View: 2286|Reply: 15
|
Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda
[Copy link]
|
|
Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda
SELAYANG – Seorang lelaki yang tular menendang pekerja sebuah kedai serbaneka dua minggu lalu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.
Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ehsaan Roslan,23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama empat bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Ehsaan yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada Muhammad Amirul Saliman, 21, di hadapan sebuah kedai serbaneka, Taman Perwira, Gombak di sini pukul 1.30 petang pada 6 Ogos lalu.
Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan baru mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa berehat di hadapan tempat kerjanya iaitu di hadapan kedai serbaneka tersebut, telah ternampak seorang perempuan berdiri di tengah panas. Mangsa kemudian telah memanggil perempuan itu untuk berteduh di tempat yang redup.
Bagaimanapun secara tiba-tiba, tertuduh telah datang ke arah mangsa lalu memarahinya kerana dikatakan menganggu wanita itu yang juga teman wanita tertuduh (kini isterinya). Tertuduh kemudian telah bertindak menyepak kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala. – K! ONLINE
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
23 Ogos 2021, 5:06 pm
Video media sosial |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sgt ke kekasih/isteri suspek tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan nanti bini tu jadi mangsa sepak terajang..
Awal2 dh red flag! |
|
|
|
|
|
|
|
bau ikan betul mamat ni
cepat naik tangan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku curious gak.. lawa ke wanita tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Awek dia (time tu), ngadu ke apa, ada mamat usha2 dia dgn panggil2
Hot sgt ke dia? Padahal tgh berdiri tmpt yg hot adalah
Haruslah mamat ni acah2 hero Hindustan. Time bercinta kennn? Semua nak terbela. Kang dah lama kawin, bini tu lambat goreng ikan, kepala bini dia tu dia sepak pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Membuta tuli ja, free2 ja bayar |
|
|
|
|
|
|
|
Yg gf pun bodo tak reti nak habaq kat bf kaaaa...elok plak berjodoh sesama bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Yg awek tu berdiri tgh panas tu buat hape? Nak kata vitamin D dah tgh panas rembang. I suspect tgh merajuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2021 07:00 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Meiizu replied at 25-8-2021 03:58 AM
Yg gf pun bodo tak reti nak habaq kat bf kaaaa...elok plak berjodoh sesama bodo
Dialah yang mengadu domba tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
staff tu salah, perempuan tu pun salah
laki tu just nak protect bini dia ja
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali nmpk org dok tgh panas, biarkan je, pilihan dia nk berdiri situ, pilihan dia nk kahwin ngan mamat kuat cemburu tu.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
akuchenta replied at 24-8-2021 09:21 AM
Jangan nanti bini tu jadi mangsa sepak terajang..
Awal2 dh red flag!
Terfikir yang sama, harap isterinya buat persiapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Biaqla pompuan tu nak tebakar tgh panas. Ka dia tgh menggeletis tgh panas |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pekerja kdi serbaneka plk terlebih ramah. Ko ingt ni zaman p ramlee ke dik?
Btw aku rs pekerja serbaneka tu mcm ada niat nak mengorat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|