CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2160|Reply: 13

Tanam sayur di laman rumah sejak PKP. Jejaka bujang kasi FREE pada sesiapa yg na

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:27 PM | Show all posts |Read mode

mstar.com.my
“Kami tak jual, siapa nak boleh ambil” - Selepas tanam sayur di laman rumah untuk sedekah, 2 jejaka bujang tak sangka dapat permintaan lain
Khamis, 19 Ogos 2021 8:00 PM
4-5 minutes

SIAPA sangka, bermula dengan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya halaman rumah bertukar menjadi kebun sayur-sayuran.

Jangan terkejut, hasil tuaian sayur-sayuran berkenaan bukanlah untuk dijual sebaliknya disedekahkan kepada jiran tetangga!

"Share rezeki... semua lepas ambil nak bayar, tapi saya cakap tak payah. Ambil je," demikian kapsyen pada perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik kebun sayur berkenaan sedang mengagihkan sayur-sayuran yang ditanam di halaman rumahnya kepada beberapa jiran tetangga.

Sehingga kini video itu meraih hampir 38,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang memuji sikap mulia si pemilik kebun.

Berkongsi cerita dengan mStar, Zulkifli Ahmad berkata idea untuk bercucuk tanam sayur-sayuran itu tercetus secara spontan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) dilaksanakan pada Jun lalu.

"Asalnya sekadar hobi suka-suka saja. Nak kata saya minat sangat nak bercucuk tanam, tidak juga. Tapi masa PKP tu nak keluar pun tak boleh, jadi saya bersama seorang rakan serumah, Jorizal Yazit, perlahan-lahan mula menanam sayur.

"Asalnya sebelum ini cuba tanam stevia tapi tak menjadi... jadi tukar tanam sayur pula. Syukur Alhamdulillah, seronok pula tengok hasilnya kali ini menjadi. Dulu tanah dekat laman bahagian tepi ni tumbuh rumput je... sekarang ni dari belakang hingga depan penuh dengan pokok-pokok sayur.

"Niat kami memang nak sedekah saja... jiran-jiran yang satu lorong dengan rumah kami semua dapat sayur free.


Zul (kiri) dan rakannya, Jorizal mula mengusahakan kebun sayur-sayuran di halaman rumah mereka sejak Jun lalu.

"Rumah teres kami ni dekat dengan kedai runcit. Bila ada orang lalu lalang dan nampak kebun sayur ni, mereka tanya nak jual ke? Kami beritahu tak jual, siapa nak boleh ambil. Ramai nak bagi duit lepas ambil sayur, tapi memang niat kami nak sedekah," cerita jejaka berusia 34 tahun ini.

Lebih senang disapa sebagai Zul, lelaki ini berkata terdapat hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di kebun mini mereka antaranya kailan, kacang panjang, bendi, cili, terung, sawi, bayam, tomato dan lain-lain lagi.


Hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di halaman rumah dua jejaka ini.

"Kami banyak belajar atau rujuk di YouTube macam mana nak semai anak benih dan cara penjagaan pokok. Alhamdulillah menjadi. Tak sangka selepas viral video tu, ramai pula nak minta tip macam mana nak bercucuk tanam.

"InsyaAllah nanti saya akan muat naik video berasingan untuk kongsi tip tersebut. Terharu sangat bila ramai yang memuji, ada yang nak datang singgah, ada yang cakap 'tangan sejuk'.

    Ramai nak bagi duit lepas ambil sayur, tapi memang niat kami nak sedekah.
    ZULKIFLI AHMAD


"Mungkin sedikit sebanyak saya warisi daripada arwah mak... arwah mak saya memang suka bercucuk tanam sama ada pokok sayur mahupun hiasan," ujar penjawat sektor swasta ini yang menetap di kediaman jenis teres di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Tambah Zul lagi, memandangkan dia dan rakan serumahnya bekerja, mereka akan memperuntukkan masa setiap hujung minggu di kebun sayur berkenaan.

"Kalau hari-hari biasa, tengoklah waktu terluang sama ada pagi atau petang selepas pulang kerja. Tapi kalau weekend, memang kami all-out. Best sangat tengok pokok-pokok menghijau dekat laman.


Hasil tuaian sayur-sayuran disedekahkan kepada jiran tetangga.

"Sebagai orang bujang, dari tak buat apa-apa, kami cuba manfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim Covid-19, boleh juga membantu mana yang boleh.

"Nak membantu atau bersedekah tak semestinya dengan wang ringgit. Seronok sangat bila tengok orang happy... kita pun tumpang happy sekali. Sambil-sambil tu boleh juga keluarkan peluh," ujarnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mm tak boleh nak husnuzon. Muka sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut laaa macam kenal rumah nyaaa
kat tempat iol
SU mana tak ditulis pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:41 PM | Show all posts
bnyknyeeeeee..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 19-8-2021 10:33 PM
Mm tak boleh nak husnuzon. Muka sama

Maksudnya kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 19-8-2021 10:33 PM
Mm tak boleh nak husnuzon. Muka sama

Bromance?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cece1234 replied at 20-8-2021 02:21 PM
Maksudnya kaka?

Curcuminnnzahhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-8-2021 02:24 PM
Bromance?

Diorg tanam kunyit ni. Muka dah la serupa pastu bahagia pulak. Mana ada bestie goals camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2021 04:07 PM | Show all posts
Ramai je yang macam mereka ni tanam sayur lepas tu sedekahkan pada jiran tetangga sama2 dapat manafaatnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 20-8-2021 06:16 PM

Costing jua nih.. tanah semua2 tu bagai.. apa pon terbaik boh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 06:28 AM | Show all posts
daku pun baru start menanam sayur baru2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya buat gitu. My dad pun buat kebun kecik tepi rumah. Ada gak exercise katanya. Lps la buat makan sndr.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 02:12 PM | Show all posts
Bagus sangat2, sayoq mahaii laa ni oii. Syukur la kalau dapat berjiran dengan saudara Zul nih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 03:12 PM | Show all posts
i masih gagal lagi bab2 tanam sayorr..so far yg menjadi bayam and bendi aja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.256911 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list