Wanita ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rollercoaster, Bina Replika Ubati Rindu
Setiap orang ada rasa untuk dicintai dan mencintai. Bukanlah sesuatu yang pelik bila seseorang itu jatuh cinta. Namun ia akan menjadi pelik bila seseorang itu jatuh cinta dengan benda bukan hidup seperti barangan atau benda. Sebelum ini pernah dipaparkan beberapa kisah mengenai wanita yang jatuh cinta dengan pesawat, chandelier, jambatan dan sebagainya. Kali ini hampir sama kisahnya. Wanita jatuh cinta dengan rollercoaster. Dalam sebuahlaporan, wanita bernama Gaëlle Engel dari Perancis mendakwa diri memiliki hubungan dengan rollercoaster.
Gaëlle Engel yang berusia 43 tahun itu mendakwa dia akan memiliki anak dengan permainan tarikan utama pengunjung di taman tema tersebut. Difahamkan wanita ini mempunyai ikatan romantis dengan Sky Scream rollercoaster yang terletak di Holiday Park di barat daya negara tersebut. Tarikannya begitu kuat sehinggakan Engel akui jatuh cinta dengan rollercoaster.
“Saya faham apa itu erti cinta bila bertemu dengan Sky Scream rollercoaster ini,” ujar wanita ini.
Selain dari itu dia turut mengakui hubungannya sebelum ini dengan manusia tiada tuah. Bagaimanapun dia pernah tiga kali menjalinkan hubungan cinta. Bercerita mengenai hubungan istimewanya dengan rollercoaster tersebut, dia akui agak sukar untuk berjumpa dengan ‘kekasih hatinya’ itu. Jadi dia membina replika rollercoaster itu untuk ubati rindu.
|