View: 1877|Reply: 5
|
‘Maleficent’ selesai vaksin dos ke-2
[Copy link]
|
|
Gelagat pelakon Sharisa Haris dengan kostum karakter 'Maleficent' ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Rembau, bagi mendapat dos kedua vaksin jenis Pfizer menarik perhatian ramai. - Ihsan Sharisa Haris
‘Maleficent’ selesai vaksin dos ke-2
TAMPIN – Gelagat pelakon Sharisa Haris dengan kostum karakter ‘Maleficent’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Rembau, bagi mendapat dos kedua vaksin jenis Pfizer menarik perhatian ramai.
Sharisa berkata, dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan orang ramai terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.
Menurutnya, keputusan memakai kostum berkenaan juga dibuatnya selepas dia rindu untuk kembali menghiburkan orang ramai memandangkan kali terakhir terlibat dalam aktiviti penggambaran adalah pada penghujung tahun 2019 menerusi drama bersiri Adellea Sofea.
“Rasa rindu nak ‘in character’ hiburkan orang ramai, jadi saya fikir untuk dos ke-2 pagi ini, saya tampil dengan kelainan memakai kostum ‘Maleficent’. Kostum ini saya jahit sendiri, tanduknya pula saya beli secara online dan tongkatnya saya beli di kedai RM2. Solekan pun saya buat sendiri.
“Sebaik sampai sahaja, banyak yang kelihatan teruja, malah ada juga petugas PPV terdiri daripada pasukan paramedik ingin merakamkan gambar kenangan untuk dikongsi bersama keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Sharisa berkata, pemilihan kostum berkenaan dibuat susulan dia sangat meminati pelakon, Angelina Jolie, bukan hanya disebabkan bakat lakonan, bahkan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh selebriti antarabangsa itu tanpa mengira agama serta warna kulit.- K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sorang dah start, habis la lepas ni semua badut2 akan keluar |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal..tepek gmbar normal la satu utk proses pengecaman |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon mano org ghombau ni? Xponah donga pun namo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dia je ramai dah yang suka berpakaian macam tu untuk ambik cucuk saja nak tarik perhatian. Untung2 ada yang buat lapuran dalam news lagi ler mereka suka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|