|
"Ambil aje pun..bukannya berdosa pun. Semua Allah punya"
[Copy link]
|
|
lukis? hehehe, tak faham kot ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2020 10:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by SenangMaju at 30-12-2020 10:43 PM
Ini antara tip-tip, yang dilakukan untuk mencegahnya penularan wabak pencuri suci ya.
1) apa yang hendak dilakukan, memohon petunjuk dari-Nya.
2) menghubungkan persaudaraan mereka-mereka yang terlibat dalam makna beribadat kerana-Nya. Sekiranya tidak mampu, cukuplah untuk yang termampu untuk dipersembahkan usaha itu kerana Allah s.w.t
3) perbanyakkan diam, belajar dari-Nya menerusi mereka-mereka dalam erti kata membodohkan diri sekalipun diperbodoh dan diperbudakkan. Kerana mereka itu memang sifatnya memperbodohkan manusia.
4) tidak perlu cari kesalahan, akan tetapi mencari perkara-perkara yang mereka tak sukai (apa yang mereka punyai hilang selalunya mereka tak suka), sedangkan mereka suka untuk mengambil orang lain punya tanpa rasa bersalah (sifat-sifat samseng, sombong, gangster, macho,disegani, ditakuti, digeruni).
5) pencuri suci ni, kalau dia nak curi barang-barang kita, dia akan tanya perkaraan ini "kalau nak jual,nanti saya tolong jual sekian-sekian". Di belakang kita, dia akan arahkan "pergi ambil barang-barang itu untuk dijual. Semua Allah punya".
6) jika kamu berkeras menegakkan kebenaran, nanti mereka pasti hasad kamu. Contohnya, buh paku ditayar kenderaan kamu, menambahkan lagi hasil curian diluar pengetahuan kamu, meninggikan suara (untuk maklum mereka-mereka ni somebody yg digeruni)
7) jika nak lumpuhkan aktiviti mereka, lumpuhkan mereka-mereka yang bersengkokol mendengar khabar menerusi pencuri suci, lalu dikembalikan perbuatan yang sama pernah berlaku kepada mereka hingga mereka marah (kehilangan barang-barang mereka tanpa meminta izin). Barulah pencuri suci itu, slow down.
Selalunya, pencuri suci ni, dengan polis-polis korup cukup kamcing. Jika kamu buat report polis sekalipun, bertambah lagi hasad mereka terhadap kamu, sambil menggunakan polis-polis korup ini, untuk memalukan kamu.
Ayat yang digunakan selalunya begini "Alah, takat ambil barang-barang sikit aje pun, bukan boleh kaya pun. Semua tu Allah yang punya", bila berserta polis korup, mereka beri undertable, kasi selesai baik-baik. Kamu akan dapat nasihat dari polis korup ini, dan akan berkata "kalau takat ambil tu, bagi ajelah, duduk satu kampung pun nak gaduh2.
Kamu akan jadi triple tension kerana 3 hal akan berlaku sesudah itu :
1) pencuri suci ini akan bertambah suci kerana kenal polis-polis korupsi. Mereka akan CERCA kamu, akan kata kepada masyarakat, "takat benda kecik ni pun, nak report polis"
2) polis akan lebih mempercayai pencuri suci sesudah itu(berdasarkan pengalaman saya sebelum ini 100 Peratus tepat, tak de 99 peratus)
3) kamu dicemuh oleh masyarakat jahiliah yang bersengkokol dengan pencuri suci. Pencuri suci jumpa saja kamu, terus ketawa sambil perli kamu.
Jika 3 perkara ini berlaku, selalunya, pencuri suci akan mendapat habuan libasan parang hingga mati, kemudian, yang melibas pencuri suci menjadi pesalah yang berdosa.
Bila orang yang jahat mula dipercayai dalam masyarakat, itu semua pasti berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Coolie at 30-12-2020 10:59 PM
Laa haula wala quwata illa billah..
InsyaAllah boleh dimuzakarahkan sekodar yang mampu kerana perkara ini boleh dielakkan dari pada berlaku. Agama ISLAM bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan mahupun dipersendakan terutama oleh generasi akhirzaman yang ditakdirkan lahir dalam perut ibu yang beragama Islam. Islam keturunan dimana akan pudar dan tinggal hanya nama shj.
Nauzubillah min zalik..
Hikmahnya ISLAM itu terletak pada keindahan ALQURAN yang dihiasi dengan keperibadian Nabi junjungan kita. Nabi Muhammad SAW.. MashaAllah MashaAllah MashaAllah manisnya tabarakallah.. "Jika Tidak kerana kemurkaan Mu Ya Allah, tiadalah ambo hiraukan..".
