View: 2563|Reply: 16
|
Isteri upah orang asing untuk peluk ketika berjauhan dengan suami. Bayaran untu
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 30-3-2021 01:31 AM
Isteri upah orang asing untuk peluk ketika berjauhan dengan suami
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... auhan-dengan-suami/
Oleh KOSMO!
30 Mac 2021, 9:09 am
Suami Saskia tidak kisah isterinya mengupah pemeluk profesional ketika mereka berjauhan. – Love Don’t Judge/Daily Star
NEW YORK – Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.
Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.
Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.
Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.
Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.
“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.
“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.
Sementara itu, Arthur ber-kata, meskipun dia dan isteri-nya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar inte-griti hubungan mereka.
“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.
“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm..yg cuddler tu adakah helok atau muka basic (bak kata forumer) seorang matsaleh? |
|
|
|
|
|
|
|
ade pulak job pemeluk professional |
|
|
|
|
|
|
|
Nama ajer Cuddler buat sedap didengar.
Padahal ambik gigolo (pelacur lelaki) bayar ikut jam atau nama lain langgan jantan sundal. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti laki pun ada scandal tu psal x kisah org lain peluk bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelaki tu boner / morning wood. mati la yang di peluk tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
then laki tu pulak kena charge RM322
win-win!
|
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 30-3-2021 02:04 PM
then laki tu pulak kena charge RM322
win-win!
Hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Somi dlm closet kot.
Keee dia pun samaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tidak boleh...greedy.... Walaupun tanpa involved perasaan... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke peluk jek tanpa perasaan... kalo da berperasaan plak lain jd nye |
|
|
|
|
|
|
|
mesti pakai mask tak buleh buka dan bercawat besi
|
|
|
|
|
|
|
|
di jepun ada jugak pemeluk professional |
|
|
|
|
|
|
|
Aku buat cara murah je pakai bolster
Ada 2 ats katil ni
Pusing kiri ada, pusing kanan pun ada kah3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|