CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3018|Reply: 17

Danish Syazwan Toh terkedu bila 'uncle' lori tolong angkut motor beliau yang pan

[Copy link]
Post time 24-12-2020 10:55 AM | Show all posts |Read mode
'Saya nampak you susah, saya tolong...'
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 24 Disember 2020


Paparan Twitter Danish Syazwan Toh tular di laman sosial.


GOPENG - Seorang remaja lelaki terkedu apabila pemandu lori yang tidak dikenalinya tiba-tiba menghulurkan bantuan setelah terpaksa menolak motosikalnya sejauh 10 kilometer (km) gara-gara tayar pancit di lebuh raya berhampiran Tol Gopeng.

Danish Syazwan Toh, 18 berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.39 petang di kilometer (km) 305 dari Tapah ke Ipoh pada Isnin dan mengakui terharu dan bersyukur apabila ada insan yang tidak dikenali sudi membantunya ketika dalam kesusahan.

"Semasa dalam perjalanan motosikal saya masih berada dalam keadaan elok, malah saya juga menunggang dalam keadaan perlahan memandangkan keadaan cuaca hujan ketika itu.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba tayar belakang motosikal pecah dan saya hampir terjatuh. Mujur saya dapat seimbangkan badan sebelum berhenti di lorong kecemasan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menceritakan lebih lanjut kejadian itu, Danish yang juga pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah berkata, dia telah menghubungi talian kecemasan lebuh raya namun pihak berkaitan tidak dapat membantu kerana kerosakan yang dialami amat teruk.


Danish Syazwan Toh (kanan) bersama 'uncle' yang sudi membantunya ketika dalam kesusahan.

Katanya, pihak terbabit turut memaklumkan bahawa mereka tidak dapat membantu kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi membabitkan kerosakan tayar motosikal dan mereka menyarankan agar motosikalnya ditolak ke tol berhampiran.

"Jadi saya akur dengan saranan itu dan mula menolak motosikal sejauh 10 km sebelum tiba di Tol Gopeng dan menghala ke sebuah bengkel yang terletak kira-kira 2 km dari tol berkenaan.

"Bagaimanapun, sedang saya menolak motosikal, tiba-tiba sebuah lori tanpa muatan berhenti di hadapan saya sebelum seorang lelaki berbangsa India keluar untuk membantu," katanya.

Danis berkata, lelaki itu menawarkan bantuan dengan membawa motosikalnya menaiki lori terbabit, namun menolak bantuan kerana enggan menyusahkan pemandu lori itu.

Bagaimanapun katanya, melihat keikhlasan lelaki itu yang ingin membantunya dia bersetuju dan motosikalnya dibawa dengan menaiki lori ke sebuah bengkel yang terletak selepas persimpangan masuk ke Tol Simpang Pulai.

"Saya ingin memberi sedikit wang bagi menghargai bantuan diberikan tetapi lelaki yang saya dipanggil 'uncle' itu enggan menerimanya. Sebaliknya dia menolong kerana melihat kesusahan saya menolak motosikal yang rosak.

"Dia cakap, dia nampak saya dalam kesusahan jadi dia tolong saya dan bukannya atas sebab duit. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana bantu saya ketika susah dan pastinya peristiwa ini saya akan ingat sampai bila-bila," katanya.

Terdahulu, ciapan Danish mengenai bantuan yang dihulurkan oleh 'uncle' tersebut tular di laman sosial hingga meraih lebih 1,000 tanda suka dan rata-rata netizen terharu serta bangga melihat aura positif yang ditunjukkan oleh 'uncle' dan Danish.

Kata @nadra_ell, "Sebenarnya Malaysia ni masih lagi harmoni, bergaul dan berbudi tak kira bangsa dan agama. Tapi biasalah, perkara negatif itu lebih seronok untuk dibualkan. Apa pun terima kasih kongsi pengalaman warna warni Malaysia".



