CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 3

Amalan Isteri Susukan Suami Dekat Afrika

[Copy link]
Post time 17-5-2021 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Pelik Tapi Benar, Ini Kisah Di Sebalik Amalan Isteri Susukan Suami Dekat Afrika



Kami akan kongsikan bagaimana tabiat pelik lelaki Uganda yang mahu disusukan oleh isteri sama seperti bayi ini telah membuat anak mereka kelaparan menerusi artikel ini:



Bekas Menteri Kesihatan Uganda, Sarah Opendi menyuarakan kritikan terhadap satu tabiat aneh kaum lelaki di negara tersebut kepada Parlimen pada 1 Ogos 2018.

Menurut Sarah, beliau dan kementerian yang diwakilinya ketika itu telah menerima banyak laporan yang menyatakan bayi kurang mendapat susu sehingga kehilangan zat yang mereka sepatutnya peroleh.

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah punca mereka tidak mendapat susu cukup daripada ibu sehingga mereka kelaparan adalah kerana ia telah habis ditelan oleh si bapa.

Sebagai alternatif, ramai juga telah memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka pada usia lebih awal kerana ketiadaan susu ibu.

Punca lelaki Uganda mahu disusukan oleh isteri



Pendedahan Sarah itu juga telah menyaksikan sekumpulan penyelidik dari Universiti Kyambogo di Kampala mula menjalankan penyelidikan berkenaan tabiat aneh tersebut bersama para penyelidik dari University of Kent, United Kingdom.

Menerusi satu laporan yang diterbitkan pada awal tahun ini, kajian itu mendapati bahawa rata-rata individu yang mahu disusukan isteri mereka adalah sebagai lambang kesetiaan dan simbol kasih sayang wanita tersebut.

Untuk isteri pula, mereka sanggup melakukan perkara tersebut kerana takut atau bimbang suami curang. Atas sebab itu, mereka lebih selesa untuk mendiamkan diri sehingga mengabaikan hak anak sendiri.

Ada juga yang bimbang dikasari suami jadi mereka membiarkan sahaja tabiat pelik tersebut walaupun sedar akan kesan buruknya kepada anak-anak.


Dalam pada itu, ada juga individu yang percaya bahawa susu ibu sekiranya diambil secara kerap boleh menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser. Ramai lelaki yang mengamalkan tabiat ini membuat pengakuan bahawa mereka rasa lebih tenang selepas disusukan.

Budaya ini turut diamalkan di Kenya dan Tanzania



Selain Uganda, ia turut berlaku dekat Tanzania dan Kenya. Lelaki Tanzania percaya bahawa amalan menyusu seperti bayi ini mampu membantu mereka pulih selepas mabuk.

Terdapat banyak keluarga di daerah Kakamega, Kenya yang telah menetapkan satu payudara khas untuk penyusuan suami. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa anak itu akan meninggal dunia dan akan membawa nasib malang kepada ibu bapanya sekiranya disusukan dengan payudara khas untuk bapa. Oleh itu, anak-anak tidak dibenarkan untuk disusukan dengannya.

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk meletakkan titik noktah pada budaya ini?

Sumber:
Health Europa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 03:38 PM | Show all posts
patut kopek afrika sama macam kopek sista vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 03:40 PM | Show all posts
Adakah amalan ini merupakan amalan yang mulia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii kesian anak2 kecil yg sepatutnya mendapat hak mereka..yg si ayah dah tua minum la susu high calcium ke..susu farm fresh berlambak di pasaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.458824 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list