CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 2

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup

[Copy link]
Post time 3-2-2021 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan

Pelitup muka sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita ketika ini. Artis dari Brazil ini melihat peluang yang menarik untuk menghasilkan pelitup muka yang mirip dengan wajah si pemakai.
Jorge Roriz, pelukis berusia 65 tahun ini sememangnya sangat dikenali di Brazil. Selain melukis, beliau juga mempunyai bakat dalam penghasilan kostum dan kereta berhias untuk pesta keramaian karnival di Rio de Janeiro.
Ketika ini, Brazil telah mencatatkan 5.88 juta kes COVID-18 dengan jumlah kematian seramai 166,000 orang. Akibat pandemik ini, segala pesta keramaian di Brazil terpaksa dibatalkan dan Jorge Roriz berasa buntu untuk mencari sumber pendapatan.

Justeru itu, timbul satu idea di mana beliau ingin berkarya bukan pada kertas lukisan tetapi pelitup muka sebagai bahan untuk beliau meluahkan bakat seninya.


“Saya tidak mahu manusia hilang identiti wajah yang telah dicipta. Wajah mencerminkan identiti bukan pelitup muka,” ujar Roriz yang turut memakai pelitup muka yang saling tidak ‘tumpah’ dengan wajah asli beliau dari segi kedutan warna kulit, bentuk hidung, mulut hinggalah misai putihnya.
Dikhabarkan Roriz telah menerima pelbagai reaksi positif daripada pelanggannya. Untuk menempah pelitup muka Roriz, pelanggan hanya perlu menghantar gambar wajah mereka melalui telefon pintar. Ciri-ciri wajah anda akan ditiru semula secara teliti dengan menggunakan calitan berus dan cat khas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 10:09 AM | Show all posts
org kreatif ni mcm2 cara depa boleh tukar jd sumber pendapatan mengikut perkembang semasa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:40 PM | Show all posts
Menarik nampak hidup lukisannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057783 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list