View: 1877|Reply: 6
|
Pasangan sediakan koktail guna mangkuk tandas, “Perlu dihentikan…”
[Copy link]
|
|
Pasangan sediakan koktail guna mangkuk tandas, “Perlu dihentikan…”
Dalam zaman media sosial sekarang orang ramai sanggup melakukan apa sahaja untuk viral dan menjadi perbualan warganet kerana bagi mereka perkara itu dapat memberikan mereka publisiti dengan mudah.
Dalam pada masa yang sama ia juga memberikan mereka keuntungan apabila ramai yang melawat video mereka walaupun reputasi mereka mungkin tercalar dengan video-video mengarut dan mengundang kecaman.
Jadi tidak hairanlah jika semakin banyak video-video tidak masuk akal yang muncul di media sosial. Seperti contohnya, dalam sebuah video yang tular dengan 6.4 juta tontonan di Twitter, satu pasangan sedang menghasilkan minuman koktail untuk tetamu mereka.
Namun apa yang serta merta menarik perhatian penonton adalah tempat pilihan mereka untuk menyediakan minuman tersebut.
“Orang putih perlu dihentikan…”
Bukan sahaja mereka membawa semua bahan makanan ke dalam tandas, malah mereka turut menggunakan mangkuk tandas sebagai alat untuk mencampurkan semua bahan makanan yang terdiri daripada aiskrim, beberapa jenis gula-gula dan minuman berkarbonat.
Video tersebut menyaksikan pasangan itu kelihatan serius dan teruja sambil wanita berkenaan menuangkan aiskrim dan gula-gula ke dalam mangkuk tandas sehingga ke permukaan, sebelum memenuhkan bahagian simpanan air dengan minuman berkarbonat.
Mereka kemudian menarik flush agar minuman berkarbonat bercampur dengan aiskrim dan gula-gula di dalam mangkuk tandas.
Apabila hidangan itu siap, wanita tersebut mengambil senduk dan menyedok minuman koktail itu ke dalam cawan sebelum video tersebut berakhir.
Walaupun video berkenaan dikatakan hanya gurauan, ramai yang tidak selesa di samping marah dengan pembaziran yang pasangan itu lakukan semata-mata untuk mendapatkan jumlah tontonan.
“Aku tak pernah menjerit begitu kuat…”
“Jenayah terhadap manusia…”
Sumber
Twitter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gila membazir makanan.
otak ter"flash" sekali masuk lubang toilet kot |
|
|
|
|
|
|
|
ermm
kalo bawah lagi dari b*d*h ape ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu yang baharu tetapi amat menjijikan, nak muntah tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Kena kobid smpai urat ngn wayar dlm otak putus tak bersambung ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|