Assalamualaikum warahmatullah,
Saya juga mengikuti isu berkaitan kartel daging haram yg hangat diperkatakan atau dihighlight di media.
Food security ini bagi yang tidak mengikuti dari mula adalah isu atau aspek yang berkaitan dengan access kepada makanan yg sihat/berzat , baik mutunya, dan selamat .
dan ini melibatkan beberapa komponen khas - seperti availability ( ketersediaan ) atau akses kepada makanan itu.
Jadi , di sini saya kongsikan pautan FB berkenaan procedure pengimportan daging.
Apa yang anda perlu tahu tentang pengimportan daging?
pautan asal:
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/pcb.3978041818926257/3978040568926382/
ini adalah bacaan lanjut tentang food security dan kalau tak salah saya pihak IKIM pun melalui Fellow penyelidik mereka juga telah berkali kali highlight issues tentang food security cuma masa tu isu ni tak hangat.
ke link untuk mengteahui prosedur berkaitan penilian daging halal yg diimport.
Jaminan Makanan Untuk Keselamatan Negara
Encik Muhammad Hisyam Bin Mohamad 16/05/2008
Di dalam Surah al-Anfal ayat ke-60, Allah memperingatkan kaum Muslimin supaya sentiasa bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman musuh. Matlamat akhir arahan ini bukan untuk menegaskan bahawa agama Islam suka akan peperangan. Sebaliknya ia lebih kepada arahan berusaha untuk menimbulkan rasa kegerunan di hati pihak musuh yang mungkin memulakan melancarkan tindakan kekerasan ke atas negara Islami. Jadi melalui pembinaan kekuatan sebegini, pihak musuh tidak akan sesuka hati mengambil peluang untuk memperkotak katikkan maruah agama Islam dan seterusnya sesebuah kerajaan Islami itu dapat menjamin keselamatan dan keharmonian kehidupan penduduknya.
Walaupun kebanyakan kitab tafsir lama seperti Tafsir al-Maraghi, Tafsir al-Fakh al-Razi mahupun kitab tafsir moden seperti Tafsir al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka menghurai dengan panjang lebar keperluan persediaan dalam bidang ketenteraan bagi menghasilkan unsur keselamatan negara, namun dalam suasana sekarang, intipati ayat tadi – yang mengaitkan jaminan keselamatan negara dengan unsur ketenteraan – perlu dilihat melalui sudut yang lebih luas lagi.
Sekarang keselamatan negara bukan sahaja boleh diganggu gugat oleh pihak musuh luar dalam bentuk peperangan, ia juga boleh diganggu gugat oleh masalah kekurangan dan kenaikan harga bekalan makanan asasi atau food insecurity. Dalam satu sidang akhbar, Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Josette Sheeran, menggunakan istilah ‘the silent tsunami‘ atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang.
Istilah ini memang bertepatan kerana kekurangan dan kenaikan harga bahan makanan bukan sahaja mencetuskan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan, malah ia boleh menimbulkan suasana tidak aman dan keresahan di kalangan masyarakat awam. Buktinya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini sahaja, PBB sudah mencatatkan lebih 34 buah kerajaan berhadapan dengan masalah tunjuk perasaan dan rusuhan barang makanan (food riot) di serata dunia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang masih belum mencapai tahap sara diri pengeluaran bahan makanan bagi keperluan penduduknya tidak terkecuali daripada menerima tempias tsunami senyap ini. Walaupun kesan yang diterima oleh rakyat negara ini merupakan kesan kenaikan harga, namun jika ia tidak ditangani dengan baik oleh pihak berwajib, kita tidak boleh mengatakan bahawa rusuhan makanan sepertimana yang berlaku di Mexico, Pakistan,Yemen mahupun Indonesia tidak mungkin akan berlaku di Malaysia.
Apa yang dikatakan sebagai jaminan barangan makanan (food security) dan apakah pelaksanaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga nya terkawal?
