CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1382|Reply: 4

Isteri sendiri menyamar jadi ‘Minnie Mouse’

[Copy link]
Post time 24-3-2021 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Isteri sendiri menyamar jadi ‘Minnie Mouse’




Bagi meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, seorang wanita berpakat dengan perancang perkhidmatan penghantaran hadiah untuk membuat kejutan di tempat kerja lelaki itu.

Perancang kejutan tersebut yang dikenali sebagai Mass memuat naik beberapa posting di aplikasi TikTok memaparkan detik romantis pasangan suami isteri itu sehingga meraih pujian ramai.

Bila isteri ‘surprise’ suami

Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan si isteri gigih mengenakan kostum ‘Minnie Mouse’ demi menjayakan kejutan untuk suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dipercayai di Alor Setar.

Selepas menghulurkan jambangan bunga duit dan belon, ‘Minnie Mouse’ tersebut menunjukkan reaksi mahu memberi pelukan kepada lelaki itu sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun, si suami yang tidak mengetahui gerangan individu memakai kostum itu terus menepis dan mengelakkan diri daripada disentuh serta dipeluk ‘Minnie Mouse’ berkenaan.

Namun tidak lama kemudian, lelaki tersebut disuruh untuk membuka kepala kostum sebelum terkejut dan terharu melihat usaha isterinya yang terpaksa menahan panas bagi melakukan kejutan penuh bermakna itu.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur dimana rata-rata memuji lelaki tersebut yang tahu menjaga batas sebagai seorang suami selain mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke syurga.

Adoi kelakarlah!



Bagus jaga batas



Moga terus bahagia



Nampak tak selesa bila diminta peluk




Abang ni jenis setia!



Aduh macam-macam gelagat boleh nampak! Memang ramai puji lelaki macam ni, tak sesuka hati peluk orang tak dikenali walaupun berlapik dengan pakaian kostum.

Sumber: TikTok @d_mass


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:42 AM | Show all posts
x boleh tgk video..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah mergong.. Muahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 01:58 PM | Show all posts
Dah pakai sarung mana nak cam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat ex tunang zara zya...masa besday ZZ pon buat surprised pkai kostume kann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040478 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list