CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 6

Pasangan Namakan Anak Sempena Nama Syarikat Wifi Untuk Internet Percuma

[Copy link]
Post time 9-3-2021 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan Namakan Anak Sempena Nama Syarikat Wifi Untuk Internet Percuma

Bagi sesetengah golongan internet bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapati walaupun ia merupakan satu keperluan asas dalam zaman moden sekarang. Apa tidaknya, internet adalah sumber yang penting untuk kita berhubung, berniaga, dan mendapatkan berita-berita semasa.

Sebuah keluarga dari Switzerland ini contohnya sanggup menamakan anak mereka yang baru dilahirkan sempena nama sebuah syarikat wifi.

Pembekal internet itu menawarkan tawaran WiFi percuma selama 18 tahun untuk mana-mana ibu bapa yang menamakan bayi baru lahir mereka dengan nama Twifius atau Twifia.



Arahan yang diberikan di laman web Twifi adalah mudah iaitu ibu bapa hanya perlu memuat naik sijil kelahiran anak mereka yang baru lahir untuk memastikan nama mereka sama ada Twifia atau Twifius.

Walaupun perkara tersebut kelihatan seperti satu jenaka tidak masuk akal, pasangan Switzerland yang mengambil tawaran menyatakan mereka gembira dengan keputusan itu.


Mereka meletakkan Twifia sebagai nama tengah anak perempuan mereka dan menjelaskan bahawa duit yang mereka sepatutnya gunakan untuk membayar internet akan dimasukkan ke dalam tabung pengajian anak mereka itu.

Mereka juga berharap duit simpanan itu cukup untuk membeli kereta untuk mereka apabila umurnya berusia 18 tahun.

Walaupun begitu, pasangan itu mengaku agak malu apabila mereka dituduh menjual nama anak. Pengasas Twifi, Philippe Fotsch juga berjanji kepada pasangan itu bahawa dia akan membayar WiFi mereka selama 18 tahun, walaupun syarikat itu muflis sekalipun.

SUMBER
MASHABLE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 02:04 PM | Show all posts
teringat ada forumer merengek psl kelajuan internet dn had kuota data

mngkin dia boleh langgan isp ni

prfffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 02:04 PM | Show all posts
Klu kat Malaysia kene namakan anak Siti Nur Unifi la ekk... atau Alololo...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Unifiah ok jugok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2021 06:00 PM | Show all posts

nurul maxistah atau nur hotlinka

esok dpt la internet free
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 9-3-2021 06:00 PM
nurul maxistah atau nur hotlinka

esok dpt la internet free

Hahahaha....
Masuk.skola.kena bahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2021 06:33 AM | Show all posts
kt mesia, jangan lah,,nnt kena bahan mcm yg namakan anak sempena nama buah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055243 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list