View: 3763|Reply: 19
|
Putus Tunang Lepas Ditanya Mana Pergi Duit Simpanan, Rupanya Dah...
[Copy link]
|
|
Memang tidak dinafikan dugaan selepas bertunang lebih besar dan pelbagai rintangan perlu dilalui setiap pasangan.
Malah, ada yang sampai berubah hati kerana terlalu mengejar pasangan yang lebih sempurna.
Menerusi video dimuat naik Iamwauqaf di TikTok, dia berkongsi kisah sedih apabila pasangannya dipercayai membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan setelah tujuh tahun mengenali antara satu sama lain.
Kredit foto: TikTok
Difahamkan, mereka bertunang pada bulan April lalu. Lelaki berkenaan sanggup bergerak dari Melaka ke Pulau Pinang demi menghadiri majlis pertunangannya dan sanggup meninggalkan perniagaannya pada ketika itu.
Pemuda itu juga bersungguh-sungguh membuat persiapan merangkumi memasang pelamin sendiri bersempena majlis pertunangnya.
Selepas segala urusan yang perlu diselesaikan berkaitan hal pernikahan, pemuda ‘cekal’ ini mengajak tunangnya itu untuk membeli cincin dan baju nikah mereka.
Lebih menyedihkan apabila pasangan ini dipercayai bergaduh sebelum memutuskan tali pertunangan gara-gara si lelaki bertanyakan mengenai duit simpanannya.
Susulan mendengar respons daripada tunangnya, lelaki ini terus pulang dan mencari duit tambahan bagi menampung segala perbelanjaan perkahwinan mereka.
"Hantaran ni saya yang buat sendiri untuk awak. Tak pandai sangat tapi saya banyak tengok google. Hasil tangan saya sendiri.
"Lepas dan bertunang. Terus tetapkan tarikh nikah. Raya ketiga sepatutnya tapi sebab dokumen tak siap kita anjak ke bulan 6 12/6/2021.
"Kita gaduh dan putus sebab saya tanya awak simpanan kahwin. Awak cakap tak simpan langsung. Mana semua duit awak? Saya cuma suruh top up sikit sebab saya terkurang duit. Perniagaan saya drop sejak COVID-19 ni.
"atut selama kita long distance relationship (LDR), awak selalu sangat pergi rumah kawan awak. Rupanya awak lagi penting kawan dari saya sampai kita gaduh pasal benda kecil. Saya punya usaha siapkan persiapan nikah kita.
"3/7/2021 awak bertunang dengan orang lain. Patut family saya call awak tak angkat. Mak saya punya nak tanya pasal kita putus tapi awak diamkan diri. Rupanya awak dah ada orang lain," katanya.
Setelah sebulan putus tunang, lelaki ini akhirnya mengetahui bahawa bekas tunangnya itu sudah bertunang dengan lelaki lain.
Apa mengejutkan, lelaki (pasangan baharu bekas tunangnya) berkenaan merupakan abang kepada kawan baik bekas tunangnya itu.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
eh nak kawin bukan laki ke patut sediakan kos 100%? ni nak kawin dah suruh tunang topup, kalau jd kawin esok2 kena tolong topup perbelanjaan family pulak |
|
|
|
|
|
|
|
eh dia pula desak2 tanya pasal savings pompuan..keputusan tepat zisthur! |
|
|
|
|
|
|
|
mohon bertabah jela yang mampu iols boleh kata |
|
|
|
|
|
|
|
takda jodoh lah tu
dah jgn frust sangat masih ramai lg pompuan2 yg single pilih je lah yg mana berkenan
|
|
|
|
|
|
|
|
Move on je lah, takde jodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
carilah yg lain ... jgn tunggu 7 tahun dahle |
|
|
|
|
|
|
|
Nak topup apa nikah musim covid ni? Bukan ringkas2 je ke kawen? Hal sedia rumah apa semua tu tanggungjawab laki. Isteri masuk rumah, terima je semua atas kemampuan suami. Jangan ambil alih tanggungjawab suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tunang... Leh cari lain |
|
|
|
|
|
|
|
good riddance laa perempuan camtu... patut dah taknak, cakap la awal2 taknak... ni siap ignore pi bertunang ngn orang lain, takde ke rasa tanggungjawab and courtesy putuskan tunang elok2...
