Tak jadi putus selepas teman lelaki masukkan 16 juta rupiah
Oleh Media Mulia
24 Ogos 2021, 11:00 pm
JAKARTA: Hasrat seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta berubah selepas teman lelakinya memasukkan duit bernilai 16 juta rupiah (RM4,687) ke dalam akaun banknya.
Lapor Suara.com, lelaki itu berkongsikan mesej perbualan dengan teman wanitanya dalam akaun TikTok.
Lelaki itu dilaporkan kekal tenang apabila teman wanitanya mahu menamatkan hubungan mereka.
Dia meminta teman wanitanya menunggu sebentar supaya dapat membuat keputusan mengenai hubungan mereka.
Namun, sejurus selepas itu, lelaki itu memasukkan duit ke dalam akaun bank dan bertanyakan sama ada teman wanitanya masih marah kepada dirinya.
Akhirnya, wanita tersebut tidak jadi untuk berpisah dan terus menyatakan kesetiaan kepada lelaki itu.
Post time 25-8-2021 04:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Maybe awek tu materialistik...maybe jugak awek tu ugut nak clash sebab pakwe nye xbayar hutang duet kat die. Tak jadi putus mgkin sebab awek tu nak tuntut lagi baki hutang kat die..
Post time 25-8-2021 04:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Perempuan tu mata duitan yang laki tu pulak entah laaa aq rasa mcm nak kata xberapa cerdik pon iyerrr jugak. Soo sesuaii laaa dua ketul nie together gether