So, molek nyo buat lagu ni,..
Pertama:
Perlu ditegur Dan dihalang agar perbuatan dan kefahaman sedemikian dihentikan segera. Tak dibuatnya oleh Baginda SAW mahupun para sahabat. Kindergarden Cleaner also understood.
Kedua :
Jika langkah pertama tidak boleh diterima. Mulakan dengan sindiran bahawa setiap perbuatan atau percakapan akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Cetusan hati yang takut kepada Allah SWT akan membantu kerana Allah SWT Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Jika masih tidak takut pada Allah SWT cuba try test tgk step ketiga
Ketiga :
Ikramul muslimin tanpa menuntut sebarang balasan. InsyaAllah Allah SWT akan bantu membalasnya atau berkati kehidupan (tata peradaban kehidupan) yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya) yakni Barakah fi doa. InsyaAllah..
Moga Allah berkati Dan berikan taufikNya untuk beramal berlandaskan AlQuran Dan Sunnah Baginda SAW.
Fitrah manusia yang tidak boleh dikawal atau dibentuk melainkan Allah and RasulNya shj yang dapat mengatasi nya.
Dalam pembentukan akhlak Baginda SAW, tabiat manusia seperti tanah. Ada tanah boleh takung air..Ada tanah yang tidak boleh menakung air... Dan ada tanah akan serap air tersebut.
Alhamdulillah.. sekiranya ianya merupakan gurauan atau kejahilan atau..kelemahan ilmu maka Allah SWT berfirman bahawa binatang itu lebih mulia.. Moga Allah berikan ampun dan kefahaman serta taufik untuk melaksanakannya.
Oleh itu perlukan berhati hati kerana tabiat manusia ini boleh disebabkan oleh pengaruh seseorang (abg long, achik, Kak ngah - factor kekeluargaan) atau idola pujaan hati.. Sekiranya tidak dipengaruhi oleh sesiapa atau mana mana pihak melainkan ajalan nafsu mereka sendiri. Maka apakah pesanan Allah and RasulNya untuk kita lakukan berlandaskan Sunnah Baginda SAW yang mahfumnya bahwa Allah SWT sangat dekat dengan para hambaNya. Jadi kenalilah diri kita. Maka apa yang ditarbiyah oleh Allah SWT tentang penciptaan dua makhlukNya semasa awalan iaitu manusia dan Iblis laknatullah dimana kesalahan atau dosa yang tidak dapat dibendung. No one perfecto.. Kesalahan Nabi Adam as adalah nafsu dan Iblis laknatullah pula merasakan dirinya lebih besar. Iblis laknatullah menilaikan baik atau buruk berdasarkan otaknya, bukan menurut perintah Allah dimana akal Iblis melebihi perintah Allah SWT.
Manakala syaitan laknatullah pula tidak dapat nembezakannya antara perintah dan keadaan suatu arahan perlu diikuti walaupun tidak faham. Apabila berlakunya pertentangan antara perintah dan keadaan yang nampak dari segi fikiran, maka perintah Allah dan RasulNya perlu diutamakan.
Manakala Iblis laknatullah mengutamakan keadaan yang difahaminya lebih baik kerana dari fahaman Iblis dicipta dari api berbandingkan tanah dalam ciptaan Adam. Sunnatullah bahwa kesombongan akan menutup kefahaman terutamanya berkenaan kefahaman wahyi.
Apabila mencuri sebab Allah SWT punya, semua Allah SWT empunya maka ikutlah aliran laknatullah bersama kerana kefahaman melebihi daripada perintah Allah dan RasulNya.. Dalam mengislahkan diri perlu lihat perintah Allah dan RasulNya melebihi daripada kefahaman akal
4. Apabila terdapat larangan dan suruhan Allah SWT maka syaitan Dan Iblis laknatullah akan mendatangi dari empat arah..
Wallahu'alammm..
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2020 10:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by SenangMaju at 30-12-2020 10:53 PM
Coolie replied at 30-12-2020 10:41 PM
Laa haula wala quwata illa billah..
InsyaAllah boleh dimuzakarahkan sekodar yang mampu kerana pe ...
