG untuk meningkatkan dan mempelbagaikan kemahiran antara inisiatif yang dirangka foodpanda buat rakan penghantarnya bagi mengupayakan golongan itu membina karier masa depan lebih kukuh.

Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Awam foodpanda, Khairil Ahmad berkata, ketika ini pihaknya masih melakukan perbincangan dengan beberapa pihak khususnya agensi kerajaan bagi menjayakan hasrat itu.

Menurut beliau, jika ia direalisasikan kelak, peluang itu akan tersedia buat semua rakan penghantar foodpanda tanpa mengira kelayakan akademik yang dimiliki.

"Kita sedar hakikatnya suatu masa nanti, mungkin rakan penghantar ini merasakan tidak lagi sesuai untuk meneruskan kerjaya sebagai penghantar. Mana mungkin mereka menjadi penghantar sampai bila-bila.

"Sebab itu kami cuba melihat bagaimana foodpanda boleh menambah baik pakej manfaat dan faedah buat mereka termasuk menerusi peluang untuk mempelajari kemahiran baharu.

  "Jika ada rezeki, siapa tahu dia (rakan penghantar) dapat memegang jawatan pengurus dalam bidang tertentu selepas hanya beberapa tahun menjadi rakan penghantar hasil inisiatif ini nanti," katanya.

Menurutnya, susulan pandemik Covid-19, foodpanda turut menerima banyak permohonan menjadi rakan penghantar daripada golongan berkelayakan akademik lebih tinggi.

Oleh itu, katanya, inisiatif itu nanti akan turut memberi tumpuan kepada usaha membantu menghubungkan golongan profesional terbabit dengan majikan dan industri berkaitan bagi membolehkan mereka meneruskan pembinaan karier.

"Untuk rakan penghantar yang memiliki kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih rendah misalnya, kita berharap mereka tidak selamanya menjadi rakan penghantar sebaliknya mampu menjawat jawatan eksekutif dan pengurus suatu masa nanti.

"Bagi rakan penghantar yang berkelayakan akademik lebih tinggi pula, mungkin kita boleh bantu pertemukan mereka dengan majikan berpotensi atau menambah kemahiran baharu bagi menjadikan mereka golongan profesional yang lebih serba boleh untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pekerjaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2020 01:08 PM | Show all posts
Yang penting bagi mereka ni sebenarnya pendapatan bukannya jawatan.  Kalau ada yang mahu bagi pendapatan lagi tinggi dari apa yang dia dapat sekarang sebagai penghantar Foodpanda pasti ada yang mahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.041493 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list