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s&utm_campaign= nampak you susah, saya tolong...'
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Plus ronda langsung tak membantu? Sebab motor tak bayar tol? Takde sekelumit nilai kemanusiaan ke apa?biasa diaorang ronda palai hilux paaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:08 AM | Show all posts
Masih ada je orang baik perihatin dan ikhlas membantu kat Malaysia ni tak kira bangsa atau agama walaupun jumlahnya tak ramai.  Danish pun mungkin seorang yang selalu bantu orang lain jadi tak hairan bila dia dalam kesusahan ada orang lain pula yang nak bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyaaa..abam netes ayaq mata haa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ingatkan adek si iesya toh.. Apa2 pun bagus uncle ni sanggup tolong
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:54 AM | Show all posts
anak sapo ni..masih ada insan yg ikhlas membantu, tapi kena waspada jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2020 12:15 PM | Show all posts
Actually plusronda mmg hampeh.
Kete kawan aku penah pancit.
Call plusronda, haram gi tgk.
Last sekali Propel yang tolong.

Kete abah aku pun penah timing belt putus, plus ronda x mau tow.
So kene la call tow truck.
Malam kot.
At least dtg le letakkan kon ke, ape ke
Nk on lampu pun xleh sbb enjin x on.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi awat plus tak tolong Sekurang2 nya hantarkan pergi bengkel.. tau la tak boleh baiki tapi xkan la xada solition yg lebih bernas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau acik melayu yg tlg, agak2 nk viral x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma nak cakap... pengalaman aku india ni.. klu dia tlg... mmg dia tlg sungguh... sampai dpt..
Dulu zaman x de gps.. dulu klu x tau jalan..mmg kena berenti tnya org... klu tnya india.. dia akan guide sampai jumpa destinasi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 24-12-2020 02:10 PM
Klau acik melayu yg tlg, agak2 nk viral x?

tak habis2 rasis
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Driver lori mmg ringan tulang rasanya. Weols pon pernah kne tolong ngn diorang. Tayar pecah, so brenti la tepi jalan. Skejap pastu, ad 1 lori brenti, tolong. Sekejap pastu plak, ad lg 1 lori brenti. Tolong tukar tayar. Weols pon pndai je tukar tayar, tp abang tu buat laju la. Hahaha. Malu pon ada sbnarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa 2008, kami laki bini takde kereta lagi. Naik ex5 dari perlis nak balik ke desa mentari. Masa tu duit dlm tangan cuma ade rm50 je. Sampai kat ipoh tetiba tayar belakang pancit. Terpaksa tuntun motor. Ade satu lori uncle cina ni berhenti tumpangkan kami sampai bengkel motor sg buloh sebab uncle tu nak pi arah KL. Suami nak bayar upah tapi uncle tu kata tak payah. Syukur alhamdulillah masa tu sebab kalau kami bayar dengan duit yg ade masa tu mesti kami tak dapat nak tukar tayar motor. Bisnes kad uncle tu sampai skrg kiteorang simpan lagi. Dia ade restoran kat penang. Setiap kali balik kampung bila tiba kat ipoh mesti teringat peristiwa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 04:38 PM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 24-12-2020 04:40 PM

teringat kat mentor aku pesan
yg dtg membantu dan jumpa org susah kat mana2
kadang2 itu bukan manusia

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 24-12-2020 04:38 PM
teringat kat mentor aku pesan
yg dtg membantu dan jumpa org susah kat mana2
kadang2 itu bukan manu ...

Mentor kau dah pergi buat rawatan kat hospital sakit jiwa belum sis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-12-2020 07:48 PM
Mentor kau dah pergi buat rawatan kat hospital sakit jiwa belum sis?

Ya Allah sis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 24-12-2020 11:01 AM
Plus ronda langsung tak membantu? Sebab motor tak bayar tol? Takde sekelumit nilai kemanusiaan ke ap ...

tu la, plus tonda tkbleh ke anhkut motortu atas 4wd diorang..10km tolak motor letih oooo bassh spenda weh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2020 04:12 AM
Ya Allah sis!

Akak bukan apa sister chazey. Akak risaukan kemashahalatan heshe sis. Kohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064598 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list