View: 924|Reply: 2
|
Semangat patriotik pengumpul beca
[Copy link]
|
|
Pekan: Meskipun sekadar bersederhana, pengumpul beca Sazali Yussoff menghias beca miliknya dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini.
Bermodalkan RM50, Sazali, 61, menggantungkan lebih 20 Jalur Gemilang pelbagai saiz pada becanya untuk mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihat ketika becanya itu menyusuri jalan di sekitar bandar ini.
Katanya, sejak 2019 dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menghias beca miliknya dan ia sudah menjadi rutin wajib menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
"Pada Hari Kebangsaan tahun lalu, saya dan rakan yang memiliki beca dan basikal klasik menyertai program berkayuh melalui beberapa laluan utama di bandar Pekan termasuk mengelilingi kampung.
"Selain ingin memeriahkan lagi sambutan sambutan Hari Kebangsaan, aktiviti itu turut bertujuan untuk memperkenalkan beca dan basikal klasik kepada generasi muda yang mungkin sudah lupa dengan kenderaan itu," katanya ketika ditemui, semalam.
Sazali yang memiliki empat beca berkata, walaupun beca miliknya berusia lebih 50 tahun, ia masih boleh digunakan dan setiap minggu dia menunggang beca ke pasar besar Pekan untuk membeli barangan dapur.
Menurutnya, dia membeli koleksi beca berkenaan pada harga antara RM1,500 hingga RM2,000 yang pernah digunakan membawa penumpang di Pulau Pinang tiga tahun lalu.
Menurutnya, dia mengumpul beca sebagai hobi bagi mengamit kenangan zaman kegemilangan kenderaan beroda tiga itu yang semakin hari, semakin dilupakan dan sukar untuk melihat pengangkutan terbabit di negeri ini.
"Sebelum ini beca begitu terkenal di Pekan dan Kuantan sebagai pengangkutan utama masyarakat setempat, namun hari ini kenderaan berkenaan boleh dikatakan pupus.
"Justeru sebagai warga emas yang pernah menggunakan perkhidmatan beca suatu ketika dahulu, saya dan beberapa rakan berusaha untuk mempopularkan semula beca, begitu juga basikal klasik," katanya yang menetap di Kampung Padang Manggis, di sini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teruskan usaha.. skrg dah takde sgt org gini nk kumpul2 antik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|