CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 4

Anak mengadu panas, bapa siap bawakan kipas angin ke sekolah

[Copy link]
Post time 12-3-2021 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Anak mengadu panas, bapa siap bawakan kipas angin ke sekolah



Tidak dapat dinafikan para pelajar di sekolah memerlukan suasana yang selesa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Namun bukan semua orang mempunyai kelebihan itu, ramai pelajar yang terpaksa menimba ilmu dalam persekitaran yang kurang memuaskan baik dari segi kekurangan kemudahan fasiliti seperti komputer dan internet kepadalah persekitaran yang mengganggu konsentrasi seperti bunyi bising atau cuaca panas.

Itulah juga masalah yang dihadapi oleh anak kepada seorang pengguna TikTok ini apabila puterinya itu mengadu bahawa suasana di dalam kelasnya sangat panas.

Seperti yang ramai pastinya perasan, cuaca di negara kita sejak kebelakangan ini agak berbahang sehingga ramai yang mengadu tentang hal itu di media sosial setiap hari.



Jika orang dewasa pun tidak dapat tahan dengan bahang panas, apatah lagi kanak-kanak yang perlu menumpukan sepenuh perhatian di sekolah.

Jadi sebaik mendengar aduan anak perempuannya, suami wanita atas nama rosramlan itu terus bertindak membawakan kipas angin ke sekolah agar anaknya tidak kepanasan.


Dalam video yang tular dengan 2.3 juta tontonan, murid sekolah rendah itu dapat dilihat berjalan masuk ke sekolah bersama bapanya yang mengekori dari belakang sambil membawa kipas angin.

Perkongsian video tersebut meraih pelbagai komen dari netizen, ada yang memuji usaha mereka untuk memastikan anak mereka selesa ketika belajar.


SUMBER : TIKTOK



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik anak aku tak ngadu panas. Klu tak aku bawakan ekon siap pasang
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 09:33 PM | Show all posts
bdk perempuan tu bakal ksu kementerian tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku yg gegirl mmg bising panas..panas.. class no aircond. Siap ckp skola lama ada aircond.. skola baru ni takde aircond. Maap la nak.. mommy u dah miskin. Mampu hantar gomen je now.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kot skolah aku, mesti pengetua suh ambik kipas tu bwk balik. sbb menambahkn bil letrik skolah. cgu2 nk bwk laptop, lcd, printer pun kna daftar  pd ajk aset
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list