Pencuri suci, jika disindir, mereka akan menghasad kamu. Berdasarkan pengalaman, mereka jika tak berpuas hati, mereka akan letak paku dibawah tayar kenderaan kamu, atau mencucuk dawai di tepi tayar kenderaan kamu. Dengan harapan, kamu kemalangan. Kadang-kadang, mereka ambil kasut kamu, langsung mereka bakar kasut itu. Sebenarnya, sindiran akan menambahkan lagi aktiviti pencuri suci. Tidak akan berkesan kerana pencuri suci pakar menyindir. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2020 10:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by SenangMaju at 31-12-2020 12:11 AM
Kenapa saya gelar "pencuri suci"? Mereka belajar ilmu agama, akan tetapi mereka ingkar akan perkara-perkara yang tidak disukai oleh nafsunya. Makanya, urusan ilmu makrifat digunakan untuk mengelabui mata masyarakat yang jahil, tindakan mereka itu sebenarnya merasakan diri tidak berdosa sedangkan hakikatnya, mereka ingkar dan jahil urusan pensyariatan dari-Nya. Mereka menggunakan kaedah reverse in action, maksudnya, jika orang itu betul sekalipun, mereka akan jadikan orang yang betul itu tak betul.
Dalam Islam, pemahaman adab menerusi-Nya sahaja yang boleh mengatasi permasaalahan yang dimaksudkan. Yakni penjelasan yang menjelaskan hakikat yang berlaku, sekiranya ianya berlaku kepada mereka, ianya berupaya mencegahnya penularan wabak pencuri suci ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu'akbar..
Keingkaran orang-orang musyrik terhadap kenabian dan hari berbangkit; hiburan kepada Nabi Muhammad SAW (termasuklah pengikutnya) agar jangan berputus asa dalam menghadapi keingkaran orang-orang kafir Mekkah, kerana rasul-rasul dahulu juga menghadapi keingkaran kaumnya masing-masing; Al Quran adalah sebagai peringatan kepada orang-orang yang takut kepada ancaman Allah.
Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak tergantung kepada iman dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri... jika mereka bertaubat kepada Allah, Maka Sesungguhnya hati kamu telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu bantu-membantu menyusahkan Nabi SAW. Maka Sesungguhnya Allah SWT adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.
Apabila kalian ditakut-takuti, maka bertawakkallah kepada-Ku, dan berlindunglah kepada-Ku, sebab cukuplah Aku sebagai Pelindung dan Penolong kalian, sebagaimana firman-Nya yang mahfumNya, “Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. Dan mereka menakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah?”
Tangan-tangan mereka terbelenggu di leher-leher mereka. begitu juga dengan kaki-kaki mereka. sedangkan malaikat Zabaniyah berada di atas kepala mereka sambil membawa pukul besi. Jika salah seorang dari mereka dipukul, suaranya akan terdengar berat. Orang-orang kafir terhadap ayat-ayat Allah, berbuat syirik, maksiat, dan munafik kepada-Nya, jika memasuki pintu itu, niscaya akan ditutup dan tidak ada harapan untuk keluar.
Orang-orang yang menentang ayat-ayat Allah SWT yang diturunkan serta ayat-ayat kauniah yang menunjukkan kekuasaan-Nya. Mereka itulah golongan kiri dan bagi mereka adalah neraka yang bertingkat-tingkat dan tertutup. Golongan kiri ini adalah penghuni neraka yang malang.
“Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? Dalam (siksaan) angin yang Amat panas, dan air panas yang mendidih, dan dalam naungan asap yang hitam, tidak sejuk dan tidak menyenangkan.” (al-Waqi’ah: 41-44)
Hal itu disebutkan Allah SWT sebagai persiapan, perbandingan, dan pelajaran bagi golongan kiri dan golongan kanan. Orang-orang yang kafir terhadap Allah dan mengingkari al-Qur’an, mereka akan kembali dan mengambil kitab mereka dari kiri. Tempat kembali mereka adalah neraka yang bertingkat-tingkat dan tertutup pintunya.
“Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup" |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 08:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by SenangMaju at 31-12-2020 08:56 AM
Coolie replied at 31-12-2020 02:06 AM
Allahu'akbar..
Keingkaran orang-orang musyrik terhadap kenabian dan hari berbangkit; hiburan kep ...