Bagi menjawab persoalan pertama, takrifan berkenaan jaminan barangan makanan perlu kita perhalusi. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat [US Department of Agriculture (USDA)] jaminan makanan bagi sesebuah isi rumah bermaksud setiap ahlinya mempunyai capaian kepada barangan makanan secara mencukupi pada bila-bila masa bagi membolehkan mereka menjalani satu kehidupan secara giat dan sihat. Jaminan makanan ini merangkumi keperluan-keperluan minimum ke atas perkara-perkara berikut:
Sumber yang tersedia dan mencukupi baik dari sudut khasiat dan keselamatan, dan
Jaminan kemampuan untuk memperolehi makanan melalui cara yang yang diterima ramai (maksudnya tanpa perlu menggunakan bekalan kecemasan, mencari-cari, mencuri dan sebagainya)
Di sini kita boleh katakan jaminan barangan makanan penting bagi memastikan masyarakat memperolehi makanan asas yang berkhasiat tanpa perlu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan atau terpaksa membayar pada harga yang melampau.
Di Malaysia, sebelum kerajaan memperkenalkan Majlis Harga Negara dan Dasar Jaminan Makanan Negara pada awal Januari dan April 2008 yang lepas, negara sebenarnya sudah menggariskan matlamat untuk meningkatkan jaminan makanan kepada masyarakat sepuluh tahun dahulu di dalam Dasar Pertanian negara (1998-2010). Namun begitu sejauh mana matlamat ini telah dicapai memandangkan tempoh dasar akan berakhir tidak lama lagi?
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat data yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9), tahap sara diri Malaysia bagi komoditi beras untuk 2005 berada pada tahap 72% sahaja. Manakala bagi sayur-sayuran, keluaran perikanan, daging lembu dan susu masing-masing berada pada kadar 74%, 91%, 28% dan 5% sahaja. Ini secara tak langsung menggambarkan betapa tidak terjaminnya kestabilan paras harga makanan penduduk Malaysia selain mereka juga terdedah kepada ancaman kekurangan bekalan kerana masih perlu bergantung kepada import luar.
Di Malaysia, daripada 6.38 juta hektar tanah yang digunakan untuk pertanian negara, hanya 0.452 juta hektar saja yang ditanam padi. Jika dibandingkan dengan tanaman komoditi eksport seperti kelapa sawit dan getah, angka ini sebenarnya sangat kecil kerana keluasan tanaman sawit dan getah negara pada 2005 masing-masing sebanyak 4.1 juta dan 1.25 juta hektar. Keluasan tanaman padi pada 2005 itu sebenarnya merosot jika dibandingkan dengan keluasannya pada tahun 2000 iaitu 0.478 juta hektar. Dijangkakan menjelang 2010, angka ini akan menurun kepada 0.45 juta hektar.
Tentu timbul pertanyaan di fikiran kita mengapa kita sangat maju dalam bidang pertanian kelapa sawit dan getah tetapi agak ketinggalan dalam soal pertanian makanan terutamanya dalam penghasilan padi?
Hal ini boleh diterjemahkan sebagai suatu kegagalan Dasar Pertanian Negara -walaupun ia bukanlah suatu kegagalan yang menyeluruh- yang mungkin berpunca daripada ketiadaan kesunggguhan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mencapai apa yang direncanakan melalui dasar yang dibuat.
Di sini pihak pembuat dasar perlu peka dalam menentukan keutamaan sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Keperluan mengeluarkan bahan makanan pada tahap sara diri sepatutnya lebih diutamakan daripada menghasilkan tanaman komoditi untuk eksport.
Walaupun sawit dan getah menjana pendapatan yang banyak untuk negara mahupun kepada para peneroka, kita tidak seharusnya mengabaikan kebajikan sendiri. Jika kita mampu mengorbankan pelbagai sumber-sumber pengeluaran negara seperti kewangan, kepakaran, teknologi dan sebagainya untuk membangunkan ladang sawit dan getah negara dan seterusnya membantu negara pengimport memenuhi keperluan mereka, apa salahnya jika kita menggunakan sumber-sumber tadi juga untuk membangunkan sektor pertanian makanan bagi mencukupkan keperluan asasi masyarakat setempat.
