CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 1

Jangan Beri Kad pengenalan anda di tangan orang lain

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah Kad Pengenalan Diambil Dan Disimpan Pihak Lain Seperti Pengawal Keselamatan?




Ada sesetengah bangunan yang mensyaratkan untuk tinggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut. Bolehkah mereka simpan kad pengenalan kita??

Tidak boleh sama sekali. Berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara,
semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN. Ini bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad dan agar maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Adalah menjadi kesalahan dibawa di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain. Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,”

Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya. Sumber di atas saya petik dari Harian Metro.





Berdasarkan laporan daripada website astro awani. Pada 22/12/2016, tujuh individu sindiket jualan kad pengenalan palsu diberkas. Mereka menjual kad pengenalan​ palsu dengan harga lingkungan RM1,500 bagi kad pengenalan yang murah manakala yang mahal RM10,000 hingga RM15,000.

Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan anda. Jangan disebarkan ke mana-mana. Bimbang kalau berlaku kecurian identiti atau identity theft yang akan menggunakan nama ada untuk permohonan hutang atau kesalahan jenayah.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 02:16 PM | Show all posts
Lebih baik tinggalkan kad memandu dari kad pengenalan kalau diminta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.119929 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list