Berdasarkan apa yang dimaksudkan, apakah jenis-jenis adab yang boleh digunakan pakai jika kita berjiran dengan pencuri suci? Kerana, sifat-sifat tamak lagi berpura-pura baik itu ada di dalam diri pencuri suci, sekalipun Allah s.w.t ada menegakkan beberapa ketetapan-Nya menerusi Aulia-Nya terhadap mereka, mereka tetap dengan perangai pencuri suci? (Tak rasa berdosa). Jika dinyatakan kalimat-kalimat Allah s.w.t, mereka akan mempergunakan kalimat-kalimat Allah s.w.t yang menghalalkan perbuatan dosa-dosa mereka itulah pahala (atas kebaikkan lakonan mereka)
Tahukah kita, pencuri suci ini, dalam semua hal, apa jua yang ditetapkan oleh Allah s.w.t menerusi Waliyullah, tetap mereka ingkari. Bagaimanakah caranya, untuk hidup beragama berserta jiran-jiran pencuri suci, bila masyarakat itu sendiri adalah pencuri suci hasil ciplakan agama? Kerana agama diolah oleh mereka malah disokong tanpa disedari oleh Ustaz-maupun Ustazah yang tidak mendalam ilmu kefahaman-Nya, dalam memelihara keharmonian hidup bermasyarakat yang terdiri dari 3 golongan yang dimaksudkan oleh-Nya
Mohon pencerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 11:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Coolie replied at 31-12-2020 02:06 AM
Allahu'akbar..
Keingkaran orang-orang musyrik terhadap kenabian dan hari berbangkit; hiburan kep ...
Sebelum terlupa, jika disoroti pada surah Al-Munafiqun, seakan-akan sama sifat-sifat pencuri suci yang dimaksudkan.
Mereka beralasan "semua orang Islam masuk syurga", langsung mengakali dengan menghalalkan sesuatu yang diharamkan-Nya secara jelas atau tersembunyi.
Mohon yang punya ilmu, kongsikan hal ehwal yang berkaitan untuk menghadapi musibah yang dimaksudkan pencuri suci ini. TQVM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 11:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sekadar rujukan peribadi.
https://www.surah.my/63 |
|
|
|
|
|
|
|
SenangMaju replied at 31-12-2020 08:53 AM
Berdasarkan apa yang dimaksudkan, apakah jenis-jenis adab yang boleh digunakan pakai jika kita b ...
MashaAllah..
Banyakkan Ikramul muslimin dan bersabar. Pada zaman Baginda SAW beginilah agaknya kaum Arab Musyirikin dan munafiking... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 03:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
https://youtu.be/gypJmsIZhoY |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Coolie at 31-12-2020 10:29 PM
Laa haula wala quwata illa billah
Suratul munafiqun (63) membicarakan sifat golongan munafiking terhadap para sahabat r.an. Celaan Allah SWT terhadap golongan ini ada pada ayat 2-4. Tarbiyah dari Allah SWT terhadap golongan ini apabila disuruh buat kerja agama atau berjihad akan cuba mengelak atau teriakan seolah ditimpa bala. Allah SWT tidak akan ampunkan mereka ini hatta Baginda SAW memohon keampunan buat mereka pada ayat 6 kerana kekufuran dan musuh Allah SWT. Syurga? ..
Semasa dipondok kami, ustaz telah menegur kami dengan suratul Al Jumu'ah (62) yakni surah sebelum munafiqun. Bermula daripada surah hingga suratul Tahrim membicarakan kepentingan bersedekah (infak di jalan Allah) dimana berkait dengan empat (4) surah sebelumnya kekuatan untuk berjihad.
Keseluruhannya adalah maksud manusia diciptakanNya memperkenalkan Allah SWT dan menghalang usaha manusia dari menghancurkan atau merosakkan Agama Allah SWT. Surah surah adalah merupakan dakwa Allah SWT dalam surah Hadid.
Surah Al Jumuah ini menguatkan dengan celaan Allah SWT terhadap golongan munafiq dan musyrikin dimana tertanam sifat ini dalam setiap manusia. Cabaran dari Allah SWT terhadap golongan yahudi pada ayat 6 -7 merupakan cabaran "mubahalah". Pada ayat 9-10 merupakan dorongan buat para mukminin dan pada ayat 11 adalah teguran keras buat kita.
Dalil wahyi dalam surah Al Jumuah imi membicarakan kebenaran risalah tauhid yang dibawa oleh Baginda SAW yakni maksud manusia diciptakanNya pada ayat 2-4 merangkumi 4 aspek utama sebagai mukminin sejati.
Wallahu'alammm.
Salam maghreb |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 07:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Coolie replied at 31-12-2020 07:20 PM
Laa haula wala quwata illa billah
Suratul munafiqun (63) membicarakan sifat golongan munafiking ...
Subahanallah.
Saya ingin tahu, apakah Alquran itu, pensyariatan atas apa yang berlaku menerusi kalam-Nya itu, hanya untuk zaman baginda Rasullullah s.a.w ataupun ianya untuk sekelian ciptaan-Nya sebelum dikembalikan kepada Allah s.w.t?
