CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 1

‘Macam kena tumbuk di muka’

[Copy link]
Post time 22-1-2021 08:57 AM | Show all posts |Read mode
‘Macam kena tumbuk di muka’

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ena-tumbuk-di-muka/

Oleh Media Mulia
22 Januari 2021, 8:36 am



LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata, leburnya rekod 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di Anfield ibarat ‘tumbukan kuat di muka’ selepas juara bertahan itu dimalukan 1-0 oleh Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Ini kekalahan pertama Reds dalam perlawanan liga di tempat sendiri sejak tumpas kepada Crystal Palace pada April 2017.

Ashley Barnes menghadiahkan kemenangan pertama Burnley di Anfield sejak 1974 selepas menyempurnakan sepakan penalti minit ke-83 akibat dijatuhkan penjaga gol Reds, Alisson.


ALISSON (kanan) dipersalahkan kerana mengkasari Ashley Barnes untuk menghadiahkan sepakan penalti buat Burnley.

“Ia seperti ditumbuk dengan kuat di muka.

“Kami menguasai bola, mencipta banyak peluang, malangnya tidak menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

“Kami menjadikan saingan terbuka dan lawan mendapat sepakan penalti. Alisson beritahu dia tidak sentuh (Barnes) tetapi saya tidak melihat lagi (rakaman insiden).

“Kami tumpas dalam perlawanan yang saya rasa sebenarnya mustahil untuk tewas tapi itulah yang berlaku,” kata Klopp.

Kekalahan kedua dalam tiga perlawanan terakhir liga menyebabkan Reds berada di tangga keempat dengan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Liverpool mengharungi lima aksi liga berturut-turut tanpa kemenangan, malah buntu menembusi gawang lawan dalam empat perlawanan berturut-turut. – AFP

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 02:55 PM | Show all posts
Jadikan kekalahan ini sebagai peringatan kepada semua pihak untuk senantiasa tidak berputus asa dan sentiasa berusaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.916163 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list