View: 1008|Reply: 0
|
Salah sasar kejayaan di UCL
[Copy link]
|
|
Salah sasar kejayaan di UCL

London: Mohamed Salah menggesa Liverpool untuk melakukan yang terbaik pada musim sukar mereka dengan meraih kejayaan di kempen Liga Juara-Juara (UCL).
Skuad bimbingan Jurgen Klopp sudah mengalah untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana selepas mempamer aksi hambar yang menyaksikan mereka kini menduduki tangga ketujuh liga.
Masalah deretan kecederaan pemain menyaksikan Reds kini ketinggalan 25 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan kurang lima mata berbanding Chelsea yang menduduki tempat keempat.
Layak ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi penamat empat terbaik liga tampak sukar tetapi tidak mustahil untuk Liverpool.
Liverpool menunjukkan kebangkitan semula selepas menewaskan Leipzig pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan mengatasi Wolves di Liga Perdana.
Dengan aksi suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid akan berlangsung bulan depan, Salah mahu rakan sepasukannya di Liverpool mensasarkan kejayaan di pentas Eropah.
"Saya gembira dengan keputusan yang kami perolehi akhir-akhir ini, harap kami akan terus mengekalkan momentum kemenangan," kata Salah di laman web Liverpool.
"Ia sukar untuk kami semua kerana situasi yang sudah dilalui dan kedudukan di saingan Liga Perdana. Tapi saya percaya ia akan bertambah baik.
"Kami beraksi dengan baik di Liga Juara-Juara."
Di sebalik aksi hambar Liverpool, Salah setakat ini masih kekal berkongsi kedudukan penjaring terbanyak liga bersama penyerang Tottenham, Harry Kane iaitu 17 gol.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|