Penulis bukan bermaksud untuk mengatakan kita perlu mengabaikan tanaman eksport. Apa yang sebenarnya ingin dinyatakan di sini ialah kita perlu meletakkan keutamaan dalam melaksanakan sesuatu itu berdasarkan kepada tingkat yang betul. Dalam penjelasan mudah faham daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat perlu digunapakai pada setiap ketika. Jika ia dapat dilaksanakan mengikut faham ini seterusnya amatlah mudah untuk kita mencapai tujuan dan matlamat perundangan Islam (maqasid as-syariah) iaitu untuk menjaga dan memperkasakan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
kaka ada baca artikel kat malaysia kita ni antara top country yang kanak2 terbantut dalam tumbesaran kerana kurang nutrisi. negeri paling top antaranya terengganu kelantan.
tahap terbantut kanak2 di malaysia jauh lebih teruk dari iraq dan palestin , which is dua2 negara ni bergolak dan berlaku perang.
bukti data semua ada. mohon tengok dan sedar diri kita
nak seribu daya xnak seribu dalih, faktor lucrative income mungkin salah satunya.
graduate sebahagian prefer gaji stabil daripada membanting tulang. kalau kita follow belajar cara thailand or jepun urus sawah padi guna teknologi or buruh murah mngkn ok juga.
mcm negeri lain susah tanam padi dua tahun sekali harapkan air hujan. cm negeri utara senang ada takungan anak sungai. jadi kena optimize kt utara.negeri2 lain pula mungkin boleh tanam benda lain makanan ruji.
lg satu eksport cm kartel daging haram tu dan produk2 lain banyak bunuh petani pengusaha tempatan. sebab kos eksport ayam daging semua lg murah. dan lesen di keluarkan untuk buat kilang nugget, burger bukan untuk di jual di pasar. bila jual di pasar local market. pengusaha tempatan akan rugi sebab kos ternak haiwan kos tanam pokok cili tak pulang modal. bangla kt cameron pun dah pandai buang harga cili. last2 merana pekebun tempatan.
bukan orang kita malas tapi harga pun duk bunuh harga je. tulah risiko dilema di hadapi pekebun pertani. cadangan kaka bahan mentah bahan kos petani pekebun penternak ni dikawal dan diwujudkan kilang under kementerian. jadi kos dan harga jual dapat dikawal agar pengusaha dapat bernafas.
undang2 ada je kt malaysia tapi koboi tiada penguatkuasaan dan corrupt sampai kartel daging blh bawa daging tak halal. isu ni hanya jd sembang politik bila dah takde benefit poltik mula lah senyap sendu. kat malaysia ni politik je penting hal rakyat takde apa.
tulah , kita harap ade penambah baika dalam aliran procedure penentusahkan kehalalan toyyiban daging daging ni
sebab bahaya la, benda yg daging 2 sebab - i paling gusar tang bab kandungan daging and status haiwan yg dibawa masuk tu
god knows what they have been eaten thsu far, the exposures to what pun kita tak tau
dan lagi satu prions ye....jgn ingat benda ni dah dormant kita pun happy
kena jagaaaa jaga....
1. Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan pendedahan media massa berkaitan kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status Halal.
2. Pendedahan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran di kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan status bekalan daging import Halal yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak 40 tahun lalu.
3. Pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.
4. Sebagaimana yang sedia maklum, urusan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pemprosesan daging di luar negara melibatkan beberapa agensi termasuk yang utamanya Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
5. Manakala bagi aspek keselamatan makanan halal pula, beberapa agensi lain juga terlibat bersama JAKIM seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Bahagian Penguatkuasaan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FOSIM).
6. Memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri Halal di negara ini, maka PEMUDA UMNO mendesak agar ditubuhkan segera PASUKAN KHAS yang turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segala siasatan dapat dijalankan secara pantas dan bersepadu.
7. Beberapa persoalan yang rakyat berhak mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram ini termasuklah:
(i) Siapakah dalang yang bertanggungjawab menguruskan proses import daging sejuk beku yang diragui status Halalnya?
(ii) Mengapakah berlakunya monopoli kilang pemprosesan daging halal terutamanya di China, Thailand dan India?
(iii) Kenapakah Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) hanya menghadkan beberapa kilang sahaja di China, India dan Thailand untuk mengeksport ayam dan daging ke Malaysia?
(iv) Apakah DVS dan JAKIM melakukan pemeriksaan secara berkala setiap tahun untuk memastikan status Halal, kesihatan (pencegahan penyakit berjangkit daripada binatang) dan kebersihan kilang-kilang yang diberikan kelulusan status Halalnya? (Daripada maklumat yang Pemuda UMNO perolehi, kali terakhir dua kilang utama yang membekalkan daging ayam di China dibuat pemeriksaan adalah pada 20 Januari 2016 setelah mendapat pensijilan).
