CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 1

Juadah Merdeka di bumi Uncle Sam

[Copy link]
Post time 24-8-2021 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Berkelana lebih 15 tahun di Amerika Syarikat (AS), bukan bermakna hilang identiti sebagai rakyat Malaysia, malah ia tetap mekar walau di mana langit dijunjung.

Itulah yang dikongsi oleh Alina Saidin, 47, yang kini menetap di Atlanta, Georgia bersama suami, Phil Thomas dan seorang anak, Shermaine Ong Thomas.

Dia yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak adalah seorang usahawan dan pemilik perniagaan makanan Jars of Joy by Lina Thomas (Sambal Lady) yang setiap tahun meraikan Hari Kebangsaan di negara Uncle Sam itu.

"Saya mempunyai beberapa rakan dari Malaysia yang menetap di sini dan kebiasaannya akan berkumpul di rumah saya dan meraikan kemerdekaan bersama.

"Namun, sejak pandemik tahun lalu saya hanya menyambutnya bersama keluarga, tapi tetap menyediakan hidangan unik bertemakan Merdeka," katanya.

Untuk tahun ini hidangan Merdeka disediakan bertemakan kuih-muih tradisional Malaysia seperti kuih talam, lapis dan ketayap yang digabungkan dengan burger Malaysia yang juga adalah kegemaran keluarga ini.


BURGER Malaysia yang menjadi kegemaran.

Disusun kemas setiap satunya umpama Jalur Gemilang, ia bukan sahaja nampak unik dan menyelerakan, malah dengan setiap bendera mini yang diletakkan padanya adalah semangat cintakan negara yang diketengahkan.

"Tahun lalu saya menyediakan juadah nasi lemak sushi dan setiap hidangan adalah tema Merdeka yang menjadi konsep hidangan saya saban tahun jika tiba 31 Ogos di Atlanta.

"Makanan dan rakan senegara yang tinggal berhampiran di sini adalah pengubat rindu saya kepada suasana kampung halaman," katanya.

Pandangan Alina berkaitan kemerdekaan ialah ia membawa maksud kebebasan sentiasa akan membuka jalan untuk pembinaan semula dan apa yang dibina dengan kebebasan selalunya akan kekal lama.

Namun, katanya, akhlak dan agama adalah prasyarat kepada kebebasan kerana kebebasan tanpa akhlak adalah tidak bermakna, malah akhlak tanpa agama tiada gunanya.


SAMBUTAN kemerdekaan bersama rakan pada 2019.

"Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 ini harapan saya ialah untuk kita semua kekal selamat menjaga diri dan keluarga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Juga saya mengharapkan supaya setiap negara di dunia dapat menangani pandemik dan mencari jalan lebih efektif untuk kehidupan kembali seperti sebelum ini," katanya.

Jars of Joy by Lina Thomas (Sambal Lady) ialah perniagaan dalam talian yang menyediakan menu baharu setiap bulan daripada sambal, pes, kek dan kuih tart nenas. Kebanyakan pelanggannya ialah rakyat tempatan, Malaysia dan Singapura.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 07:30 AM | Show all posts

ALINA (kanan) bersama keluarganya di Atlanta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044325 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list