[DIKEMASKINI] Video tular wanita minta perlahankan azan tidak benar
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | | 20 Mac 2021
Kisah sebenar yang dikongsikan individu berkenaan pada Sabtu.
SHAH ALAM - Seorang individu tampil menceritakan kejadian sebenar berhubung video tular membabitkan seorang wanita yang datang ke surau didakwa untuk meminta memperlahankan bunyi pembesar suara sewaktu azan Asar.
Menurut laman Facebook Penang Kini, dakwaan tular kononnya wanita datang ke surau kawasan Tanjung kerana azan kuat adalah tidak benar.
“Silap info rasanya tuan-tuan, puan-puan. Video ini pun hanya diambil sekerat dan sebelah pihak sahaja...jaga-jaga jari jemari yang menaip penuh hendak minta ampun kalau jatuh fitnah.
“Saya berjiran dengan cikgu ini. Tahulah serba sedikit cerita ini. Perkara ini sudah lama. Cuma video ini baru dirakam,” katanya.
Menurut perkongsian tersebut, bukannya azan yang diminta untuk diperlahankan tetapi wanita berkenaan yang merupakan pensyarah meminta supaya bacaan al-Quran sewaktu Asar diperlahankan kerana pada maktu itu wanita berkenaan perlu mengendalikan kelas secara dalam talian.
“Rumah dia tidak jauh dari surau dan dia duduk di rumah ini dekat 35 tahun.
"Rumah cikgu ini beli dekat sahaja dengan surau satu minit pun tidak sampai dengan berjalan kaki,” kata perkongsian tersebut.
Menurut perkongsian itu lagi, sewaktu kejadian, bacaan al-Quran yang dipasang di surau berkenaan dipasang secara maksimum.
“Sebelum ini tidak ada masalah, cuma sewaktu kejadian itu sahaja yang menjadi masalah disebabkan cikgu ini bekerja,” katanya
kesian makcik lecturer ni kena fitnah...
mujur semua orang dah tahu kisah sebenar...
dia datang masuk sendiri pelankan suara je... takde kesalahan apa sebab speaker mengaji tu memang patut pasang pelan2... bukan benda wajib...
tapi kalau kat tempat rumah iols ni iols ok jah pasang kuat2... cuma berbeza situasi makcik ni dia kena mengajar orang jadi memang tak patut ganggu dia...
Post time 21-3-2021 06:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hmm...org2 surau rakam n sebar vid makcik ni? Bagus laaa sgt perangai org2 surau tu ye. Lepas ni tak payah la gi surau, duduk rumah, cuci hati bersih2.