View: 2087|Reply: 6
|
Pasangan datang ke PPV dgn berpakaian pengantin. Video TikTok dpt 326,000 views
[Copy link]
|
|
Pengantin hadir PPV tarik perhatian
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
5 Ogos 2021, 3:56 pm
PETALING JAYA – Klip video memaparkan kelibat sepasang pengantin berbusana serba putih di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menarik perhatian ramai, semalam.
Menerusi perkongsian pemilik akaun TikTok bernama @karlishhhh6 pasangan pengantin itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan PPV tersebut selepas urusan mereka selesai.
Video tersebut ditonton lebih 326,000 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial mengucapkan selamat pengantin baharu kepada pasangan mempelai berkenaan.
“Ini mesti tarikh janji temu vaksin sama dengan tarikh akad nikah. Tahniah semoga kekal sehingga ke syurga,” ucap Acunn.
“Kakak lengan baju ada zip ke? Sebab nampak susah kalau hendak selak dengan ditaburi banyak manik,” gurau Azz Ni.
“Covid-19 buat hal. Kalau koronavirus tiada, sudah tentu anda berdua sedang duduk atas pelamin tunggu tetamu datang,” komen Man Man.
“Baru sahaja saya nampak orang komen hendak pakai baju kahwin pergi vaksin. Sekali tengok sudah ada,” ujar Sis Ina.
Dalam pada itu pengantin perempuan yang bernama Syazwina Sam, 26, ketika dihubungi Kosmo! menyifatkan detik tersebut amat istimewa dan menjadi kenangan manis buat dirinya dan suami.
“Pagi sebelum akad nikah pergi cucuk vaksin dulu. Tengah hari pergi nikah pula. Terkejar-kejar ke sana ke mari tetapi pengalaman manis walaupun nikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Semalam suami hanya menemani saya untuk hadir janji temu suntikan dos kedua tersebut. Memang saya tak jangka tarikhnya sama dengan tarikh akad nikah yang ditetapkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Saya cuba minta tukar kepada tarikh lain. Tetapi pihak pengurusan PPV memberi kelonggaran untuk datang lebih awal sebelum masa akad nikah. Alhamdulilah urusan kami dipermudahkan,” ujarnya. – K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pakai je la apapon asalkan sopan. Cuma tu la, senang ke nak selak untuk cucuk tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg perempuan tu senang je nak cucuk, mcm ketat je lengan die.. Kosser |
|
|
|
|
|
|
|
Moga jodoh berpanjangan umur panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Special.. Bakal suami bole teman sampai ke dlm..
Mmg kat sana boleh eh..
Kat sini org xmampu jln sendiri je bole ada peneman.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok je baju xde havoc sgt..ingatkan baju kawen jenis meleret2 dan bertanjak bagai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut gambar, tudung takde pin2 ke bahu, senang je... bukak zip belakang, londehkan baju bahagian bahu, cucuk pastu sarung balik n zip... |
|
|
|
|
|
|
| |
|