CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3260|Reply: 16

Lepasan MRSM Kota Putra (Ulul Albab) berjaya jadi jurutera di Tesla, US

[Copy link]
Post time 6-8-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
MAJLIS AMANAH RAKYAT
7h  ·

Perkongsian Dr Zul kali ini membawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.

Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda dan menjadi produk kebanggaan buat MRSM !
#mara #mrsm #amanahrakyat #kplb #luarbandarsejahtera



Dr. Zulkifli Hussain
8h  ·
FAKHIRAH KHAIRUDDIN BEKAS PELAJAR MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB) : JURUTERA DI TESLA USA  
Ada sahabat bertanya pada saya, pelajar MRSM Ulul Albab ni selalunya kerja dalam bidang apa? Jadi ustaz/ustazah ke? Saya ketawa kecil. Mai sini nak story… hehe

Sebelum tu, make sure korang baca sampai habis. Oh ye. Like dan share sekali, moga² story ni memberi inspirasi buat anak-anak kita semua nanti. Insya Allah! 🥰

Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional. Matlamat untuk melahirkan pelajar MRSM yang mengikuti bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics) masih terguna pakai di MRSM Ulul Albab tetapi lebih daripada itu kita cabar anak-anak ini untuk menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian. Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera, dalam masa yang sama dalam dada mereka ada al-quran. Setiap kerja yang dilaksanakan sebagai jurutera disulan dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi. Harapannya begitu la… Tetapi ini tidak bermakna jurutera yang tidak belajar di MRSM Ulul Albab tiada kesedaran ketuhanan pula.. MRSM Ulul Albab adalah merupakan platform yang disediakan untuk memenuhi harapan tersebut.. Sesungguhnya, semua yang baik semuanya daripada Allah swt.  

Post kali ini saya bahawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Kejayaan pelajar ini untuk bergelar jurutera di TESLA adalah sedikit sebanyak memjawab soalan daripada sahabat saya tadi.. hehehe

TESLA itu syarikat apa? TESLA ini syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA. Nak tahu lebih lanjut tentang TESLA, saya lampirkan video ringkas untuk memberi gambaran yang lebih jelas. https://lnkd.in/g3BR5ZQ

FAKHIRAH KHAIRUDDIN ini merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19', University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21', University of California San Diego (Tajaan University). Dan sekarang sedang menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.  

Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada. Sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan. Semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. InsyaAllah…
  
Tesla is the #1 employer US engineering students want to work for: https://lnkd.in/gBtHee8

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hebatttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 06:17 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 6-8-2021 06:24 PM

PS: Zaman baru2 nak up dulu, Model 3, Model Y, Elon Musk layan ketua2 engineer macam sampah. Selamber pecat orang tu orang ni sampai taktahu sape dah dia pecat. Siap ada "eh bukan I dah pecat you semalam ke?!!! sambil marah2" Company jadi besar terlampau cepat, Elon Musk taktau nak handle macam mana, tak kenal dia bekerja bersama siapa, jumlah pekerja 40ribu orang, company jadi rugi sebab production slow (impian dia nak robot buat robot macam zaman skynet) n dia taktau yang company dah ambil seramai 40ribu lebih pekerja dah (Elon Musk ingatkan 30ribu je).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat dik!! Taniya.. Akak 1-1 pun masih guna jari nk dpt jwpn
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 07:07 PM | Show all posts
Syabas buat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 07:45 PM | Show all posts
tahniah!    ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Hebatnya bdk ni
Org ganu mmg ramai gak bdk2 hebat
Iols wonder mcm mana depa dpt inspiration nk g keje smpi ke tesla ni..
Muda2 dh merantau negara org
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 08:35 PM | Show all posts
you GO Girl!!!  
Berani cari peluang kat luar negara. kalau harap nak dapat kat Malaysia ni ntah bila bila boleh naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
First degree dia, aerospace engineering. Wow hebat. Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow boss dia Elon Musk siott. Tibahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 11:31 PM | Show all posts
sekarang ni pun kebanyakan pelajar cemerlang
ramai dikalangan perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-8-2021 11:31 PM
sekarang ni pun kebanyakan pelajar cemerlang
ramai dikalangan perempuan

What about boys


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 06:01 PM | Show all posts
Fakhirah, anak Malaysia cipta sejarah bertugas sebagai jurutera di Tesla
Faris Danial Razi
Ogos 9, 2021 09:46 MYT

KUALA LUMPUR: Sememangnya antara perkara yang cukup membanggakan adalah apabila melihat rakyat kita menempa nama di syarikat ternama di luar negara.
Fakhirah Khairuddin, pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab) Terengganu baru-baru ini melakar kisah bersejarah apabila dipilih oleh syarikat gergasi Amerika Syarikat, Tesla untuk bertugas di sana.

Khabar berita itu dikongsikan Naib Presiden Kumpulan Aerodyne, Richard Ker menerusi laman Facebook pada Ahad sehinggakan ia mendapat perhatian ramai.
Sumber Facebook iamrichardker

Mula bertugas sejak Julai lalu, Fakhirah yang kini menetap di Fremont, California dilaporkan bertugas sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla, mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.
Menurut perkongsian tersebut, perjalanan kariernya bermula sebaik beliau menamatkan pengajian di MRSM.

Beliau melanjutkan pelajaran di Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego dengan tajaan daripada MARA.
Fakhirah kemudian mengambil Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California (UC), San Diego hasil tajaan daripada pihak UC sendiri.
Antara pencapaiannya sehingga berpeluang mendapat tempat untuk bertugas di syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih di AS itu adalah beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California yang mana beliau menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.

Selain itu, Fakhirah juga pernah menjadi ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.
Tesla kini menduduki tempat pertama dalam carta syarikat paling menarik untuk memulakan kerjaya bagi pelajar di AS.

Pada 2020, Tesla yang dimiliki oleh jutawan terkenal Elon Musk telah merekodkan jualan tertinggi bagi segmen kereta penumpang berkuasa elektrik dan bateri, merangkumi 16 peratus pasaran plug-in (yang merangkumi hibrid plug-in) dan 23 peratus untuk pasaran elektrik penuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat
bila tgk her CV and her experiences dgn projek2 yg dia pernah involved, no wonder Tesla hire dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 06:30 PM | Show all posts
bintangct replied at 6-8-2021 08:22 PM
Tahniah
Hebatnya bdk ni
Org ganu mmg ramai gak bdk2 hebat

derang byk makan ikan..
kalo yg ddk tepi laut tu, hari2 makan ikan fresh..
faktor pemakanan juga mempengaruhi..

semoga berjaya n ramai lagi anak2 melayu ikut jejak..


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:37 PM | Show all posts
Fakhirah ni asal dari Kedah...  
mak dia cikgu, bapanya pangkat besar jg di jabatan kesihatan Kedah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 6-8-2021 08:22 PM
Tahniah
Hebatnya bdk ni
Org ganu mmg ramai gak bdk2 hebat

Dia orang ganu ke?
Bukan kedah ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.091790 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list