CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 1

Lukisan Doodle Dalam Pakaian

[Copy link]
Post time 25-3-2021 09:17 AM | Show all posts |Read mode

Memfokuskan kepada pakaian untuk rekaan berunsurkan doodle.


Harian Metro
Hafiz Ithnin
[email protected]

LUKISAN doodle antara karya luahan emosi secara 'contengan' tetapi kemasan akhirnya mampu membawa maksud tersendiri.

Malah, karya doodle nampaknya bukan sekadar menjadi penghias dinding ataupun seni lukisan di atas kanvas semata-mata malah menjadi elemen seni yang mewarnai dunia fesyen.

Karya doodle dilihat 'comel' kerana mampu menghasilkan pelbagai contengan animasi juga kadangkala mampu membawa pelbagai karakter yang 'ganas' tetapi menarik.

Justeru, bagi pereka fesyen muda yang mengetengahkan konsep doodle di dalam sentuhan koleksinya, Nik Siti Zubaidah Sahar, karya fesyen itu mempunyai keunikan tersendiri dan mampu menarik perhatian peminat seni itu yang mungkin sebelum ini hanya boleh dinikmatinya di atas kanvas atau dinding.

Katanya, karya doodle yang diabadikan di atas 'pentas' busana sememangnya memberi satu nafas baharu dalam reka corak pakaian di negara ini.

"Jika di luar negara, karya doodle yang diletakkan pada pakaian sudah lama bertapak tetapi di Malaysia, ia masih lagi baharu.

"Namun, walaupun masih baharu, terdapat golongan yang berani menyarungkannya untuk kelihatan lain daripada yang lain.

Pereka fesyen berusia 29 tahun itu juga mengakui pembabitannya dalam dunia fesyen pakaian berlaku secara tidak sengaja sehingga lahirnya jenama Zuusaha.

Katanya, ketika menyiapkan tugasannya pada tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia berhasrat untuk mengetengahkan konsep pakaian 'street wear kasual' yang menonjolkan warna-warna ceria.

"Bagaimanapun, pensyarah memaklumkan konsep itu sudah banyak dan meminta saya mengemukakan idea lain. Akhirnya saya memilih doodle sebagai konsep rekaan pakaian.

"Bermula dari situ saya mula serius menghasilkan pakaian bertemakan doodle yang sememangnya mempunyai daya tarikan dan pengikutnya tersendiri," katanya.

Jelasnya, karya doodle dalam fesyen sentuhannya meskipun nampak sedikit kelainan daripada pereka fesyen yang lain tetapi ia berjaya ditonjolkan dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019.

Malah katanya, dia juga sudah menghasilkan 12 adi busana iaitu koleksi penuh untuk dipasarkan pada pertengahan 2020. Tidak sekadar itu koleksinya turut berjaya dipasarkan di sebuah pusat membeli-belah premium di ibu negara.

"Sejak dijual di dalam pusat membeli-belah itu, lebih 100 helai berjaya dijual dalam tempoh beberapa bulan walaupun gaya seperti itu tidak begitu popular di Malaysia.

"Prestasi jualan itu membuktikan sebenarnya golongan muda terutamanya, semakin berani dalam mencuba gaya baharu," katanya.

Namun, disebabkan tamparan pandemik Covid-19, pusat membeli-belah itu terpaksa ditutup dan kini Nik Siti Zubaidah menggunakan platform dalam talian untuk memasarkannya.

Jelasnya, doodle dihasilkan adalah luahan emosi peribadinya di atas helaian adi busana yang ingin dipasarkan.

"Jadi, karya doodle pada koleksi pakaian saya sememangnya berbeza dan unik kerana ia adalah hasil luahan emosi saya sendiri," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 01:25 PM | Show all posts
Menarik juga hasilnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050982 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list