|
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakar sejarah, apabila seorang pegawai kanannya, Kepten Rohana Jupri, menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama, pada Jumaat.
Rohana, 57, adalah di antara empat pegawai kanan dinaikkan pangkat dalam satu majlis disempurnakan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak.
Mohd Reza berkata, pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita itu diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM, selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.
Rohana yang ibu kepada empat anak, berasal dari Tanjong Karang, Selangor, menyertai TLDM pada 20 Disember 1984 apabila ditauliahkan sebagai Lt Muda TLDM Cawangan Bekalan dan Urusetia pada 6 Disember 1986. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|