CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 2

Lima Beranak Berumah Dalam Kereta, Bayi Diberi Minum Kopi - Berita Harian

[Copy link]
Post time 25-12-2020 09:10 AM | Show all posts |Read mode

S Ganesh, 34, bersama Parameswary, 32, dan tiga anak terpaksa tidur dalam kereta dan menggunakan tandas awam sejak rumah mereka di Lorong Carnarvon, Georgetown, terbakar pada April lalu. - Foto DANIAL SAAD


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]

GEORGETOWN: Bayi diberi minum kopi, dua lagi anak hanya menjamah kepingan biskut bagi mengalas perut ketika terputus bekalan makanan.

Itu pengalaman perit pernah dilalui S Ganesh, 34, dan isteri, Parameswari, 32, yang terpaksa berlapar kerana tidak mempunyai wang dan makanan.

Kisah sedih lima beranak ini bermula selepas rumah mereka di Lebuh Carnavon, di sini, terbakar pada 6 April lalu, menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Sejak itu, Parameswari yang sedang hamil anak ketiga terpaksa berumah di dalam kereta bersama suami dan anak mereka, Girthikanesh, 8, serta Devi Shri, 6. Untuk bekalan air dan membersihkan diri, sumber mereka adalah tandas awam di beberapa lokasi.

"Sehinggalah dua minggu selepas rumah terbakar, saya melahirkan anak ketiga, Kirthana dan berpantang di dalam kereta. Kirthana kini berusia lapan bulan diberi susu badan, namun pernah saya terpaksa beri dia air suam dan air kopi kerana tidak sanggup melihatnya kelaparan," katanya.

Ketika ditemui di Jalan Sepoy Lines, di sini, hari ini, Ganesh berkata, setiap hari mereka hanya mengalas perut dengan mi segera atau kuih berasaskan tepung yang dimasak menggunakan dapur kecil.

Katanya, wang gaji RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan digunakan sebaik-baiknya bagi membeli lampin pakai buang, mengisi minyak kereta dan membaiki kerosakan kereta milik ibunya itu.

"Memang ada hasrat nak sewa rumah, tetapi ia perlukan deposit agak tinggi dan kami tiada wang sebanyak itu. Kami juga sudah dua kali memohon menyewa unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR), namun masih tiada jawapan daripada kerajaan negeri.

"Saya ada adik-beradik, tetapi tidak mahu menyusahkan mereka kerana saya faham mereka juga sedang bergelut dengan kesempitan hidup pada masa ini," katanya lagi.

Terdahulu, keluarga malang itu menerima kunjungan Persatuan Hindu Pulau Pinang, diketuai Presidennya, P Murugiah yang memberi sumbangan makanan dan akan membiayai kos penginapan keluarga itu di hotel bajet sehingga permohonan menyewa rumah PPR diluluskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kopi?lg kenyang bg mkn lempeng
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Ustaz ebit dah tolong keluarga ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.070987 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list