View: 1495|Reply: 6
|
kumpul 20,000 permainan restoran segera selama 5 dekad
[Copy link]
|
|
Lelaki Filipina kumpul 20,000 permainan restoran segera selama 5 dekad
Ketika kecil, setiap kali ibu bapa ajak keluar makan di restoran makanan segera seperti KFC atau McDonalds, pastinya anak-anak akan cuba memujuk ibu bapa untuk belikan mereka set hidangan kanak-kanak yang disertakan dengan permainan percuma.
Hanya merenung permainan yang diletakkan dalam kaca pameran pun sudah cukup membuat kanak-kanak gembira, apatah lagi jika dapat memiliki salah satu permainan yang ditawarkan.
Namun bagi seorang lelaki Filipina ini, cintanya terhadap koleksi permainan restoran makanan segera tidak pernah berubah sejak dia berusia 5 tahun sehinggalah kini dia telah mencecah 50 tahun.
Dalam tempoh itu, Percival Lugue telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih kurang 20,000 permainan yang didapatkannya dari pelbagai restoran makanan segera.
Dari restoran-restoran popular seperti Burger King, McDonald’s, dan juga Jollibee yang berasal dari Filipina sendiri, koleksi permainan Lugue bertimbun di dalam bilik dari lantai ke siling.
Koleksinya itu dianggap sangat mengkagumkan sehingga dia dianugerahkan Rekod Dunia Guinness pada tahun 2014 setelah dia berjaya mengumpulkan lebih dari 10,000 permainan dari restoran segera.
Walaupun ketika dia masih kecil, pereka grafik itu mengaku pandai menjaga permainannya dengan baik tidak seperti kanak-kanak lain yang cenderung untuk merobek dan merosakkan pemainan mereka setelah bosan.
Dengan masa dan sumber yang mencukupi, Lugue berharap dapat membuka pameran umum atau muzium koleksinya sendiri pada suatu hari nanti untuk memberi orang lain peluang melihat kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka.
SUMBER
REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya...
lecehnya nak kemas..
dulu kumpul gak, lama2 malas nak kemas ke tong sampah juga akhirnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu set min dlm 10..so koman2 dia dh blanja 200k sepanjang 5thn tu |
|
|
|
|
|
|
|
true collector |
|
|
|
|
|
|
| |
|