(v) Apakah benar DVS tidak pernah mengeluarkan sebarang Permit Import (AP) ekor lembu (Oxtail)? Justeru apakah status halal ekor lembu yang begitu banyak berada di pasaran tempatan yang dikatakan kebanyakannya diimport dari luar negara terutamanya dari Argentina?
8. Berdasarkan beberapa persoalan dibangkitkan di atas, Pemuda UMNO mendesak agar siasatan segera secara bersepadu harus dilakukan melalui PASUKAN KHAS melibatkan PDRM dan SPRM, bagi segera mendakwa dan mendedahkan individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dan disyaki terlibat dalam segala bentuk penyelewengan termasuk melibatkan rasuah.
9. Pemuda UMNO juga menuntut agar siasatan secara telus dan pantas dilakukan agar keyakinan dan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap logo Halal Malaysia dapat segera dipulihkan dan dipelihara.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PELAN TINDAKAN MENANGANI ISU DAGING SELUDUP
1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menginsafi isu daging import yang berlaku ketika ini. Justeru, tindakan segera telah, sedang dan akan diambil seperti yang berikut:
a) Perbincangan serta mesyuarat dengan pihak yang terbabit sudah dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.
b) Lawatan ke rumah sembelihan dan pusat pengumpulan daging import akan terus digiatkan.
c) Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaru dengan penambahbaikan sedia ada akan dimuktamadkan pada Januari ini.
2) Sehubungan itu, dilampirkan Pelan Tindakan Menangani Isu Daging Seludup untuk makluman (seperti di Lampiran 1).
3) JAKIM berharap industri daging import dan tempatan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan menggalakkan untuk membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) agar tiada lagi isu yang terkait dengan penyeludupan daging haram serta daging yang tidak berlogo serta yang tidak diiktiraf oleh JAKIM.
4) Sekali lagi kami menegaskan yang kami akan melaksanakan tugasan dengan penuh amanah, pantas dan berintegriti.
Sekian, terima kasih.
DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Menjalankan tugas Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Disember 2020
*Lampiran 1 - (Dilampirkan pada foto)
*Lampiran 2 - http://bit.ly/badansijilhalalluarnegara
Dalam usaha dan langkah untuk mengurangkan masalah kekurangan zat makanan, populasi dunia masih lagi digugat dengan pelbagai bentuk ancaman berkait dengan makanan. Masalah kekurangan vitamin dan mineral, obesiti serta penyakit tidak berjangkit bermaharajalela dalam masyarakat awam kini. Ancamannya tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, tetapi juga melibatkan suatu aspek yang agak kurang diberi perhatian namun wajar dititikberatkan secara signifikan iaitu aspek keselamatan makanan. Ia jarang dibicarakan tetapi menjadi unsur penting dalam kerangka pemilihan makanan berdasarkan konsep halal dan tayyib.
Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun mengenengahkan isu-isu kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Justeru, bertemakan “Food Safety – from farm to table”, ia disambut secara global pada tahun ini termasuk negara kita dengan menumpukan kepentingan tanggungjawab semua pihak dalam rantaian makanan untuk memastikan bekalan makanan selamat untuk diambil.
Memastikan makanan yang dihasilkan, dipasarkan, dimasak dan dimakan bebas daripada sebarang pencemaran serta jangkitan mikrob adalah menjadi keutamaan bagi setiap pihak yang berkepentingan dalam penghasilan makanan mahupun pengguna. Jutaan manusia yang jatuh sakit setiap tahun disebabkan mengambil makanan yang tidak selamat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit diarea membunuh hampir 1.5 juta kanak-kanak setiap tahun dan kebanyakannya adalah disebabkan oleh makanan atau minuman yang tercemar.
Kebolehdapatan dan kecukupan makanan yang berzat dan selamat adalah kunci untuk memelihara kesihatan. Ia adalah salah satu aspek jaminan sekuriti makanan. Makanan yang tidak selamat mengandungi pelbagai jenis bakteria yang bahaya, virus, parasit atau bahan kimia. Ia boleh menyebabkan lebih daripada 200 jenis penyakit yang melibatkan masalah diarea sehinggalah penyakit kanser. Keseriusan masalah ini membawa kepada penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan dan kualiti kehidupan. Betapa kompleksnya proses penghasilan makanan pada hari ini menyebabkan aspek kawalan keselamatan dan kualiti makanan menjadi begitu mencabar. Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal pada setiap rantaian bekalan makanan bermula daripada bahan mentah sehinggalah ke peringkat menghidang makanan.
