Untuk mereka yang baru saja berkahwin, pasti menantikan kedatangan zuriat yang pertama adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Sebaik saja menerima keputusan yang menggembirakan ini, setiap isteri mesti mahu memberikan kejutan kepada si suami dalam berkongsikan berita baik ini.
Seorang wanita berkongsikan reaksi suaminya apabila dikejutkan dengan berita gembira ini. Walaupun tidak melakukan kejutan yang mewah atau berlebihan tetapi reaksi suami ini yang nampak terlalu gembira cukup membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.
Seperti yang dapat disaksikan di dalam video ini, wanita ini menyorokkan pregnancy test tersebut di dalam sebuah kotak tisu. Sebaik saja dia memberikan kotak itu pada suaminya, lelaki itu kelihatan terkejut dan seakan tidak percaya dengan keputusan yang diterimanya. Dia kemudiannya memeluk isterinya itu sambil membelai wajahnya dalam keadaan gembira.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bahagia melihat pasangan ini meraikan berita bahagia itu. Tidak kurang juga yang memuji reaksi si suami yang nampak sangat gembira dan menyayangi isterinya itu. Netizen juga menyifatkan kasih sayang suami itu yang begitu tinggi dapat dilihat berdasarkan belaian mesra yang diberikan.
“Tengoklah suami dia belai isteri dia.”
“Dia buat aku rasa nak kahwin sekarang jugak tapi tu lah laki macam dia susah dapat.”