CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 0

Lewandowski pecah rekod 49 tahun Muller

[Copy link]
Post time 24-5-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode

LEWANDOWSKI berjaya memecahkan rekod Muller selepas meledak gol pada penghujung perlawanan ketika menentang Augsburg kelmarin. – AFP

Lewandowski pecah rekod 49 tahun Muller


MUNICH – Penyerang utama Bayern Munich, Robert Lewandowski mengakui seperti tidak percaya apabila berjaya memecahkan rekod 49 tahun milik legenda Jerman,

Gerd Mueller untuk muncul penjaring terbanyak semusim sepanjang zaman selepas meledak gol ke-41 pada aksi terakhir Bundesliga kelmarin.

Pada aksi tersebut, Lewandowski telah mensia-siakan banyak peluang keemasan sebelum berjaya menjaringkan gol keramat pada minit-90 sekali gus menghadiahkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas pasukan Augsburg.

Kata Lewandowski, tuah ternyata memihak kepadanya untuk memecahkan rekod Muel-ler 40 gol semusim yang dilakukan pada musim 1971/72 dan apa yang dilaluinya tidak ubah seperti aksi dalam babak filem sains fiksyen.

“Saya mencuba untuk tempoh 90 minit bagi menjaringkan gol tetapi gagal berbuat demikian sebelum rezeki memihak kepada saya pada minit terakhir perlawanan. Secara jujur, saya tidak tahu untuk meraikan bagaimana kerana kehilangan kata-kata kerana apa yang dialami se-perti di dalam filem,” katanya.

Pada aksi itu juga, Bayern turut mengucapkan selamat tinggal kepada empat individu penting seperti ketua jurulatih, Hansi Flick dan tiga bintang utama, David Alaba, Javi Martinez dan Jerome Boateng yang akan berhijrah selepas kontrak tamat musim ini.

Flick mengakui sangat puas selepas berjaya menghadiahkan trofi Bundesliga kesembilan berturut-turut buat pasukan dan mengucapkan selamat maju jaya buat anak-anak buahnya yang bakal mendapat ‘bos’ baharu dengan kehadiran Julien Nagelsmann musim depan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064931 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list