CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3769|Reply: 8

Peraturan Pelik Yang Mesti Diikuti Pekerja Di Istana Queen Elizabeth

[Copy link]
Post time 26-2-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 26-2-2021 10:59 PM

Bukan senang untuk menjadi pekerja di istana Queen Elizabeth ini rupanya. Walaupun dapat berjumpa dengan keluarga kerabat diraja setiap hari, rupanya ada beberapa peraturan yang menarik dan pelik yang mesti diikuti. Dikatakan Queen Elizabeth mempunyai lebih 1,000 pekerja di istana yang mempunyai peraturan yang berbeza-beza.

Tak boleh vakum, hanya sapu
Walaupun dunia dah moden, penggunaan vakum masih tak boleh digunakan? Yang sebenarnya, pekerja dilarang menggunakan vakum sebelum pukul 10 pagi supaya kerabat diraja tidak terjaga dari tidur kerana bunyi bising. Jadi pekerja perlu menggunakan penyapu untuk membersihkan karpet walaupun tak dapat nak dipastikan macam mana mereka membersihkannya.

Jangan jalan di tengah permaidani



Kredit

Satu-satunya orang yang bebas dibenarkan berjalan ke mana sahaja di dalam istana adalah kerabat diraja. Manakala pekerja istana mestilah berjalan di tepi-tepi laluan dan bukannya di tengah-tengah permaidani. Ini kerana ia boleh meninggalkan jejak pada permaidani dan merosakkan permaidani yang mungkin barang antik di istana. Sudah tentulah harga permaidani yang digunakan juga bukanlah calang-calang.

Kopi mesti dituang dari ‘silver jug’
Menjadi ahli kerabat diraja pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri seperti kopi yang disajikan di dalam jug perak mewah dan bukannya jug kopi biasa. Seorang pembantu akan ditugaskan untuk menuang kopi dari piring panas ke dalam jug perak mewah. Kemudian, seorang lagi petugas akan membawanya ke dulang dan petugas yang lain akan membawanya kepada Queen Elizabeth.

Simpan bijirin dalam ‘tupperware



Kredit
Selain daripada minum kopi dari jug perak, Queen Elizabeth juga mahukan bijirinnya disimpan di dalam bekas plastik Tupperware. Ratu itu percaya bijirin yang dimakannya lebih segar begitu dan jenama kegemarannya adalah Special K. Sangat mengejutkan kerana Queen Elizabeth juga penggemar jenama yang terkenal dalam kalangan rakyat dan harganya juga murah.

Uruskan semuanya untuk Prince Charles
Prince Charles dikatakan tidak melakukan banyak perkara untuk dirinya sendiri. Ini termasuklah tuala mandi yang perlu dilipat dan dia hanya perlu duduk di atasnya untuk membungkus dirinya. Pakaiannya juga perlulah dibentangkan dengan stoking yang diletakkan pada bahagian kiri dan kanan. Bahkan ada kakitangan yang melaporkan perlu memicit ubat gigi untuk Putera itu.

Saiz lobak merah



Kredit

Queen Elizabeth sangat mementingkan apa yang dimakan oleh kudanya. Oleh itu, lobak merah yang diberikan pada kuda mereka mestilah dikupas dan dipotong dengan ukuran yang tepat. Jika ada kuda yang menggigit jari Queen Elizabeth semasa dia memberi makan, maksudnya petugas memotongnya dengan saiz yang salah. Secara ringkasnya, pekerja tidak melakukan tugasnya dengan betul ketika memotong lobak merah ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru btol kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:23 PM | Show all posts
Mesti banyak lagi yg pelik2 diorang ni sebenarnya.. sila sambung jika ada.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:41 PM | Show all posts
Part Prince Charles tu takleh tahan..tuala mandi pun org nak pakaikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mcm baby prince charles tu sampai ubat gigi pon org lain picitkan..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:47 AM | Show all posts
kuchibambam replied at 20-3-2021 01:41 PM
Part Prince Charles tu takleh tahan..tuala mandi pun org nak pakaikan

sebab golongan kayangan agaknya jadi gtu. semua benda org sediakan. agaknya nak ngesek dgn bini dia kena org tlg warm up ke tak yeaa. hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 10:55 AM | Show all posts
shark_eow7 replied at 22-3-2021 08:47 AM
sebab golongan kayangan agaknya jadi gtu. semua benda org sediakan. agaknya nak ngesek dgn bini di ...

Hahahaha...kot nak insert pun org kena buatkan.  Eww..just imagine nak pakaikan tuala dia..dgn tgk telur tembakul dia basah2 lembik gitu

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:23 AM | Show all posts
kuchibambam replied at 22-3-2021 10:55 AM
Hahahaha...kot nak insert pun org kena buatkan.  Eww..just imagine nak pakaikan tuala dia..dgn tgk ...

eeewwww.. kot tlg bg pakai tuala org yg sama dari muda sampai ke tua.. butee mate dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 11:57 AM | Show all posts
shark_eow7 replied at 22-3-2021 11:23 AM
eeewwww.. kot tlg bg pakai tuala org yg sama dari muda sampai ke tua.. butee mate dah..

Hahahahhahah.... dah kurang kolagen pd si anu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.491144 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list