Banyak insiden yang berkaitan dengan keselamatan makanan membuka mata masyarakat menuntut agar pihak kerajaan lebih serius dalam memastikan penjualan makanan di pasaran tempatan termasuk yang diimport adalah selamat. Pelbagai langkah digembleng oleh pihak kerajaan dalam usaha menjaga kualiti dan keselamatan makanan sama ada di peringkat pengusaha industri mahupun di premis makanan.
Ini dapat memastikan agar penghasilan makanan adalah selamat tanpa mudarat dan memberi pilihan premis makanan yang bersih dan selamat kepada pengguna. Namun begitu, bagaimana pula tahap kawalan keselamatan makanan sekiranya berada di rumah? Aspek keselamatan makanan tidak hanya tertakluk kepada usaha kerajaan untuk mengawalnya tetapi ia juga memerlukan komitmen pengguna. Ini kerana pencemaran boleh berlaku dalam setiap peringkat dan proses yang membabitkan makanan. Sebab itu, kesedaran pengguna harus ditingkatkan melalui program pendidikan amalan kebersihan diri dan sanitasi makanan yang baik.
Pencemaran makanan boleh disebabkan oleh mikrob yang merbahaya seperti Salmonella, E. Coli dan sebagainya. Mikroorganisma dipindahkan kepada makanan dan minuman melalui amalan sanitasi yang tidak bersih dan juga peralatan kotor. Kebersihan tangan sebelum, semasa dan selepas pengendalian makanan amatlah penting dalam memastikan makanan tidak tercemar. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila makanan mentah yang mengandungi banyak mikroorganisma dipindahkan kepada makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan melalui sentuhan. Contohnya, pisau yang digunakan untuk menghiris daging mentah digunakan pula untuk memotong buah atau sandwich.
Penyimpanan bahan makanan mengikut suhu yang sesuai juga perlu diambilkira untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Mikroorganisma mudah membiak dan berganda dengan cepat sekiranya makanan disimpan pada suhu bilik. Dengan mengekalkan suhu di bawah 5 darjah celcius atau melebihi 60 darjah celcius akan merencat perkembangan mikroorganisma. Sekiranya ingin menyahbeku bahan mentah, elakkan daripada diletakkannya dalam keadaan suhu bilik. Perkara sebegini seringkali diabaikan oleh masyarakat terutama sekali golongan suri rumah semasa proses penyimpanan makanan sehinggalah disedari sekiranya berlaku simptom-simptom diarea seperti muntah dan sakit perut. Langkah tersebut kelihatan kecil tetapi memberi impak yang besar kepada tahap kesihatan sesebuah keluarga. Pengendalian makanan yang baik boleh mengelakkan daripada berlakunya penyakit bawaan makanan ini.
Begitu juga jika makanan yang terdedah, mudah dimasuki oleh kuman menerusi haiwan seperti lalat, tikus dan lipas. Dalam Islam, pemilihan makanan yang bersih dan berkualiti menjadi unsur penting selain daripada aspek kehalalan. Islam amat menekankan kebersihan secara rohani dan jasmani. Oleh sebab itu, unsur kebersihan tidak boleh diabaikan dalam memastikan sesuatu makanan selamat atau tidak untuk dimakan. Rasulullah SAW pernah bersabda,
Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [Hadis riwayat Muslim]
Penekanan kepada aspek keselamatan makanan menjadikan sebagai salah satu ciri makanan berkualiti. Sebagai seorang Islam, kita perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang tercemar, makanan bertin yang sudah lama terbuka dan berkarat, makanan daripada sumber yang tidak selamat dan berbahaya, makanan yang layu dan sebagainya. Ini kerana ia akan memudaratkan kesihatan dan menimbulkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada makanan. Makanan yang mendatangkan kemudaratan kepada fizikal dan mental manusia diharamkan dalam Islam. Pengharaman sesuatu yang memudaratkan ini dapat difahami melalui hadis Nabi SAW iaitu “tidak boleh memudaratkan diri dan tidak memudaratkan orang lain”.
Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, tidak menganggap aspek keselamatan makanan penting seperti mana unsur halal yang selalu dititikberatkan. Masyarakat pengguna menuding jari bahawa tanggungjawab tersebut terletak di bahu kerajaan dan pengusaha serta pengendali makanan. Sedangkan pihak kerajaan, industri dan pengguna memainkan peranan penting dalam memastikan tahap keselamatan makanan kerana ia tanggungjawab bersama.
Kepedulian terhadap keselamatan makanan yang diremehkan mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan pengetahuan dalam setiap proses pengendalian makanan. Ia juga menggambarkan sikap dan amalan seseorang dan menentukan bagaimana mereka menanggapi aspek kualiti sesuatu makanan. Sedangkan pemilihan makanan yang selamat juga merupakan satu kriteria yang perlu dipatuhi dalam memenuhi konsep halal dan tayyib. Pengetahuan tentang keselamatan makanan merupakan satu langkah untuk mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang sudah tercemar dan mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan.
Menjadi satu bencana kepada masyarakat sekiranya makanan yang kita ambil dalam kehidupan ini tidak selamat. Pihak kerajaan harus memperkasakan langkah-langkah yang sedia ada untuk menyusun atur strategi dalam bidang pertanian, perdagangan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial demi menyediakan makanan yang sihat dan selamat untuk semua. Justeru, masih banyak yang perlu dibuat dan dianalisis oleh semua pihak yang berkepentingan dalam rantaian makanan. Penyepaduan usaha daripada semua akan menentukan tahap keselamatan makanan dan kesihatan kita dan generasi akan datang.
kena jaga status dan sumber daging ni , daripada haiwan tu sendiri , tentang status kesihatan haiwan itu, tempat ternakan itu dijaga dan dibela , bagaimana, BAHAN MAKANAN haiwan itu , ini penting.
a little bit on prions
pautan asal :
Pautan di bawah ni amat informative dalam menerangkan apa itu prions, dan jenis penyakit musnah tisu otak dalam kalangan spesies haiwan dan manusia.
Prion diseases or transmissible spongiform encephalopathies (TSEs) are a family of rare progressive neurodegenerative disorders that affect both humans and animals. They are distinguished by long incubation periods, characteristic spongiform changes associated with neuronal loss, and a failure to induce inflammatory response.
The causative agents of TSEs are believed to be prions. The term “prions” refers to abnormal, pathogenic agents that are transmissible and are able to induce abnormal folding of specific normal cellular proteins called prion proteins that are found most abundantly in the brain. The functions of these normal prion proteins are still not completely understood. The abnormal folding of the prion proteins leads to brain damage and the characteristic signs and symptoms of the disease. Prion diseases are usually rapidly progressive and always fatal.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengeluarkan pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import, seterusnya menambah baik kelemahan yang ada dan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu pengurusan halal.
Melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, jabatan berkenaan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan, selain pengimport dan pengedar daging.
Tindakan lain adalah mempromosi badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM serta meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis pengimport daging, pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta rumah penyembelihan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata JAKIM sudah, sedang dan akan menggerakkan tindakan bagi menangani isu daging import, termasuk mengadakan perbincangan serta mesyuarat dengan pihak yang terbabit dari semasa ke semasa.
"Lawatan ke rumah penyembelihan dan pusat pengumpulan daging import akan terus dipergiatkan. SOP terbaru (proses pensijilan halal) dengan penambahbaikan sedia ada akan dimuktamadkan pada Januari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas enam pelan tindakan berkenaan, beliau berkata, yang pertama adalah perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Fokus perbincangan ini bertujuan menyelaras tindakan berdasarkan fungsi masing-masing. Antara isu yang akan dibincangkan adalah bidang kuasa, langkah-langkah perlu diambil dalam menangani isu ini serta pelan tindakan bersepadu pengimportan daging dan produk daging.
"Perbincangan akan diadakan pada Selasa ini, jam 11 pagi," katanya.
Pelan tindakan kedua, katanya, adalah perbincangan dengan pengimport dan pengedar daging serta produk daging yang turut membabitkan penyertaan KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta JKDM.
