View: 967|Reply: 1
|
Peluang pemain remaja sertai skuad Piala Thomas, Uber
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemain remaja negara yang berjaya membuktikan kemampuan mereka mungkin berpeluang untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas dan Uber negara.
Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek berkata, mana-mana pemain yang berjaya memikat jurulatih menerusi permainan mereka berpeluang untuk menyertai skuad negara ke Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini.
Katanya, semuanya akan dinilai berdasarkan prestasi dalam aksi penentuan ranking dalaman yang berakhir kelmarin.
"Matlamat utama kejohanan ranking dalaman itu adalah untuk memastikan pemain remaja kita berada dalam keadaan terbaik dan mengekalkan prestasi masing-masing pada tahap optimum.
"Memandangkan tiada kejohanan, ini adalah cara terbaik untuk mereka terus kekal fokus dan konsisten," katanya.
Terdahulu, Misbun meluahkan rasa puas hati terhadap barisan pemain remaja negara mempamerkan peningkatan.
Katanya, beliau dapat melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh semua pemain yang bermain bermati-matian untuk menang sepanjang kejohanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
"Apa yang ingin saya lihat adalah bagaimana mereka menunjukkan peningkatan dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa ketika ini.
"Ketika ini mereka masih lagi berlatih dalam gelembung sukan jadi prestasi mereka boleh dipantau dari masa ke semasa oleh jurulatih semasa latihan dan juga masa kejohanan ini berlangsung.
"Secara tidak langsung banyak yang mereka boleh pelajari semasa kejohanan itu," katanya.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Misbun Sidek. FOTO File NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|