nak kawen bina rumahtangga bahagia ni bukan bergantung pada orang utk bahagia, tp diri kita sendiri... kalo pasangan tak mampu, kawen la dengan sederhana, insyaAllah murah rezeki di masa hadapan.. seriously betul kan niat tujuan perkahwinan tu, insyaAllah murah rezeki sangat2.. rezeki Allah ni luas, datang nya tidak terduga pun |
|
|
|
|
|
|
|
Difahamkan, mereka bertunang pada bulan April lalu. Lelaki berkenaan sanggup bergerak dari Melaka ke Pulau Pinang demi menghadiri majlis pertunangannya dan sanggup meninggalkan perniagaannya pada ketika itu.
Pemuda itu juga bersungguh-sungguh membuat persiapan merangkumi memasang pelamin sendiri bersempena majlis pertunangnya.
bila part ni aku rasa mcm ex die tak sudi pun nak bertunang ngan die kot. tak pernah lg la aku dengar bakal pengantin lelaki pasang pelamin kt rumah perempuan. selalunye belah perempuan yg excited nk buat persiapan tunang. |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah clash dengan ex BF sebab masa datang jumpa family dia, tanpa segan silu bapak dia tanya I gaji berapa, kereta bayar berapa sebulan, saving berapa etc.......
Choii sangat perangai bapak mertua dari hell agaknya.....
Selama I kerja tak pernah pun my parents tanya pasal gaji dan apa i belanja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah x dak jodoh.. cari la org lain.. aku mcm rsa tis guy jenis mendesak la kot.. forcing2.. ntah2 awal2 dorg sbnrnya friend ja smpi 7 yrs. Then laki ni kot2 dh gigih p jmpa fam ppuan ni ckp suka & so on. So tis lady mcm more ksian dr cinta. Tu smpi last2 x jd lady tu nikah. Baik brundur awal dr nnti dh nikah lg msalah. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk lah kan.biar pun bertahun2 bercinta cth lah kan.tp kalau bukan jodoh tak jadi jg..mungkin cara perempuan tu pun salah.kalau dah tak nak putus baik2 ataupun ada kisah disebaliknya mungkin jg bukan psl duit tu jer tp tak kan lah nak cerita detail semuanya kan.lg pun cerita ni sebelah lelaki jer kan sebelah perempuan kita tak tau pun..sebaik2 nya kalau tak serasi putus lah cara baik..jd kedua pihak sama2 boleh terima. |
|
|
|
|
|
|
|
meisapoya replied at 12-7-2021 03:27 PM
Nak topup apa nikah musim covid ni? Bukan ringkas2 je ke kawen? Hal sedia rumah apa semua tu tanggun ...
Ntah nya. Sengkek nya nak kahwin musim covid ni pon sampai nak mintak pompuan topup.
Ntah2 mak pompuan tu tau and suruh putus.
Belum apa2 nak paksa share duit pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
suspicious sungguh cerita ni, macam banyak part tersorok
whatever it is, selalunya kes camni, in less than a year, tumpah la segala teko-teko tehnya nanti
pada mata aku, dua2 salah.
especially the babi sondol, aka, orang ketiga tu |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baru bertunang.. masalah komunikasi camni kot dah kawin nanti lagi susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
its a big no no tanya saving perempuan... and its a big no no suruh perempuan topup duit... nanti kang lepas kawen dok la sesah saving isteri, suruh isteri topup sana sini, and at the end, jadi biawak hidup...
not all, but most men yang bakalan jadi biawak hidup macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kalau aku pn aku tak suka org laki tnya simpanan aku..kalau ada pn aku xcakap kata ada.. memang bagus si perempuan lari dari merana kemudian hari..good job!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tu la, nak kena dengar pendapat kedua-dua pihak jugak kan. Tapi tu la, tak elok jugak la pompuan tu buat gitu, sekarang nampak buruk dekat dia dah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|