Mohon pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Coolie at 31-12-2020 10:16 PM
MashaAllah
AlQuran itu adalah mukjizat bagi umat terbaik dikalangan umat terdahulu dimana nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW sebagai role model yang diredhai oleh Allah SWT (Penghulu para anbiya) yang merupakan maksud manusia diciptakan oleh Allah SWT.
Sebagai hambaNya yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini dengan membawa risalahNya (amanah) yakni untuk betulkan salahfaham kehidupan sementara ini (diri, masa Dan harta) telah Allah SWT beli melalui memperkenalkan Allah SWT sebagai tuhan semesta alam (tauhid). Perkara ini akan tetap akan berlaku sehingga kiamat kelak samada kita suka atau tidak (sunnatullah). Pasti dan pasti samada kita lakukan apa yang diperintahNya berlandaskan Sunnah Baginda SAW atau tidak, pasti dan pasti kita akan kembali bertemu Allah SWT. Dan pasti dan pasti dunia ini akan musnah bila tiba masanya. Ketika itulah masalah kita sebenarnya. Di dunia tiada masalah yang tiada penyelesaiannya melainkan masalah IMAN dimana tiada siapa pun hiraukan.. Tiba masanya baru sedar bahawa masalah kita bila AlQuran dan Sunnah sebagai Syafaat AKHIRAT tiada disisi.. Nauzubillah min zalik.
Ketika itu keadaan manusia dalam penuh penyesalan kerana kita lupa siapakah Robb kita dan khianat pada perjanjian diri sendiri selaku hambaNya yang lemah lagi hina semasa di alam roh lagi (sebelum ke alam dunia) . Secara langsungnya kita ini adalah penderhaka kepada diri kita sendiri. Mahfum sebuah hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda perkara yang Allah SWT suka adalah Ikram orang tua kita (syurga anak lelaki terletak di tapak kaki seorang ibu). Apa yang Allah SWT tarbiyah kita disini? Anak penderhaka setelah diberi segalanya pada kita berserta kesusahanpayah orangtua kita? Maka tunggulah kehadiran kegelapan yang Allah SWT janjikan.
Sebab itulah Allah SWT rakam dalam AlQuran berkenaan doa nabi Yunus (ketika beliau didalam perut ikan nun) dengan tiga kegelapan. Bayangkanlah kegelapan alam Barzakh kelak. Kegelapan perjalanan ke alam (Padang) Masyhar sehingga ke pintu Mizan Allah SWT (Biznillah). Itu pun jika ketemui jalanNya.
Ketika itulah manusia baru teringat ayatNya berkenaan binatang. Pernah dengar mahfum ayatNya mengatakan bahawa binatang itu lebih mulia daripada mereka? Dalam surah Yasin ayat 59 adalah teguran keras Allah SWT dan celaanNya pada ayat 77.. Pada surah lain, mahfum ayatNya bahawa segolongan manusia yang memohon pertolongan daripada Allah SWT agar diberi peluang untuk dikembalikan ke dunia semula walaupun seketika.. Untuk apa agaknya? PENDERHAKA ALLAH SWT..
InsyaAllah berdoalah agar diberi taufikNya kerana setiap ciptaan Allah SWT tidak ada atau bukanlah satu perkara yang sia sia terutama manusia yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai khalifahNya... Ingat ke peristiwa perjanjian kita bersama Allah SWT di alam roh mahfus..? Sebab itulah AlQuran adalah mukjizat dan roh bagi hati mukminin...
Jadi selaku saudara seIslam ambil sebagai nasihat. Jangan dihati kita terkesan dengan sekitar kehidupan sementara ini melainkan keagungan Allah SWT sebagai Robb kita yakni yakin sebenarnya AlQuran dan Sunnah Baginda SAW adalah amalan hidupku..
InsyaAllah belajaq2 kenal apa itu perintah Allah dan RasulNya pada setiap ketika Dan saat (zikirullah).
Wallahu'alammm
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2020 10:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Coolie replied at 31-12-2020 09:45 PM
MashaAllah
AlQuran itu adalah mukjizat bagi umat terbaik dikalangan umat terdahulu dimana nabi j ...
Alhamdulillah. TQVM.
Saya ada soalan lagi ni. Saya kekadang tu confius, ahli-ahli masjid kekadang tu berkata, Imam itulah khalifah. Ada yang berkata, dua-dua perkataan tu, maknanya sama yakni "pemimpin". Malah ada yang bila ditanya, mereka berkata "urusan khalifah ni, bila akhir zaman...(bla bla bla)"??
Mohon pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu agama ni yg tak percaya adanya alam barzakh dosa pahala,syurga dgn neraka.
Penganut agama ni la yg suka kebas semua orang punya jadi hak dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|