View: 1677|Reply: 6
|
Wanita berhenti mengemas selama 3 hari untuk lihat reaksi keluarga
[Copy link]
|
|
Wanita berhenti mengemas selama 3 hari untuk lihat reaksi keluarga
Surirumah atau tidak, kerja-kerja mengemas rumah sering dilemparkan kepada wanita. Ketidakadilan itu lebih jelas dalam musim pandemik ini, apabila ahli keluarga yang lain masih mengharapkan isteri dan ibu mereka untuk membuat kerja rumah walaupun mereka tidak sibuk.
Seorang wanita yang penat dengan situasi itu cuba membuat satu eksperimen ke atas keluarganya dengan berhenti mengemas rumah untuk melihat jika ada sesiapa yang perasan dan akan memikul tanggungjawab itu.
Miss Potkin mendokumentasikan apa yang berlaku di rumahnya selama 3 hari sebaik dia berhenti mencuci pinggan, membasuh baju dan membuang sampah.
Dalam salah satu kapsyen yang ditulis dalam perkongsiannya, Miss Potkin memberitahu bahawa dia telah menyiapkan makanan untuk keluarganya dan bosan asyik perlu mencuci pinggan mangkuk mereka.
Sejak mengabaikan tugas itu, timbunan pinggan mangkuk mula muncul di dapurnya kerana tiada siapa yang ingin melakukan kerja itu.
Miss Potkin menunggu sehingga keluarganya kehabisan sudu dan cawan untuk digunakan bagi melihat jika ada yang akan bertanggungjawab.
Dia kemudian berkongsikan gambar suaminya menggunakan sudu bayi untuk membuat air menggunakan salah satu cawan kecemasan mereka membuktikan bahawa tiada siapa yang kisah tentang pinggan mangkuk kotor di dapurnya.
Wanita itu akhirnya kelihatan teruja apabila melihat tiada lagi pinggan mangkuk yang bertimbun di dapurnya, hanya untuk menemui pinggan mangkuk yang kotor berendam di dalam sinki.
Selain itu, wanita tersebut juga berhenti membasuh baju sehingga timbunan baju bersepah di sekeliling rumah.
Perkongsian Miss Potkin membuat ramai yang dapat relate dengan situasinya itu dan kagum dengan kesabarannya.
“Kalau sampai macam ni aku akan tinggalkan dia…”
SUMBER
TWITTER
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis yg ingkar ajaran sains
sains da kata kebersihan tu penting
tapi pemalas nk ikut |
|
|
|
|
|
|
|
aku paham perasaan dia. dh penat asyik kita je mengemas.
yela, bila dh ada org slalu buatkan sesuatu, org lain akan ambil kesempatan.
bgs la dia biarkan skali skala mcm ni.. cara nk ajar org pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cara Potkin ni, kalau x buat macam gitu sampai ke tualah kena melayan kerenah mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
betullll...bila ada sorang yg rajin yg lain jd pemalas nak mampus
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia buat macam tu. Dah macam bibik pulak nak kutip baju kotor dan cuci pinggan. |
|
|
|
|
|
|
|
tp tahan pulak mata dan hidung org yg pemalas itu... biasanya nampak semua bersih walaupun bkn dia yg bersihkan.. kita kalau ada sisa makanan tertinggal dlm sink pun rasa rengsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|