View: 1645|Reply: 15
|
[Sarawak]
Anggota polis, tukang kasut ditahan berhubung kes bunuh OKU
[Copy link]
|
|

Kedua-dua suspek tampil menyerah diri di Balai Polis Batu 10.
KUCHING: Seorang anggota polis bersama seorang lagi lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghidap sakit bipolar dalam satu insiden pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku di Kampung Jawa Semenggok di Batu 12 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 4.30 petang.
Menurutnya, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian.
"Mangsa dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian iaitu di kawasan belakang rumah jirannya dan kemudian didatangi kedua-dua suspek yang cuba untuk menenangkannya. Kedua-dua suspek kemudian membawa mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri balik ke rumah keluarganya dan kemudian terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang oleh pegawai perubatan pada jam 6.35 petang di hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya juga, suspek yang berpangkat koperal bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa dan seorang lagi tukang kasut tampil menyerah diri di Balai Polis Batu 10 lewat malam tadi.
"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya.
Manakala semakan rekod mangsa mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu dua kes pecah rumah dan satu kes khianat.
"Bedah siasat akan dilakukan oleh pihak hospital sebaik sahaja keputusan saringan COVID-19 diperolehi bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.
Katanya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Polis juga sedang mengesan saksi-saksi sewaktu kejadian berlaku," katanya.
Justeru Aidil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.
"Sebarang maklumat yang tidak benar atau tidak sahih boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988," tegasnya.
Jeremy Lanson
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
302 ... membunuh dengan niat ...
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan tukang kasut diberkas polis selepas didakwa terbabit memukul lelaki kelainan upaya (OKU) mental sehingga mati, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12.
Menurut beliau, insiden itu bermula apabila mangsa yang berusia 26 tahun bertindak agresif di kawasan rumahnya pada jam 4.30 petang.
“Dia yang menghidap penyakit Bipolar cuba ditenangkan oleh kedua-dua suspek, sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh keluarganya, dengan turut diiringi seorang daripada suspek sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan pada jam 6.35 petang,” katanya.
Susulan kematian, adik perempuan mangsa berusia 20 tahun membuat laporan polis pada jam 9.12 malam tadi kerana mengesyaki abangnya maut dipukul lelaki tidak dikenali.
''Bertindak daripada laporan itu, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan dua lelaki sebaik mereka datang menyerah diri di balai jam 12.30 pagi tadi,” katanya.
Aidil berkata, kedua-dua suspek disahkan sebagai seorang tukang kasut berusia awal 50-an dan anggota PGA berpangkat Koperal yang berpangkalan di Batu Kawa.
"Permohonan reman telah diperoleh selama tujuh hari ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan.
"Bedah siasat akan dilakukan oleh pihak hospital untuk mengenal pasti punca kematian, sebaik sahaja keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin masa proses penangkapan tu ada kekerasan berlaku. Mangsa pun ada rekod jenayah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xberapa faham, kat rumah sapa mangsa ni bertindak agresif? Sbb dlm artikel ni tulis kemudian mangsa dibawa pulang ke rumah dlm keadaan xsedarkan diri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit bipolar... oku... ada kes jenayah lampau... Mungkin terbunuh tanpa sengaja... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FC pun pikir gtu ...
pernah terbaca tak ingat la porumer mana tulis ... tulang / badan si penagih dadah ni "rapuh" ... kena skit boleh teruk macam kena pukul teruk...mungkin mangsa dalam kategori ni...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 30-8-2021 01:18 AM
mangsa tu mengamuk / buat hal kat belakang rumah jiran .. mungkin selang beberapa rumah ...
itu kalo baca dari berita pertama ...
"Mangsa dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian iaitu di kawasan belakang rumah jirannya dan kemudian didatangi kedua-dua suspek yang cuba untuk menenangkannya.
berita kedua pula ... bgtau dalam kawasan rumah pula ...
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12.
Menurut beliau, insiden itu bermula apabila mangsa yang berusia 26 tahun bertindak agresif di kawasan rumahnya pada jam 4.30 petang.
tak tau mana betul 
|
|
|
|
|
|
|
|
harap ada saksi boleh memberi penjelasan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2021 07:59 AM
mangsa tu mengamuk / buat hal kat belakang rumah jiran .. mungkin selang beberapa rumah ...
itu ka ...
Itulah yg buat sy pening. Saya anggap reporter typo jelah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok yang ni sahih ...
Kenyataan Media dari Pihak Polis sendiri ...
"belakang rumah jiran "

|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 01:23 AM
ok yang ni sahih ...
Kenyataan Media dari Pihak Polis sendiri ...
Oh kat rumah jiran. Mangsa ni mesti bertindak agresif ketika ditenangkan suspek2. Suspects pun hantar mangsa pulang. Pastu menyerah diri.
Pendapat saya mungkin berlaku pergelutan dan suspect terpaksa berkeras pd mangsa demi keselamatan mereka. Juga keselamatan jiran
dimana kejadian berlaku.
Teori badan drug addict ni rapuh pun boleh jadi sebab kematian. Pd normal people is hantar pukulan utk mengunci pergerakan je. Mungkin ye.
Thanx Mod FC susah payah pastekan media statement ni. |
|
|
|
|
|
|
|
FC pun rasa ... bukan nya sengaja ... sebab suspek siap tolong hantar balik ke rumah ...
tapi ...
tak sengaja pun ... terjejas juga kerjaya Polis tu ...
arwah dok mengacau / buat hal kat rumah jiran ... kalau polis larang gtu2 jer ... kompom kena kutuk gak ... tak wat kerja betul2 ...
- sesamer ... FC pun memang tak suka baca separuh2 jer ... pastu berita macam mengelirukan gtu ...
takmo buka Threads kat Borneo ni...? 
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 09:29 AM
FC pun rasa ... bukan nya sengaja ... sebab suspek siap tolong hantar balik ke rumah ...
tapi ...
...
Ni namanya diluah mati mati mak, ditelan mati bapak. Nnti klu ada perkembangan terbaru kes ni FC tepekkan ya. Xde pulakkan org2 yg tggl kat kawasan kejiranan ni info apa2.
Bukak thread kat sini? Xcukup ilmu saya nak bukak thread.. Dah terlalu lama xbalik kampung sana. Kira saya berkuntum kat sini utk ikuti perkembangan sana. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu nya kan ...
berita2 yang ada ...
jarang ada follow up ... kecuali berita tu betul2 berita gempar ...
kadang senyap jer walaupun ada masuk mahkamah ...
selalu nya juga .. update / info kita dapat bila kita rajin baca komen2 
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|