Tuah bayi bernama Dominic yang memenangi wang tunai bernilai 10,800 dollar. (Gambar Rawpixel)
FMT
Berkat menamakan anak dengan nama ‘Dominic’, sebuah keluarga di Australia menang 10,800 dolar bersamaan dengan RM43,594.
Sebuah keluarga di Australia menerima hadiah wang tunai dari sebuah syarikat pizza Italia itu sempena ulang tahun ke 60 syarikat tersebut yang telah membuat satu peraduan menamakan bayi.
Domino’s Pizza menawarkan hadiah 10,800 dolar (RM43,594) kepada penduduk di Australia yang memberi nama Dominic atau Dominique kepada anak yang lahir pada tanggal 9 Disember.
Pasangan Clementine Oldfield dan Anthony Lot telah menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada jam 1.47 pagi, 9 Dis, hanya dua jam setelah peraduan yang dibuat oleh Domino’s Pizza itu bermula.
Oldfield dan Lot kemudian telah memberikan nama bayi mereka dengan nama Dominic Julian Lot dan akhirnya memenangi peraduan tersebut.
Dominic lahir dengan berat 3.9 kilogram setelah Oldfield melalui proses persalinan selama 72 jam di Hospital Royal Prince Alfred.
Oldfield pertama kali menerima informasi mengenai peraduan tersebut dari salah seorang anggota keluarganya setelah pasangan tersebut memberi nama kepada bayi mereka, lapor Daily Mail Australia.
“Kami tidak terlalu memikirkannya kerana kami sedang berada dalam proses persalinan yang lama dan lebih fokus untuk memastikan kelahiran bayi dengan selamat,” ujarnya.
Keluarga tersebut menyerahkan butir kelahiran Dominic kepada pihak Domino’s Pizza, dan mereka kemudian diberitahu bahawa mereka memenangi hadiah wang tunai bernilai 10,800 dolar yang boleh membeli pizza selama 60 tahun.
“Kami sangat gembira, setelah lebih dari seminggu di hospital dan akhirnya kebahagian terus kepada Dominic,” kata Lot.
Ketua Pegwai Eksekutif Domino Australia, Nick Knight berkata hadiah tersebut merupakan hadiah ulang tahun yang sangat unik.
“Kami telah dirahmati selama 60 tahun yang luar biasa sebagai sebuah perusahaan, dengan 37 tahun di antaranya di Australia.
“Kami tidak akan merayakan pencapaian ini tanpa sokongan dari pelanggan yang luar biasa dan keyakinan mereka pada kami untuk terus memberikan makanan lazat pada harga yang berpatutan.
“Ini adalah cara terbaik bagi keluarga Domino’s meraikan peristiwa ini dan berkongsi kegembiraan 60 tahun selain dengan hadiah ulang tahun yang benar-benar unik untuk kegembiraan seseorang – dari keluarga kita hingga kepada keluarga anda!” ujarnya lagi. |