View: 2186|Reply: 10
|
Gajah Mabuk Di China Cuit Hati Netizen
[Copy link]
|
|
Walaupun penduduk dunia kini tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai dan terpaksa mengasingkan diri dari dunia luar, sekumpulan gajah telah mengambil peluang itu untuk berpesta.
14 ekor gajah telah memecah masuk kawasan perkampungan di daerah Yunan China untuk mencari makanan. Mereka memasuki ladang teh untuk mencari jagung dan makanan-makanan lain, namun gajah-gajah itu akhirnya berseronok sehingga lupa diri.
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan dua ekor gajah sedang terbaring tidak sedarkan diri di tengah-tengah ladang teh selepas meminum arak jagung.
30kg air jagung beralkohol dihabiskan oleh kumpulan gajah tersebut sehingga mereka mabuk, dan keadaan mereka itu mencuit hati netizen.
Dalam satu posting di Twitter, ahli pemuliharan Parveen Kaswan menulis bahawa gajah seperti kebanyakkan manusia terutamanya lelaki pertengahan umur yang ditinggalkan kekasih, mempunyai kecenderungan untuk mencari alkohol sebagai pengubat hati dan untuk membersihkan gading mereka.
When they were all sober. In tribal belts people hide country made alcohol but somehow elephants find it. They mark the houses also where they found that last time. If they see drunk people they get irritated also, since it was not shared with them. All credits in pics. 11/3/20 pic.twitter.com/ESYtPsrd68
— Parveen Kaswan (@ParveenKaswan) March 18, 2020
Mereka juga akan menandakan tempat di mana mereka telah berjaya mendapatkan arak supaya mereka boleh kembali.
Kaswan juga menyatakan bahawa gajah akan berasa jengkel dengan orang yang mabuk kerana tidak berkongsikan alkohol dengan mereka. Gajah juga lebih cenderung untuk mencari buah-buahan seperti nanas dan nangka yang terlebih masak.
Di sebalik fakta menarik itu, Kaswan juga mendedahkan nasib sebenar gajah di China yang kini diancam kepupusan dan hanya terdapat sekitar 250 ekor di seluruh negara itu kerana penduduknya melancarkan perang terhadap haiwan liar itu selama 3000 tahun, di mana gajah telah menemui kekalahan.
Which makes the picture extra sweet. They are having kind of the last smile. (For more details one can read 'Elephants and Kings')
India has around 30,000. Who knows the future !!
— Parveen Kaswan (@ParveenKaswan) March 18, 2020
Sumber: Twitter, Parveen Kaswan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sementara itu di tanah air..ada ore mabuk...langgar mati ore. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ada kelakoorrr pun ada tengok budak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dan lucu juga |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pe lah jugak, tertidur saja berjemaah pulak.. comei nampaknya. Warna pun bukan kelabu asap.
Mujur budak2 ni tak naik minyak, mengaruk kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa kelakar pula
harap gajah tu xketagih la
{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je macam orang kalau tengah mabuk tergolek tak kira tempat dah |
|
|
|
|
|
|
|
comel je gajah ni tidur. kalau org yg terbongkang rasa nak maki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lapar sgt tu.. Tu yg keluar dr hutan tu..p bantai arak.. Dah dah berlayor.. Hehehe.. Nsb baik comeii |
|
|
|
|
|
|
| |
|