Abdul Aziz yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JAKIM, berkata ia bagi membincangkan isu atau masalah dihadapi pengimport dan pengedar, memberi penjelasan mengenai keperluan mematuhi SOP pengimportan dan pengedaran serta menggalakkan permohonan SPHM melalui skim logistik (pergudangan).
"Perbincangan meja bulat itu bagi mensyaratkan pemegang SPHM mendapatkan bekalan daging dari pengimport atau pengedar yang telah dipersijilkan halal di bawah skim logistik (pergudangan). Perbincangan ini akan diadakan pada 11 Januari depan," katanya.
Beliau berkata, langkah seterusnya adalah mempromosi 84 badan pensijilan dan logo halal luar negara di 46 negara yang diiktiraf JAKIM.
"Pengguna boleh mengenal pasti logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada label bungkusan produk import yang dijual di pasaran. Pengimport pula mudah mengenal pasti produk ingin dibawa masuk agar mempunyai sijil halal diiktiraf bagi mengelak kerugian dan keraguan (status halal).
"Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara juga boleh menjadikan logo halal yang diiktiraf ini sebagai rujukan dan panduan dalam memperoleh produk atau mengunjungi premis makanan yang telah dipersijilkan halal di negara berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pelan tindakan keempat adalah mengadakan lawatan pemantauan ke premis pengimport daging, pemegang SPHM dan rumah penyembelihan dengan meningkatkan aktiviti pemeriksaan terhadap pemegang SPHM.
"Pelan seterusnya adalah penambahbaikan SOP Pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Luar Negara sedia ada, antaranya pengkelasan dari segi kepakaran Badan Pensijilan Halal Luar Negara seperti skim kosmetik, farmaseutikal, makanan, minuman dan sebagainya.
"Selain itu, memperkemaskan sistem aplikasi pengesanan produk dipersijilkan halal oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara diiktiraf JAKIM dan mengkaji semula permohonan baharu, pembaharuan dan penarikan pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Luar Negara diiktiraf JAKIM berdasarkan SOP terbaharu," katanya.
Pelan tindakan keenam, katanya, adalah memberi kefahaman kepada masyarakat melalui sketsa pendek bertujuan menerangkan SOP pengimportan daging dan produk daging ke Malaysia.
Abdul Aziz berharap industri daging import dan tempatan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan menggalakkan penggiatnya untuk membuat permohonan SPHM agar tiada lagi isu berkaitan penyeludupan daging diragui status halal, tiada logo halal dan tidak diiktiraf JAKIM.
Semalam, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam program temubual disiarkan laman Facebook agensi itu, mengakui wujud kelemahan SOP pembangunan pensijilan halal, sekali gus berisiko menyebabkan bekalan daging sejuk beku yang dibawa masuk ke negara ini diragui status halalnya.
Beliau juga menjelaskan, dalam membangunkan SOP pensijilan halal, JAKIM tidak bergerak sendiri, sebaliknya turut membabitkan beberapa agensi dan kementerian lain.
Awal minggu ini, pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, dewan perniagaan dan persatuan pengguna mahu kerajaan bertindak segera menangani isu kartel daging import seludup serta status halalnya yang mencetuskan kebimbangan umat Islam di negara ini.
Tindakan dicadangkan termasuk mewujudkan pasukan siasatan khas, malah ada menyarankan penubuhan RCI bagi menyiasat kegiatan itu dan mendedahkan semua pihak yang terbabit. Ada juga meminta didedahkan jenama menggunakan label halal diragui supaya pengguna, terutama umat Islam boleh berhenti membeli produk terbabit.
Terdahulu, media mendedahkan kartel pengimportan daging sejuk beku dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai 'membeli' beberapa kakitangan kerajaan, termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.
BH juga melaporkan sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit, mendakwa kartel mempunyai 'orang dalam' pada semua peringkat prosedur dan pemeriksaan di pintu masuk, menyebabkan mereka kebal sehingga mampu beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu.
Rampasan 30 tan daging sejuk beku yang dipercayai dibungkus semula dan kemudian menggunakan tanda halal palsu di Johor pada awal bulan ini, didakwa sebahagian bukti kegiatan kartel yang disyaki dibantu beberapa penjawat awam yang menyalahguna kuasa.