CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 2

Tak Perlu Risau, Import Daging Lalui Pemeriksaan Ketat - Harian Metro

[Copy link]
Post time 25-12-2020 08:41 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Hamzah (tengah) bersama Datuk Ahmad Maslan (kiri) mendengar penerangan daripada Penguasa cendawan, Mohd Syazwan Zainal Abidin mengenai pokok cendawan tiram kelabu yang di tanam di Kampung Lubuk Sipat Benut Pontian. FOTO ZAIN AHMED


Nurul Amanina Suhaini
[email protected]

Pontian: Masyarakat khususnya umat Islam di negara ini tidak perlu risau berhubung daging import yang memasuki pasaran negara kerana ia melalui proses pemeriksaan yang ketat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (I), Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, tidak dinafikan banyak persepsi negatif yang dilontarkan orang awam, namun berharap supaya diberi ruang kepada pihak berkaitan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyeludupan daging import.

"Walaupun banyak persepsi negatif, perlu dimaklumkan bahawa proses daging kita (negara) dijalankan oleh agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ia melalui proses yang cukup ketat.

"Selain itu, perlu juga membuat pemantauan dan pengauditan di semua tempat yang membekalkannya termasuk di bengkel atau kilang yang bukan sahaja perlu menepati status halal, malah perlu melihat daripada segi faktor kesihatan barulah kita boleh meluluskan permohonan terbabit.

"Apabila dimasukkan ke dalam negara, ia melalui beberapa pemeriksaan dan bukan sahaja membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) iaitu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan," katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja Agropreneur Muda ke Pontian, di Kampung Lubuk Sipat Benut, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, pihaknya berharap masyarakat supaya bersabar pada ketika ini berikutan proses pemeriksaan, selain siasatan pun masih dijalankan membabitkan beberapa jabatan dan agensi berkaitan.

Media sebelum ini melaporkan, terdapat kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya.

MAQIS menjalankan serbuan di sebuah kilang di Senai, yang didakwa menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal palsu.

Terdahulu, menerusi program berkenaan, beliau berkata, bagi tahun ini, seramai 81 agropreneur muda Johor menerima Geran Agropreneur Muda berjumlah RM1.54 juta.

Katanya, dari 2016 hingga kini, seramai 414 agropreneur muda Johor menerima bantuan geran berjumlah RM7.54 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu risau????? Ribu2 tan kartel bawa masuk tu untuk pasaran mana? Kambus belakang rumah? Bak kata kaka duda...lanjiooooi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 03:11 PM | Show all posts
daging pun xboleh handle ini kan vaksin, memang jadi modal anti vaksin.  beribu tan masuk kartel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048948 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list