CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 0

Walter Forbes Reda Nasibnya - Harian Metro

[Copy link]
Post time 25-12-2020 08:13 AM | Show all posts |Read mode

Forbes di depan rumahnya selepas dibebaskan. FOTO Agensi.


Lansing: Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat (AS) terpaksa reda apabila mensia-siakan hidupnya hampir empat dekad meringkuk dalam penjara untuk kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

Walter Forbes, 63, yang dipenjarakan selama 37 tahun akhirnya dibebaskan pada 20 November lalu selepas seorang saksi mengaku menipu dalam keterangannya di mahkamah.

"Penantian dan kesabaran saya selama ini berbaloi. Walaupun menanti (kebenaran) dalam tempoh lama, saya tetap bersyukur saksi akhirnya mengakui perkara sebenar.

"Saya maafkan mereka yang mengheret saya dalam situasi sukar ini. Jika saya tidak memaafkan, ia akan merugikan diri saya dan mereka," katanya seperti dipetik dalam portal USA Today.

Sementara itu, peguam Forbes, Imran Syed dari Michigan Innocence Clinic berkata, sejak perbicaraan bermula, beban bukti diletakkan pada bahu Forbes hingga hakim melihatnya bersalah.

"Dia hanya ditahan dan didakwa. Ini menunjukkan apabila sesuatu berlaku, hakim hanya (menghukum) walaupun mereka perlu meneliti semua bukti," katanya.

Episod hitam Forbes bermula pada 1982 selepas dia terbabit dalam satu perselisihan faham dengan seorang lelaki, Dennis Hall di sebuah bar.

Hall menembak Forbes menyebabkan Forbes cedera dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh, namun dia disabitkan membunuh Hall yang mati terbakar di apartmennya di Jackson pada 12 Julai 1982.

Pada Mei 1983, Forbes dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa melakukan kebakaran dan pembunuhan Hall kerana dianggap suspek utama selepas menjadi satu-satunya individu yang bergaduh dengan mangsa.

Bagaimanapun, keadilan berpihak kepada Forbes dan peguamnya selepas seorang saksi, Annice Kennebrew muncul pada 2017 mengakui memalsukan keterangannya sepanjang perbicaraan kerana diugut dua lelaki bagi menyelamatkan keluarganya.

Di sebalik itu, sebenarnya Forbes menjadi mangsa keadaan apabila pemilik apartmen Hall, David Jones, sengaja merancang kebakaran itu bagi membolehkannya menerima lebih AS$50,000 (RM202,900) untuk insuran kebakaran hartanahnya itu di Jackson.

Bagaimanapun, Jones yang tidak mengaku terbabit dalam kejadian menganiaya Hall dan mengheret Forbes itu tidak dapat dibicarakan kerana meninggal dunia sebelum Michigan Innocence Clinic mengambil alih mengendalikan kes Forbes pada 2010.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.263113 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list