View: 977|Reply: 1
|
Belajar berenang untuk keselamatan diri, tetapi kini raih emas
[Copy link]
|
|
Belajar berenang untuk keselamatan diri, tetapi kini raih emas
PERENANG Amerika Syarikat (AS), Lydia Jacoby mengakui tidak menyangka dapat memenangi pingat emas acara 100 meter (m) kuak dada di Olimpik Tokyo pada Selasa.
Perenang berusia 17 tahun itu mencipta kejutan menewaskan pilihan utama Lilly King yang meraih gangsa manakala pingat perak menjadi milik perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker.
"Ia gila. Saya memang menyasarkan untuk menang pingat dan saya tahu boleh melakukannya.
"Tapi saya tidak menjangkakan mampu memenangi pingat emas. Jadi apabila melihat papan markah, saya seolah tidak percaya," katanya.
Jacoby belajar berenang ketika usianya masih kecil kerana kedua-dua ibu bapanya yang juga kapten kapal mahu dia pandai berenang demi keselamatan sekiranya berada di dalam air.
Keputusan Jacoby untuk belajar berenang itu akhirnya membuahkan hasil dengan cara yang tidak dapat dibayangkan dengan membawa pulang emas untuk negaranya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tapi-kini-raih-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reaksi Jacoby selepas menang emas acara 100 meter (m) kuak dada di Olimpik Tokyo pada Selasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|