CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1924|Reply: 16

‘air balang’ tumpah, peniaga sedih tak sempat jual 1 ‘cup’ pun lagi

[Copy link]
Post time 19-3-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode
‘air balang’ tumpah, peniaga sedih tak sempat jual 1 ‘cup’ pun lagi

Sebagai seorang peniaga, berhadapan dengan risiko merupakan asam garam dalam dunia perniagaan. Kalau ada rezeki, semua barang dijual habis dibeli. Ada kalanya pula, peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila barang yang dijual tidak laku atau rosak.

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai @bangmer ini di mana ketabahannya diuji setelah kesemua air balang yang dijualnya tumpah.

Menerusi aplikasi TikTok, lelaki terbabit berkongsi video memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh sewaktu mejanya patah secara tiba-tiba.

Sebagai seorang peniaga, berhadapan dengan risiko merupakan asam garam dalam dunia perniagaan. Kalau ada rezeki, semua barang dijual habis dibeli. Ada kalanya pula, peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila barang yang dijual tidak laku atau rosak.

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai @bangmer ini di mana ketabahannya diuji setelah kesemua air balang yang dijualnya tumpah.

Menerusi aplikasi TikTok, lelaki terbabit berkongsi video memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh sewaktu mejanya patah secara tiba-tiba.

Video : https://www.tiktok.com/@bangmer_ ... 738&refer=embed

Lantaran itu, kesemua air yang telah siap dibancuh sebanyak empat balang telah melimpah ruah ke atas tanah. Menurutnya lagi, air balang tersebut disediakan oleh ibunya di rumah.

“Baru siap-siap nak meniaga, tiba-tiba rebah meja. Habis 4 balang tumpah, tak sempat jual satu cup pun lagi…
“Cumanya aku sedihlah, mak aku yang siapkan air ni beberapa hari nak penuhkan 4 balang ni. Tapi takpe aku terimalah, ujian sebagai seorang peniaga…” luah Bangmer sayu.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia menyatakan air tersebut tidak sempat lagi dijual kepada pelanggan. Sedih!

Namun, Bangmer reda dengan nasib yang menimpa dirinya dan menganggap ia sebagai satu ujian. Biarpun dia mengalami kerugian yang banyak akibat kejadian tersebut, dia masih tabah dan menjual makanan pula.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan. Mereka tidak berhenti memberi kata-kata semangat dan berdoa agar dia dimurahkan rezeki.

Sabar ya, moga rezeki melimpah


Nanti Allah bagi ganjaran sebab sabar


Semoga dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki


Semoga Bangmer dan keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut. Jangan mudah mengalah, terus bangkit!

Sumber: TikTok @bangmer


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2021 10:59 PM | Show all posts
pelik tp benar lepas kejadian terus mengadu pada TIKTOK?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Air apa yang perlu 3_4 hari nak siapkan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih & pelik.. sedih bila air tumpah.. pelik sbb sempat gak nak upload kat medsos.. hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Air balang ni guna air masak atau air paip mentah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
TT @piao kalau tulis benda ke perkara ke mmg tulis kena letak ' ' ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Air apa buat smpai beberapa hari?
Xbasi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols husnuzon je peniaga ni tak ada water filter, pastu jerang air kat dapur banyak kali untuk cukupkan semua balang tu, tapi bbnu sangat semua pun nak mengadu kat social media

Apa pun moga Allah murahkan rezeki peniaga ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ha..ha..hassanah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 19-3-2021 11:49 PM
Air balang ni guna air masak atau air paip mentah?

Trauma pulak bila baca ni, pernah beli air balang lepas tu cirit birit. Lepas tu keluar pulak cerita pasal orang guna air paip je nak buat bancuhan baru erkkk terus rasa kembang tekak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 10:56 AM | Show all posts
Dugaan berniaga semua yang berniaga pasti ada je dugaannya sebelum berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanadjo replied at 20-3-2021 09:11 AM
Trauma pulak bila baca ni, pernah beli air balang lepas tu cirit birit. Lepas tu keluar pulak ceri ...

Uol minum air mentah kot tak pun tercemar kot?  Sebab tu iol tertanya2 air balang tu guna air apa? Nak kata mineral, tak pernah pulak nampak botol2 mineral kat tepi gerai.
Nak kata air masak , jenuh tu nak masak berkawah2.
Sudahnya misteri , tak tau guna air apa.

Pernah gak beli, so far ok menghilang dahaga. Tapi bab rasa kelautan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 20-3-2021 11:27 AM
Uol minum air mentah kot tak pun tercemar kot?  Sebab tu iol tertanya2 air balang tu guna air apa? ...

Ada iols pernah nampak, diorang beli air mesin yang seposen satu liter tu, kalau nak masak, uish gigih sangat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanadjo replied at 20-3-2021 11:30 AM
Ada iols pernah nampak, diorang beli air mesin yang seposen satu liter tu, kalau nak masak, uish g ...

I see.... air filter tu. Ok kot. Tapi konpem ke filter hahahah..... tapi kalau guna air masak memang berganda2 berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:04 PM | Show all posts
euwww apo blackpig sangat video tiktok ko ni? dah la voice over narration hauk tambah pulak music background lagu sendu bingit cam hanat? hengat orang nak kesian ke? konon sedih habis la suara kau tu tapi orang dengar cam nak bagi pelempang setepek yachh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah nak Tanya air paip ke air masak ye biasa yg jual air balang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.091412 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list