View: 1717|Reply: 11
|
LRT buat hal lagi, pintu terbuka semasa train bergerak laju
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 27-7-2021 05:44 PM
LAZIMNYA apabila menaiki kenderaan ataupun pengangkutan awam pintu dipastikan ditutup terlebih dahulu sebelum bergerak.
Ini bagi mengelakkan kemalangan dan insiden tidak diingini berlaku.
Namun begitu, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dikatakan pintu tren yang dinaikinya tidak tertutup ketika ia bergerak.
Video yang dirakam pengguna Twitter @perksofbeingsxf itu tular di laman sosial baru-baru ini.
Rakaman selama lapan saat itu memaparkan pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka luas sehingga menampakkan rel dan bangunan di luar dengan jelas.
Stesen LRT Ara Damansara.
Difahamkan, kejadian pada jam 3 petang itu berlaku melibatkan sebuah LRT dari Ara Damansara menuju ke Lembah Subang.
Video tersebut telah mendapat sebanyak 191,000 jumlah tontonan sebaik sahaja dimuatnaik pada jam 9.38 pagi tadi.
Rata-rata warganet melahirkan kebimbangan sekiranya berdepan dengan kejadian seumpama itu kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan kepada pengguna.
Komen warga maya:
– “Perghh bahaya. Kita sebagai pengguna apa yang boleh buat sebelum naik tren tengok nombor tren ataupun semasa di dalam tren boleh tengok nombor koc tren if ada masalah tak diingini berlaku.”
– “Ini sangat bahaya. Mungkin pihak Rapid KL tidak mengetahui hal ini. Ia perlu dijelaskan segera.”
– ”Setiap kali naik LRT suka duduk dekat bahagian pintu. Lepas itu terbayang kalau pintu tetiba terbuka macam tu. Hmmmm aku rasa aku tak wujud dah dekat dunia ni.”
Dalam pada itu, Rapid KL turut memberikan respons apabila netizen ‘tag’ berkaitan video tular berkenaan.
Pihaknya memaklumkan sedang menyediakan kenyataan berhubung kejadian itu dan akan berkongsi di laman sosial kelak.
Sumber: Twitter @perksofbeingsxf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seram siot |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalo sesak...selalu berdiri..tepi pintu...'taubat' dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
gile la |
|
|
|
|
|
|
|
dashyat, nasib baik takde kemalangan ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
lrt ni pon dah berjangkit dgn komuter ke?? asyik problem jahhh skrg |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia bahaya gila |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh.. seriau tgk video ni. kalau ler ada budak2 kecik, tak tau ler mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak la min LRT tulis occur time, mcm cardi B. Okkkuurrrr |
|
|
|
|
|
|
|
seramnyee.. naseb xramai org |
|
|
|
|
|
|
|
Membahayakan nasib train tak ramai penumpang |
|
|
|
|
|
|
| |
|