CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 1

[Johor] Sumbang 75 tablet untuk pelajar ikuti PdPR

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Yayasan Raja Zarith Sofiah (YRZS) dan Forest City menyumbang 75 unit tablet kepada 15 sekolah sekitar daerah ini dan Pontian untuk pelajar yang memerlukan, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZS Hishamuddin Abdul Rahim berkata, setiap sekolah akan diperuntukkan lima unit tablet untuk membantu pelajar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Sumbangan itu untuk membantu pelajar sekolah terbabit yang berdepan masalah ketiadaan peranti.

"Ia juga diharap akan dapat membantu lebih ramai pelajar untuk mengikuti sesi PdPR yang kini menjadi kebiasaan baru pada ketika ini," katanya dalam kenyataan, di sini.

Sesi penyerahan tablet diadakan bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, semalam.

Sekolah yang menerima sumbangan peranti itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Pendas, SK Tiram Duku, SK Tanjong Adang, SK Morni Pok, SK Tanjung Kupang dan SK Pendas Laut.

Turut menerima sumbangan adalah SK Sungai Durian SK Serkat, SK Nong Chik, SK Kota Masai 2, SK Bandar Sri Alam 1, SK Cahaya Baru dan SK Pasir Gudang 2.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Adang dan SMK Sri Rahmat juga menerima sumbangan sama.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada Forest City atas sumbangan tablet itu dan sentiasa komited untuk membantu golongan memerlukan dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 10:48 PM | Show all posts

Sebanyak 75 unit tablet disumbangkan kepada 15 sekolah sekitar daerah ini dan Pontian oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Forest City, kelmarin. FOTO IHSAN FB THE ROYAL JOHOR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.081322 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list