CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3855|Reply: 2

Kombinasi Rona Hitam, Putih - Harian Metro

[Copy link]
Post time 31-12-2020 09:08 AM | Show all posts |Read mode

Padanan hitam dan putih mampu menonjolkan gaya sederhana, tetapi menonjol.


Hafiz  Ithnin
[email protected]

DALAM dunia fesyen kontemporari, pilihan padanan pakaian dalam rona hitam dan putih kelihatan cukup kemas, ringkas serta meyakinkan.

Penganalisis fesyen, Faizal Hamid berkata, apabila gaya itu dipersembahkan dalam rona monokromatik variasi reka corak polka dot, petak, struktur jalur, grid, geometrik, blok warna dan cetakan menegak atau serong ia dapat memberi ilusi optikal cukup menarik pada potongan badan.

Jelasnya, trend rona hitam dan putih cukup menyerlah di pentas peragaan antarabangsa dari musim ke musim.

"Trend ini juga sentiasa menjadi pilihan wanita sama ada dipakai siang atau malam, majlis rasmi atau santai (kasual) hasilnya kombinasi hitam dan putih sentiasa tidak mengecewakan, gaya urban yang praktikal digayakan, selain menjadikan kita nampak lebih muda.

"Perbezaan hitam dan putih (dalam rekaan fesyen) sentiasa dapat menjadikan bentuk tubuh lebih menarik, kurus dan dapat menyembunyikan kekurangan yang ada," katanya.

Justeru, beliau sertakan panduan memakai dengan penuh gaya kombinasi hitam dan putih dari pagi hingga malam:

Kombinasi hitam dan putih menyerlahkan gaya kontemporari yang bersahaja, memikat, anggun dan penuh ketrampilan.

Perlu diingat, tambahan warna lain akan mengurangkan impak keseluruhan. Oleh itu, jika bahagian leher anda dirasakan perlu tambahan aksesori, pilih rekaan aksesori yang unik juga dalam rona hitam atau putih.

Sebagai pelengkap gaya padankan kasut hitam atau putih atau kombinasi dua warna itu dan seharusnya gaya solekan tidak berlebihan. Hanya di fokuskan pada kening dan bentuk atau kontur struktur tulang wajah anda.

Antara gaya menarik ialah gabungan kemeja-T putih dan seluar hitam, pakaian hitam dipadankan dengan aksesori putih. Rekaan fesyen yang menggabungkan hitam dan putih paling sesuai kasut hitam sebagai pelengkap gaya.

Paling istimewa kombinasi hitam dan putih bukan hanya hebat digayakan dari hujung rambut ke hujung kaki, tetapi turut menyerlah apabila dipadankan dengan jeans biru atau aksesori berani (bold).

Untuk gaya kombinasi reka corak berani, cuba padankan blaus dengan reka corak sederhana atau sebagai alternatif pilih top polka dot dan skirt jalur yang kedua-duanya dalam warna hitam dan putih.

Untuk gaya ceria, cuba pilih padanan kombinasi polos dan reka corak. Terdapat pelbagai skirt atau seluar, dalam variasi reka corak hitam dan putih di pasaran.

Paling mudah, cuba gayakan ia dengan top rona polos hitam dan jika berani cuba lengkapkan gaya dengan aksesori metalik. Anda juga boleh mencuba padanan top atau blaus dengan reka corak hitam putih dan skirt atau seluar polos hitam atau putih.

Bagi mereka yang gemar memakai padanan pakaian yang semuanya putih, apa kata anda tampilkan sekali padanan rona hitam dalam bentuk kasut dan aksesori seperti kaca mata hitam, beg dan skaf untuk gaya 'super chic' serta urban.

Anda juga boleh mengaplikasikan konsep yang sama iaitu memadankan rekaan top dan skirt atau seluar atau gaun dalam warna hitam dengan aksesori putih.

Jika anda tetap mahu menambah warna lain bersama padanan hitam dan putih, pilihan yang tepat adalah rona semula jadi seperti coklat, perang atau metalik bagi menyuntik rona ceria pada skaf, beg atau kasut.

Warna hitam dan putih dengan ciri-ciri potongan serta garisan kemas selain siluet yang mantap, kekal diminati kerana keistimewaannya yang boleh menjadikan sesiapa sahaja kelihatan anggun sebaik menggayakannya.

Kesederhanaan rona monokromatik hitam dan putih menjadikan ia trend klasik yang malar segar. Ia sentiasa menjadi antara trend yang mendominasi pilihan kita dalam berpakaian.

Malah ia cukup mudah digayakan kerana keseimbangan kombinasi hitam dan putih yang sentiasa memberi impak positif serta menarik pada si pemakainya. Rona hitam dan putih sememangnya adalah simbol wanita klasik yang tegas dan rapi dalam penampilan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua warna yg paling banyak ada dalam almari aq x kiralah t shirt,blaus n one piece
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:58 AM | Show all posts
Hitam warna paling selamat utk suaipadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060979 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list